Pernah dulu saya cerita tentang kumpulan sokongan ini bukan? Ianya salah satu kumpulan sokongan yang saya sertai sejak tahun lepas untuk anak-anak istimewa. Banyak ilmu yang saya peroleh sejak menyertai group ini. Alhamdulillah, bila bersama rakan 'sekapal' saya tidak rasa kesunyian. Banyak perkara yang saya pelajari tentang keadaan anak istimewa. Malah ibu bapa dalam kumpulan ini tidak lokek berkongsi ilmu yang mereka ada demi anak-anak istimewa di sini..
Dan kali ini, kami berjumpa sekali lagi. Seperti tahun lepas, banyak aktiviti bermanfaat akan kami lakukan sepanjang perjumpaan kali ini. Cumanya, kami memerlukan sedikit sumbangan bagi menjayakan aktiviti ini agar dapat dimanfaatkan oleh lebih kurang 26 keluarga (sehingga hari ini) yang akan menyertai program ini. Dan aktiviti bukan bertumpu pada anak istimewa. Anak-anak tipikal lain juga boleh turut serta dalam aktiviti ini. Dan paling best, anak-anak tipikal akan didedahkan dengan dunia anak-anak istimewa yang bukan saja terdiri dari adik beradik mereka sendiri, malah mereka boleh melihat anak-anak istimewa yang lain juga.
Bukan mudah untuk menjayakan program sebegini. Saya kagum dengan semangat rakan-rakan ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus mencari idea dan mencari sponsor untuk menjayakan program ini. Niat dihati mahu program ini mendapat tempat di mata masyarakat dan seterusnya membuka hati mereka menerima kehadiran anak-anak istimewa ini.
Dengan perjumpaan seperti ini, kami juga dapat menyuarakan suara dan hak-hak kami seperti bantuan kewangan, peralatan dan kemudahan persekolahan kepada yang berkenaan. Dan kami boleh bertukar-tukar pendapat mengenai cara penjagaan anak-anak istimewa kami. Seperti tahun lepas, memang berbaloi bila saya dapat menyertai perjumpaan seperti ini.
Antara acara yang bakal diadakan adalah seperti berikut..
a) Sesi bersama pihak JKM
b) Sesi bersama Dato. Dr. Fazley - Pakar Motivasi
c) Sesi bersama pihak MOE
d) Sesi bersama Encik Hassan Suyut - Buku Kembara Atiq Wazif
e) Sesi bersama Encik Maniam - Teknik Dohsa Hau
f) Sesi Bacaan Yassin dan Tahlil
g) BBQ dan Nite Show bersama Tam Spider
h) Game show dan Magician
i) Sesi terapi di Great Life PhysioTherapy
Andai ada yang ingin menderma untuk anak-anak kecil kami, tak kisahlah dalam bentuk wang atau dalam bentuk barangan untuk program kami, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Puan Khairun Darwani binti Khairuddin talian 012-4874264 . Atau terus saja bank in pada bendahari program iaitu Puan Mazzlinda binti Yatim di akaun bank Maybank 102102151493 sebelum 30 November 2012
Program ini akan
diadakan pada 15-16 Disember 2012 bertempat di Intekma Resort, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Secara amnya, kos – kos yang terlibat bagi menjayakan
program ini termasuklah seperti penginapan dan makanan, bilik seminar dan yuran
profesional, peralatan permainan dan hadiah cenderamata. Di anggarkan lebih 150
org akan menghadiri majlis ini.
Pada mereka ynag diluar sana mempunyai anak istimewa, boleh juga sertai program kami dengan menghubungi founder iaitu Puan Khairun Darwani untuk turut serta dalam kumpulan kami.. :) Boleh juga turut serta di dalam facebook kami di http://www.facebook.com/groups/supermum/
Boleh lihat juga di entry lama saya mengenai Group Supermum di dalam entry ini yek..1st Gathering SMSD
Pada yang menderma, terima kasih kami ucapkan..Moga Allah saja yang membalas jasa dan budi baik tuan/puan terhadap anak-anak istimewa kami.. :)
No comments:
Post a Comment