Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

28 October 2016

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum..

Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final.. buat research paper lagi.. huhu.. 

Lately ni ramai yang mesej saya.. bertanya macam-macam tentang Nabila. Nak tanya pendapat itu ini..macam-macam lah..hehe.. so untuk nak senang.. meh saya ringkaskan dalam entry kali ini.. Nak baca semua tak boleh kan..hahaha.. so ni yang latest sampai hari inilah perkembangan cik kak cantik Yasmin Nabilah... 

Ok, soalan yang selalu ditanya..

Macamana Nabila boleh jadi Cerebral Palsy?


Nabila lemas ketika dilahirkan. Saya sakit bersalin hari pagi rabu.. membawak ke hari khamis.. hari khamis 17.4.2008 jam 8.30 pagi baru ditolak ke labour room. Sebab dah bukak 4cm waktu tu. Bukaan 10cm pada jam 2 petang. Push sampai jam 3 petang, nabila still tak keluar. Doctor decide guna vaccum.. tapi tak keluar jugak.. Doctor push kepala Nabila masuk ke dalam dan saya kena c-sear. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu waktu tu.. Jam 4.30 saya di OT Room.. dan jam 4.45, saya selamat melahirkan Nabila..

sehari lepas dilahirkan..

Doctor kata Nabila menangis perlahan sangat masa keluar. Kiranya dah lemas waktu tu. Doctor bawak dia ke NICU. Saya pulak sedar tak sedar ketika tu.. Penat sebab push Nabila. Saya ditolak masuk ke wad dalam jam 7 malam waktu tu. 

Hari ke 7.. Baru dapat pegang dia.. kebetulan waktu ni birthday saya.. sayu betul waktu ni... :(

Dah balik rumah dah.. 2 minggu lepas lahir..

Bila Nabila disahkan menjadi Cerebral Palsy?

Nabila disahkan CP masa umur 4 bulan. Masa dalam pantang dia nampak ok. Tapi banyak tidur waktu siang, dan malam menangis tak henti-henti. Sampai umur 2 bulan, saya pulang ke rumah saya di Rawang dan tinggalkan dia di Taska. Masa tu tak tau dia CP. Kalaulah saya tau dia bukan macam baby lain, saya tak tinggalkan dia di situ. Sedih tengok keadaan Nabila waktu tu.. Insiden punggung lecet teruk takkan saya lupa sampai bila-bila. Terus esoknya saya tak hantar Nabila dah. Saya pindah rumah mak dan mak menjaga Nabila sampai umur 2 tahun. 

Masa umur 4 bulan tu, doctor tanya Nabila boleh meniarap sendiri ke tak? saya kata Nabila belum boleh meniarap, mata pun tak fokus sangat. Nampak masalah mula timbul ketika itu. Dan rasa beratnya saya menerima berita yang Nabila menjadi anak Cerebral Palsy, kesan dari proses kelahiran dia dulu.. 

Doctor terus setkan appointment dengan pakar mata dan telinga , set test MRI dan buat appointment dengan Fisioterapi. Bermula dari umur 4 bulan, Nabila berulang-alik ke hospital mendapatkan rawatan..

Fisioterapi kat Hospital Sungai Buloh

Lepas buat rawatan MRI.

Apa jenis rawatan yang pernah Nabila cuba dulu?

Nabila dulu takdelah banyak sangat rawatan dia penah cuba.Yelah, nak pergi pun kena ada duit kan. Bila kenangkan kewangan memang susah hati rasa sebab tak dapat bagi yang terbaik untuk Nabila.. 

Nabila pernah buat rawatan dengan Kak Raw di Behrang, Rawatan fsioterapi dengan Dr. Sham di Plaza Pekeliling KL, Akupuntur dengan Woo Young dari Korea, Stimulatherapy dengan Kak Ija di Klang dan sekejap di Alam Impian Shah Alam, Fisioterapi di GreatLife Physiotherapy di Kota Damansara. Ada juga rawatan kecik-kecik yang kitorg pergi tapi tak ingat dah..hahahaha...

