Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

15 May 2014

Rezeki Kakak Nabila..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis di sini lagi. Sabtu last week Ibu, Kakak, Ayah dan Adik dapat jemputan khas sempena Hari Ibu di PWTC. Anjuran IKIM.FM. Kak Raja Rohaisham yang menjemput saya sebenarnya. Dan rezeki ini juga dirasai oleh Alisya Ummi Ita dan Habib Ibu Zura. Sebenarnya memang tak sangka kami antara tetamu khas yang dijemput. Segan rasa bila ada mata-mata memerhati kami tatkala saya menyorong Kakak Nabila masuk ke dewan.

Untuk pertama kalinya ibu melihat artis, Hafiz Hamidun di hadapan mata saya. Dan dia datang pada saya dan bertanya beberapa soalan. Kaget sekejap saya dibuatnya. Nabila pula mujur diam ketika itu.Sebelum tu menangis sewaktu seseorang (tak ingat sapa nama) sedang bacakan sajak Hari Ibu. Dan ketika itu, kakak Nabila menangis beria-ia.. Konon-konon sedih sangat sajak tu. tapi memang sedih pun.. Dok cover je jangan menangis depan orang..huhu..

Masa ni DJ-DJ radio IKIM tengah buat gimik sempena hari Ibu..

Nombor meja kami.. Jemputan Khas -Ibu Anak Istimewa...

Ayah dan Adik.. tumpang tuah kakak.. Alhamdulillah...

Terima kasih kakak Nabila.. Rezeki kami wahai anak.. Alhamdulillah..

Pencetus Ummah Rahmat . Comey je orangnya.. Sejuk mata memandang. Harpnya Naufal akan jadi sepertinya..hehe..

Taraaa.. Hafiz Hamidun. Tengah nyanyi dari album zikir terapi dia.. sejuk je rasa dewan.. :) Rasa nak lolap pun ado.. hahaha.. sebab zikir dia memang saya slalu pasang untuk budak2 ni dengar sebelum tido.. :)

 Adik Naufal macam-macam gaya dibuatnya.. Siap baring2 atas karpet lagi.. adoiyaiii anak..

Paling tak disangka, rupanya ada sedikit sumbangan dan IKIM untuk kali berlima family.. Opss lupa.. Keluarga yang turut sama hadir juga ialah Encik Hasan Suyut, Ayah kepada Atiq Wazif dan juga tuan punya badan yang menjemput, Kak Sham, Abang Fendi dan Annur. Terharu rasa bila menerima sumbangan ini. Ketar gak lutut nak amik sumbangan di atas pentas..

Dan akhir sekali, bergambar kenangan bersama semua yang terlibat. Seronok.. 

Terima kasih pada Kak Sham kerana beri peluang ini. Memang tak terpikir langsung nak hadir ke majlis begini. Tambahan pulak harga tempahan meja makan ni mencecah ratusan ringgit...

Kenangan takkan saya lupakan buat selamanya.. :) Alhamdulillah...

5 comments:

shaliza said...

rezeki...takder sapa yang tahu..lama zura x bercerita tentang anak syurga dia - habib...kirim salam untuk mereka ya.

Migha said...

Alhamdulillah...lama tak nampak nukilan akak..rindu nak baca pasal Nabila...semoga sihat selalu..:)

ibuayu said...

Alhamdulillah..rzeki bella

Our Story said...

Alhamdulillah....

DmNetwork said...

InsyaAllah anak-anak syurga moga sentiasa di murahkan rezeki..salam perkenalan dari saya :)
Nak Kurus Cara Sihat