Assalamualaikum..
Kelmarin yang menakutkan. Serius saya takut dengan Nabila. Keadaannya membuatkan saya takut akan kehilangannya.
Sabtu lepas, kami seperti biasa ke Klang untuk rawatan stimulatherapy. Agak lama di klinik kerana kami buat potluck di sana. Makan-makan sambil berterapi memang best!!
Saya sudah nampak Nabila keletihan selepas sesi terapi tersebut. Namun entah kenapa berat benar untuk saya mengangkat punggung untuk beredar. Seronok berbual katakan. Naufal juga hampir terlentok di bahu kak fiza. Dan akhirnya jam 9, kami beredar. Kesian melihat Nabila dan Naufal yang keletihan sepanjang hari di klinik.
Pulang saja, Naufal terus tidur. Namun Nabila masih belum mahu memejamkan matanya. Saya menyuapkannya makanan dengan harapan dia akan tidur nyenyak selepas itu. Ya, hanya sebentar. Namun terjaga selepas abang cuba mengalihkan Nabila dari buai ke atas tilam.
Bibirnya mulalah mencebik. Mahu menangis. Puas Abang tepuk dan pujuk, akhirnya terlelap juga Nabila. Namun ianya belum berakhir. Bangun saja pagi, Nabila mula menunjukkan tanda-tanda serangan sawan. Pada awalnya menangis dan kemudian sampai tengahari sesi 'jerking' bermula.
Puas saya dan abang menjaga emosinya. Kebetulan pula selesai pulang dari kelas playgroup Naufal, kami ke Perangsang Templer untuk bertemu rakan-rakan sepejabat untuk bermain bowling. Seronok sebab dah lama rasanya tak luangkan masa untuk diri sendiri. Yelah, dunia penuh dengan hal anak-anak saja..
Di pusat bowling, entah berapa kali Nabila diserang sawan. Kejenya asyik 'jerking' . Berapa kali juga saya dan abang mendukungnya bagi mententeramkan perasaannya itu. Mujur ada kawan-kawan yang sudi pegangkan Naufal. Sampai bos saya pun tolong pegangkan Naufal ketika saya membuat balingan dan uruskan si kakak.
Kemudian, selesai di pusat bowling, kami ke Tesco Rawang sebentar. Dan keadaan Nabila semakin 'parah' . Kami pantas mencari barang dan kemudian pulang.
Sampai di rumah, badannya panas ya amat. Takut melihat suhu badannya. Saya selesai memandikan dua beradik ini dan berehat. Dan sana nampk Nabila.mulai tenang.
Serius saya katakan, serangan sawan Nabila boleh berlaku bila-bila masa. Nabila kini memang tak boleh terasa penat. Pasti akan hadir sawannya itu. Saya tidak lagi memberikan epilim (ubat sawan) pada Nabila. Agak lama juga saya hentikan ubat tersebut Lagipun, serangan sawan masih berlaku walaupun Nabila makan ubat tersebut. Tiada manfaatnya.
Menitis air mata saya sewaktu memandu pulang ke rumah. Mengenangkan kesakitan yang terpaksa Nabila hadapi bila serangan itu berlaku. Dan ubat paling mujarab adalah TIDUR! ! berikan tidur yang secukupnya .
Dan pagi tadi, Alhamdulillah. Bertambah baik..cukuplah hati resah semalam mengenangkan Nabila. Moga terus sihat sayang. AMIN..
No comments:
Post a Comment