Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

20 June 2013

Menguruskan anak istimewa : Mandi

Assalamualaikum..

Mungkin ada yang tertanya bagaimana kehidupan kami yang mempunyai anak istimewa. Pernah juga saya dan abang diajukan beberapa soalan berkaitan.pengurusan Nabila. Ada yang mengatakan ianya sukar lebih-lebih lagi keadaan Nabila yang masih lagi terlantar.

Sewaktu kecik, memang mudah untuk kami menguruskannya. Tubuhnya seperti bayi cuma pergerakan untuk mengawal kepala agak kurang. Nabila memang mempunyai masalah dalam pergerakan dan kawalan kepalanya. Cuma kini, Nabila lebih suka menunduk dari mengangkat kepala. Stimulasi tetap berjalan dengan cara saya meletakkan bola berduri di bawah dagunya. Cara yang pernah di ajar oleh Dr. Sham suatu ketika dulu. Dan saya masih lagi mempraktikkannya.

Seperti gambar di bawah, beginilah cara saya memandikan Nabila kini. Jika awal kelahirannya, memang saya menggunakan besen mandi bayi, namun, semakin besar besen tidak lagi sesuai untuk tubuhnya. Tambahan pula, rasa tak bersih pula saya mandikan dia di dalam besen bayi tersebut.

Kemudian setelah dia berumur 2 tahun, saya cuba dudukkan Nabila di atas pelapik mandi . Agak lama juga berkeadaan demikian dan kemudian saya cuba posisi untuk 'duduk katak' pula. Duduk katak memang tak sesuai untuk kanak-kanak cerebral palsy, namun ketika itu saya tak yakin untuk dudukkan Nabila di bangku kecil.

Genap saja 4 tahun,saya yakin dengan tubuhnya yang semakin kuat. Namun begitu, Nabila masih perlukan sokongan dari saya untuk duduk di atas kerusi tersebut. Dan kini, saya menggunakan kaedah ini untuk memandikannya. Cuma masalah akan timbul jika kami berada di luar atau dirumah saudara mara. Andai ada bangku kecil agak mudah kerja saya. Jika tidak, saya dan abang terpaksa memasuki bilik air bersama untuk memandikan Nabila.

Harapnya saya dapat mengubahsuai rumah saya dan menjadikan satu bilik beserta bilik air yang besar untuk kami menguruskan Nabila. Terlintas di fikiran saya, andai Nabila besar nanti, bagaimana cara untuk saya menguruskan dan memandikan Nabila. Kerana dia pasti akan menjadi anak dara nanti. Tak manis jika ianya jadi tontonan umum terutama adiknya Naufal. Andai dapat dilaksanakan, insyaallah bilik itu akan menjadi bilik khas untuk anak perempuan saya,Nabila.

Entry ini bertujuan untuk memberi idea kepada ibu.bapa yang mempunyai anak istimewa dalam menguruskan anak mereka. Terdapat juga alternatif lain selain cara yang saya lakukan ini. Jika anak masih belum boleh untuk duduk seperti Nabila, mungkin harus mencari kerusi mandi atau 'bath chair' untuk memandikan anak. Harga.mungkin agak mahal, namun saya rasa berbaloi kerana akan memudahkan kita untuk uruskan anak.

No comments: