Tapi yang tak bosan aktiviti dalam pantang ni, dapat melihat kedua-dua anak kecil saya. Memang tak menang tangan dibuatnya. Lagi-lagi si Naufal yang 'cerdik akalnya'.. Suka benar menjerit mengeliat macam nak marah pun ada..lepas tu diam sambung tidur. Kadang-kadang naik confuse saya di buatnya. Naufal ni bangun menangis nak susu ke hapa? Bila dah dtg dekat, dia diam lena tidur..Aisshhhh...
::peluklah saya..::
Yang si Kakak Nabila, bila adik menangis, dia diam. Pastu senyum-senyum. Bila letakkan adik di pangkuannya, agak buas si Nabila ni. Agaknya dia ingat anak patung kut..main tolak je si adik. Adoiii..Tak boleh biar begini. Yelah, saya faham. Nabila kan corticall blindness. Hurm..Bab objek tak taulah progress mata dia camne. Nampak ke tidak.. saya tak pasti.
Tapi bila dua-dua mintak perhatian, mulalah saya kalut. Rasa mau dua-dua saya peluk dan layan. Tapi kakak kompem kalah dengan si adik. Lebih-lebih lagi si adik breastfeeding. Hurm..memang tak boleh gerak ke manalah. Dah jadi patung ibu. Terpaksalah mintak bantuan mak atau ayah Nabila untuk layan si kakak..huhu...
Ok..ni bukan komplen yek. Cuma tengah sesuaikan dengan suasana beranak dua ni. Lagi-lagi anak tipikal dan anak istimewa yang sama-sama penting pada saya. Hurm..terfikir rasa mau Naufal cepat-cepat besar. hehe.. Senang sok nak mintak tolong si adik tolong ibu jagakan kakak.. :) Dan paling best, mungkin perkembangan si kakak lebih baik dari sekarang. Manakan tau?
InsyaAllah... :)
2 comments:
tu baru 2 orang....hihihi...
Semlm Nabila dlm WHI!!!! =)
Post a Comment