So semua ni banyak la membantu dalam perkembangan Nabila. Cuma skrg ni progress Nabila tak berapa nak memberangsangkan sebab lama dah tak pegi terapi.. Sedih part ni lah sebab tak boleh nak bagi komitmen lagi sejak-sejak Nabila dah beradik...

Rawatan dengan Kak Raw

Fisoterapi dengan Dr. Sham


Fisioterapi dengan GreatLife

Terapi sendiri kat rumah. hasil tunjuk ajar Dr. Sham

Perkembangan Nabila sekarang?

Nabila masih terlantar dan perlu bantuan untuk makan dan minum serta urus dirinya. Sawan still tetap ada dan masih diberi ubat sawan. Ubat yang dia makan sekarang ialah Epilim syrup 4 ml x 2 kali sehari , Clonazepam 1/2 pil x 2 kali sehari, Benzhexol 1 pil x 2 kali sehari, Lactulus 5ml x 2 kali sehari. Makan ubat tanpa gagal disamping sapu Essential Oil Young Living setiap hari. 

Mata Nabila disahkan corticall blindness dan apa yang boleh saya buat hanya rangsang matanya supaya tak jadi 'lazy eyes'. Klinik mata pun dah discharge dah. Takde apa yang boleh membantu Nabila sebab punca Nabila tak fokus atau nampak disebabkan oleh kerosakan pada saraf mata di otak. Bukan mata yang problem. 


So ini saja yang dapat saya kongsikan.. tentang Nabila.. kalau nak tau lebih lanjut boleh je emel kat saya.. noinaali@gmail.com





23 August 2016

Alhamdulillah.. Namanya Yaseera Naurah

Assalamualaikum semua..

Maaf lama benar tak bersiaran. Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 23 Mei 2016 yang lalu. Maaf tak sempat nak update tentang kelahiran kali ini.. Kalau adik baca coretan ibu ni, sori ye sayang.. tak sempat ibu nak catat satu persatu tentang adik dalam ni.. 

Nama diberi.. 


Kalau nak diikutkan setelah Nabila dan Naufal melalui kaedah pembedahan, giliran Naurah juga tak terkecuali dalam proses pembedahan ni. Cuak mmg cuak walaupun dah 2 kali c-sear. Tapi nak buat macamana.. Kang apa jadi susah pulak kan.huhu.. 

Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. Malam sebelum nak bersalin tu, saya di tahan wad sehari untuk persediaan. Borang-borang nak isi, macam-macam prosedurlah. Tambah pulak saya yang jenis high risk pregnancy.. lagilah macam-macam kan.. 

Cuba tengok gambar bawah ni.. menyeramkan kan..huhu.. Tengok pampers dan baju baby terselit tu, tetiba rasa tak sabar nak cium dia..


Saya orang kedua masa di tolak ke bilik bedah. Mujur takde kes emergency pagi tu. Saya ditolak ke bilik pembedahan pada jam 10 pagi.. 10.30 baru baring kat katil pembedahan.. Naurah selamat keluar jam 11.05 pagi 

Masa nak cucuk epidural tu tak tahan. Nak menangis rasa.. tapi dok tahan je.. Pikir Naurah akan keluar dengan selamat sambil mulut tu tak henti-henti istighfar.. Saya memejamkan mata, takut pikir bukan-bukan. Tah berapa kali doctor pakar bius datang kepada saa tanya pening atau tidak.. Sebab tetiba saya banyak berlaku pendarahan semasa pembedahan tu.

