Alhamdulillah.. Nabila sudah berusia 5 tahun. Kisah lama? Tak perlulah di ulang kembali. Sedih. Bukan hari lahirnya saja saya terkenang,malah rasanya setiap kali apa yang berkaitan tentang kelahiran Nabila, pasti saya sedih.
Kakak,andai kakak dapat membaca coretan ibu atau adik Naufal tolong bacakan untuk kakak,ketahuilah setiap hari kakak dalam doa ibu. Mahu kakak sentiasa dengan ibu. Sekelumit detik pun ibu tak boleh hilang dari berfikir tentangmu. Segala-gala yang ada pada ibu semuanya berkaitan denganmu..
Kakak, ibu tidak lagi mengharapkan keajaiban. Ibu hanya mahukan anak ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang faham dengan keadaan dirinya. Tiada istilah sempurna,kerana ibu juga tidak sempurna sayang. Walaupun Allah kurniakan ibu anggota tubuh yang sihat. Ibu sentiasa berdoa agar Allah sentiasa berikan ibu kesihatan yang baik supaya ibu mampu untuk menjaga kakak sampai ibu pejam mata nanti.
Sebenarnya,jauh sudut hati ibu,ibu tak mahu pergi dahulu dari kakak. Biarlah kakak yang pergi dahulu. Kejamkah ibu berfikiran begitu? Tidak sayang. Ibu tak sanggup meninggalkan dirimu atas jagaan orang lain. Namun,bila ibu bayangkan andai ibu meratap pemergianmu, arghhhhh ibu tak sanggup!!!! Cukuplah kakak tinggal di rumah nenek dan tidur tanpa ibu. Cukup menyeksakan batin ibu. Menitis pilu air mata. Kalau ayah ada di sebelah ibu,selalu ibu tanya, "apa kakak buat skrg ni ek ayah? Kakak dah tidurkah? Dah minum susukah?" Sampai bosan ayah melihat ibu mencium bantalmu. Mencium bajumu. Aduhai anak. Perpisahan sebentar buat ibu gila meroyan!!!
Kakak, 5 tahun sudah berlalu. Sakit pening kakak ibu sudah lali untuk lalui semuanya. Malah orang kata sudah expert!!!
Doa dan harapan ibu sandarkan buat mu sayang. Moga dikau terus maju dan sihat sentiasa hendaknya. AMIN..
SELAMAT HARI LAHIR KE 5 SAYANG..PELUK CIUM IBU BUAT KAKAK NABILA TERSAYANG..