Selesai semua, Naurah tak diberi terus kepada saya di wad. Kerana dia muntah sewaktu bila diberi susu di nursing room. Naurah diletakkan sementara di dalam NICU untuk pemantauan. Mulanya risau gak.. Tapi lepas diberitahu naurah hanya dibawah pemantauan NICU, saya lega sikit.. Tepat jam 6 petang, Naurah diserahkan kepada saya. Mujur juga Naurah lewat sikit datang. Saya kesakitan selepas jam 2 ptg di wad sebab ubat bius dah habis.. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.. Rasa serik nak rasa sakit beranak ni..huhu

Gambar bawah ni beberapa jam selepas kelahiran, 


Untuk pertama kalinya dia membuka mata.. Jam 9 malam waktu ni..Saya pula memang tak boleh baring langsung. Tido pun dalam keadaan duduk. Sakit kat area perut sampai nak bangun pun tak boleh.

Pulang ke rumah pada hari ke 3 di hospital. Esoknya dah nampak tanda-tanda kuning atau dikenali dengan Jaundis. Sebulan gak la nak hilang. Sama je macam abang Naufal dia. Bagi breast feed je pun. Saya tak amalkan apa-apa petua.. sebab tau benda tu mesti hilang punya. Cuma elak makan kunyit, halia dan benda2 panas..

Hari ni dah capai usia 3 bulan. Seronok je dapat bau baby. So minggu depan nak masuk keje dah. Naurah still ada issue berkaitan bf dia.. Biasalah suka mengempeng.. Sedap bau ibu. Susu botol jenuh berperang. Takpelah, kita kayuh pelan-pelan k.. Harapnya Naurah ok kat rumah ummi nanti..


01 April 2016

Alhamdulillah.. Anugerah Pengarah

Assalamualaikum..

Ni lagi satu kisah tertinggal.. hehe... tentang keputusan peperiksaan semester 2 saya..

Alhamdulillah, dapat keputusan baik untuk semester 2 aritu..

Kelegaan disitu, walaupun pelbagai dugaan datang sepanjang menyiapkan tugasan dan pembentangan. Dengan masalah ahli kumpulan lagi..huhu...

Ok.. nak tunjuk apa yang saya dapat..hehe..




Taraaaa... hehehe...

Moga semester 3 dapat macam ni jugakk... Aamiin....


Kisah Adik Baby..

Assalamualaikum..

Lama benar tak menulis.. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik walaupun ada beberapa hal yang berlaku sepanjang kehamilan ini. Tak terduga ada masalah yang timbul kerana sebelum ni adalah beberapa masalah yang berlaku sepanjang mengandungkan Nabila dan Naufal. Tapi kali ini dugaan agak berat sedikit. Namun Alhamdulillah, segalanya masih dalam keadaan baik walaupun hati ini kadang-kadang gundah gulana juga...

Saya disahkan mempunyai Subclinical Hyperthyroid yang mana ada beberapa simpton yang datang namun tidaklah beberapa serius sangat. Entah berapa kali ujian darah diambil untuk memastikan hormon thyroid saya, tapi bacaan juga tidak berapa stabil. Rabu lepas, saya di rujuk kepada Pakar O&G Sungai Buloh. Dan Alhamdulillah, bacaan hormon thyroid masih dalam keadaan yang tidak memerlukan ubat.

Simptom berat badan turun, berpeluh dan jantung saya berdegup laju antara simptom yang terjadi kepada saya. So far, saya masih mampu bernafas dan makan dengan baik walaupun terasa juga kadang-kadang ada sesuatu yang mengganggu di trakea saya.

Adik baby? Alhamdulillah, sekarang hampir mencapai 31 minggu. Dan menurut doktor berat baby kini sudah mencapai 1.5kg. Jantung, air ketuban, pergerakan baby semua dalam keadaan baik. Dan masa baby berusia 27 minggu, sempat saya ke klinik swasta untuk scan 4D..  Tersenyum-senyum saya melihat wajahnya buat kali pertama dan berdoa agar adik baby berada dalam keadaan sihat dan membesar dengan baik. 

Apapun, saya akan bertemu semula dengan pakar pada bulan mei 2016 nanti. Dan tarikh pembedahan juga telah ditetapkan. Kebetulan tarikh yang dipilih betul-betul berada dalam 38 minggu dan saya mempunyai baki 1 hari lagi kelas.. takpelah, ponteng sehari..dan harapnya saya mampu untuk ke dewan peperiksaan walaupun waktu tu dalam keadaan pantang..hehehe..

Doakan kesihatan saya dan baby yek.. Moga adik baby dapat membantu saya menjaga kakak Nabila nanti seperti mana abangnya Naufal juga..

Bila Anak Cerebral Palsy Cabut Gigi..

Assalamualaikum..

Entry dah basi sebenarnya.. Kisah 1 Februari lepas.. Dek kerana tak berkesempatan untuk mencoret, saya terlupa terus tentang kisah kakak Nabila mencabut gigi..

Alkisahnya, Doktor Peads Dental mengesan beberapa geraham Nabila yang telah rosak dan bakal mengganggu untuk dia makan dan mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan. Jadi tahun lepas, doktor mencadangkan agar pembedahan dilakukan untuk membuang sebahagian gigi yang telah rosak.

Lama juga menunggu giliran. Sampai saya menelefon hospital bertanyakan giliran Nabila untuk mendapatkan rawatan. Selang beberapa minggu, saya menerima panggilan dari hospital dan mereka menetapkan tarikh pembedahan adalah pada 1 Februari 2016.

Serius!! Mulanya nak sangat.. Bila dah dapat tarikh, tetiba rasa cuak pulak.. Tak tau apa yang bakal dirasai oleh kakak Nabila nanti.

Sehari sebelum itu, Nabila di tahan di wad bagi memastikan kesihatan dia dalam keadaan baik. Nabila ditemani oleh ayahnya memandangkan saya berbadan dua dan takut tak selesa di wad nanti. Jadi ayah Nabila menawarkan diri untuk menjaga anak dara ini.

Sebak juga rasa melihat Nabila , bila malamnya, Nabila mengamuk nakkan buai. Biasalah dia.. Nak tido kena berdodoi-dodoi dulu. Sudahnya, ayahnya menelefon saya. Saya hanya mampu memujuk Nabila dihujung talian. Kata ayahnya, tak lama selepas meneletakkkan telefon, terus Nabila tido. Ayahnya bertanya apa yang saya bualkan bersama Nabila? Syaa hanya memujuknya sahaja..hehe.. Mungkin dia dapat rasakan debaran sepertimana apa yang saya rasa malam itu di rumah..

Esoknya pagi-pagi terus saya ke hospital. Menanti Nabila di ruang legar dewan pembedahan. Agak lama juga menunggu. Hampir 2 jam lebih baru selesai. Sampai di wad, Nabila masih lagi tidur kerana penangan ubat bius. Doktor mahu Nabila bangun dan diberikan ubat penahan sakit. Sudahnya tak sampai 30 minit, Nabila mula merengek. Mungkin sakit dan ubat bius telah hilang. Berlari ayahnya ke bawah mendapatkan aiskrim. Dapat aiskrim, barulah diam... Dna kemudian terlelap.

Petang tu juga kami dibenarkan pulang. Dan sekali lagi terpaksa berikan aiskrim dan ubat penahan sakit. Dan malamnya merengek sekali lagi, begitu juga pagi sesudah bangun tidur. Dan setelah itu, barulah berhenti darah mengalir di dalam mulutnya.. 

Gigi sebanyak 4 batang dicabut dan 1 batang lagi di pasang crown. Ngeri pula bila melihat giginya yang telah hilang..hehe..


Hasil cabutan.. besar jugak giginya..huhu..

Darah yang masih mengalir di dalam mulutnya..huhu..


Alhamdulillah, hanya menanti gigi baru tumbuh nanti.. insyaAllah..

01 February 2016

Cabaran dan pengalaman membesarkan anak istimewa

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni ramai yang menghubungi saya, bertanya perihal kakak Nabila. Kebanyakannya senasib dengan kakak Nabila dan ada yang cuba bertanyakan kepada saya kaedah dan apa yang perlu dibuat jika di anugerahkan anak istimewa.

Saya bukanlah pakar psikologi yang mampu untuk membantu anda 100%. Tapi saya cuba untuk membantu semua berdasarkan pengalaman saya menjaga Nabila 8 tahun ini. Pengalaman ini tidaklah sebesar mana pun jika dibanding dengan ibu bapa lain yang lebih hebat dugaannya. 

Untuk saya, Nabila disahkan Cerebral Palsy ketika berusia 4 bulan. Masa tu, tak tau nak cakap apa. Blur, tak tau mana nak mula. Dan akhirnya saya menangis sendirian mengenang keadaan kakak Nabila. Saya terbayang bagaimana masa depan dia nanti. 

Dan saya cuba mencari maklumat berkaitan cerebral palsy. Memang tak banyak. Serius. Saya pulak memang tak pandai dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan blog tentang anak CP hanya diceritakan di luar negara sahaja.

Timbul idea untuk menulis sesuatu untuk kakak Nabila. Dengan harapan blog ini akan menjadi kenangan sepanjang saya membesarkan Nabila. Tak sangka pula ramai yang membaca blog ini. Dan dari situ saya bertemu ramai senasib dengan saya. Dan kami bersahabat kerana anak-anak kami. 

Kakak Nabila pada umumnya tidaklah sesusah untuk dijaga seperti mana yang disangkakan. Dia seperti anak lain, perlukan kasih-sayang, perhatian dan paling penting tahap kesihatan dia mestilah tip top. Dulunya ketika dia berusia beberapa bulan, dia sememangnya kelihatan seperti anak normal. Cuma dia tidak mampu untuk bergolek, merangkak, meniarap dan duduk dengan sendiri seperti anak normal. Wajahnya persis anak patung tu, banyak menarik perhatian orang ramai tatkala saya membawa dia ke shopping mall atau di mana sajalah. Ada saja mata yang memandang, sampai dah naik rimas dibuatnya..hehe.. 

Untuk makan dan minum, saya mengajar Nabila makan sehingga dia berusia 2 tahun. Sepanjang waktu tu, Nabila akan menangis setiap kali makanan masuk ke dalam mulut. Sangat mencabar okey!! Tapi apa nak buat. Kalau tak ajar melalui oral, kemungkinan Nabila akan dipasangkan tiub. Itu lagi membimbangkan saya. Dengan keadaan saya bekerja, saya tak fikir Nabila mampu untuk hidup dengan bertiub tanpa bantuan saya. Orang lain pun takut nak buat kan? Jadi, dari saya menangis kemudian, baik saya menangis sekarang.. Struggle dan akhirnya membuahkan hasil.Nabila tidak lagi menangis waktu makan. Alhamdulillah. Kira satu pencapaian besar gak dalam hidup dia.

Untuk mata dan telinga, Nabila memang ada masalah dengan mata. Tapi bukan pada telinga nya. Memang susah sikit nak mengajar dia memandangkan masalah corticall blindness nya, saya terpaksa buat extra homework. Main lampu dalam bilik gelap, bagi main permainan yang cerah, buat flash card dan sebagainya. Tapi part ni memang saya gagal sikit. Nampaknya tak de rezeki kut kakak nabila nak lihat penuh wajah ibu. Tapi jangan ingat Nabila buta ye.. Nabila masih boleh nampak sebenarnya. Cuma apa yang dipandang tidak sampai ke saraf otaknya. Sedih bukan. Kalau cahaya terang masuk ke matanya, dia cuba untuk alihkan pandangan matanya. Tu bermaksud mata Nabila masih ada harapan kan?

Untuk keadaan fizikal pula, Nabila masih belum mampu untuk duduk sendiri. head control juga poor, tapi dia masih mampu untuk angkat kepala dan tegak. Duduknya masih perlu di bantu, dan ada kalanya dia mampu untuk bergolek sendiri. tapi kadang-kadang jelah..hehe.. Tak kisah pun, janji dia aktif. Tangan dan kaki tidak lah diam membisu..hehe.. Bergerak aktif, pegang muka, kaki menendang-nendang. Seolah-olah tengah bersenam..hehe.. 

Ohhh Nabila mempunyai masalah sawan. Dulu masa umur 1 tahun, saya tak tahu yang mata kedip-kedip yang dialami oleh Nabila adalah merupakan serangan sawan. Bila saya rakam video itu dna tunjukkan pada doktor, barulah doktor sahkan ianya adalah sawan. Dan kemudiannya Nabila dibekalkan ubat sawan epilim sebanyak 1.5ml (kalau tak silap lah). 

Tapi saya ni degil. Takdelah bagi secara konsisten, malah menghentikan pula ubat sawan tersebut. Kerana percaya rawatan alternatif mampu membantu menghilangkan sawan Nabila. Rupanya anggapan saya silap. Nabila di serang sawan yang teruk ketika dia berusia 4 tahun. Serius saya menangis bagai nak luruh jantung melihat Nabila terketar-ketar dan pucat ketika di serang sawan. Dan sejak itu, saya tidak lagi meninggalkan rutin pemberian ubat sawan kepada Nabila. Biarlah orang nak kata apa, yang penting Nabila tidak diserang penyakit sawannya itu.

Sekarang ni, Nabila dibekalkan ubat Epilim 3.5ml (2x sehari), Clonazepam 1/2 biji (2 x sehari), Benzhexol 1 biji (2 x sehari) dan ubat lactul untuk lawas perut. Benzhexol tu untuk otot dan kawalan air liur. So far Nabila memang serasi dengan kesemua ubat ini. 

Banyak drugs dalam badan dia nih, tapi apa yang boleh saya buat.. Saya takut kalau-kalau ubat-ubat ini akan memberi kesan sampingan pada dia. Tapi saya lebih takut jika serangan sawan berlaku pada dirinya. Bila melihatkan seorang demi seorang kawan senasib Nabila pergi meninggalkan dunia ini, saya jadi takut. Saya bimbang kehilangan Nabila. 

Oleh yang demikian, saya kena terus kuat, terus sihat dan melindungi Nabila sebaik-baiknya. InsyaAllah. Mohon kawan-kawan doakan kami ye..

Terima kasih semua.. sampai sini dulu.. jumpa lagi.. bye!!

29 January 2016

Jalan-jalan di Teluk Senangin

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, dapat lagi menulis di sini. Kakak Nabila, Naufal dan ayahnya sihat-sihat sahaja. Baru je minggu lepas kakak Nabila diserang sawan dan demam selsema. Penat juga menjaga anak sakit ni. Tambah pula Sabtu Ahad lepas kami ke Teluk Senangin. Family Day dengan kawan-kawan sekerja Encik Zul. Makanya, terpaksa jugaklah pergi sebab dah bayar duit bilik hotel. Dalam hati berdoa jugaklah jangan kakak sakit teruk..

Tapi nak jadi jugak sakitnya, kakak Nabila diserang sawan kecil ketika di sana. Puncanya sebab tak cukup rehat dan tidur. Sepanjang perjalanan ke Teluk Senangin, dia lena tidur di dalam kereta. Tapi bila sampai, badan tu dah letih, tapi mata tak mahu tutup. Sudahnya, menangislah sepanjang malam..

Jenuh juga memujuk, esoknya kami check out awal. Bergerak menuju  ke Seri Iskandar sebab Opah, Atok, Mak Nyah, Mak Uda, Mak Su dan Mak Yong dah tunggu kehadiran Naufal dan Nabila. Selesai saja urusan di sana, kami bergegas pulang dan saya terpaksa on ubat tidur untuk kakak. Finally, anak dara ni tido jugak...huhu..

Esoknya baik pulak perangai bangun tidur. Puas ler tuh tido. Tapi menjelang petang kakak buat perangai lagi. terpaksa on ubat sawan. Sian kakak...

Ok, ni ada gambar sikit masa berjalan hari tu.. Tapi takdelah banyak ambil gambar pun. Sebab dengan badan penat ni, rasa tak berbaloi nak ambil gambar dengan muka tak semenggah ni..hahahah...

Bilik kemain besar lagi...Naufal sampai melompat-lompat seronok.. 

Tengoklah tak duduk diam bila dah sampai..

Naufal dan ayahnya baru lepas mandi. Kakak Nabila kat bawah dalam stroller

Tu kakak...hehehe. Seronok rasa angin pantai ekk...

Kakak nak balik waktu ni. Menangis sebenarnya tu.. huhu..

Ok. tu je nak cerita..hehe.. bye!!

15 January 2016

Kakak Ragam Sekoyan, Adik Mula Aktiviti Baru..

Assalamualaikum semua,

Masuk sudah tahun baru.. Alhamdulillah.. sudah masuk tahun ke 8 berblog.. walaupun ada masa sunyi je blog ni.. takde khabar berita tentang kakak Nabila, tapi ramai juga yang bertanya khabar kakak melalui facebook..

Kakak so far Alhamdulillah sihat, cuma 2-3 malam ni meragam sikit. Nak tido mulalah merengek. Entah apa yang dia rengekkan saya tak pasti. Turun naik buai entah berapa kali. Pampers dan tukar, susu dah bagi, still jugak merengek. Sudahnya pass baton pada Encik Zul pujuk kakak pulak. Alahai anak...

Oh ya.. lupa nak share satu gambar ni..


Gambar ni adik pakaikan jam pada kakak. Ada kisah disebalik jam ini sebenarnya.. Naufal dan ayahnya ke Tesco masa tu.. Ayahnya sibuk la nak tengok jam baru. Yang si kecik ni pun sibuk jugaklah mintak jam kat ayah dia..

Nak jadi cerita, ayahnya pun belikan lah satu jam kanak-kanak untuk Naufal. Sekali bila nak bayar, agaknya dia teringat kat kakak dia, terus dia cakap dengan ayahnya.. “Ayah, jam untuk kakak” Sambil tunjuk jam Hello Kitty untuk kakak dia.

Ehh pandai pulak pilih jam perempuan ye dik..hehe.. Ayahnya belikan juga satu untuk kakak dan balik berlari-lari lah si Naufal menuju kearah saya yang ketika itu sedang memangku kakak. Ibu, ni jam untuk kakak.. Siap pakaikan lagi jam tu untuk kakak dia.

Sebak juga tengok moment tu.. Yelah, ingat jugak adik kat kakak ye.. Bagus Naufal.. Moga Naufal sayang kakak selalu..

Sekarang pun dah pandai dah si Naufal ni. Asal kakak merengek je, cakap kat saya, “ibu kakak lapar tu..” cehh pepandai je adik ni.. Mana tau kakak lapar? Kakak cakap dengan adik ke? Hihihi..

Sejak naik usia 4 tahun ni, saya dah mula risau dengan Naufal. Dia masih belum mampu memegang pensel dengan betul, malah saya juga jarang mengajar dia melakukan aktiviti kebelakangan ini. 

Kebanyakan rakan sebaya dia semua dah ke sekolah tadika. Yelah tadika main-main pun kan, tapi at least belajar gak kat sekolah. Ni kat rumah babysitter asyik tengok ultraman, hagemaru..hishh.. rasa nak suruh je astro tutup Channel Ceria tu.

Jadi saya ambil pendekatan untuk membuat aktiviti di waktu malam. Saya sediakan jadual dan senarai aktiviti yang perlu dia buat. So far Naufal seronok dengan aktiviti yang saya lakukan. Cuma kena banyak bersabarlah. Anak lelaki.. mana suka nak menulis sangat. Mewarna apatah lagi. Saya banyakkan aktiviti contengan dan mewarna untuk latih Naufal memegang pensel.

Kemudian, saya ada rujuk juga buku untuk aktiviti anak istimewa. Walaupun Naufal bukan anak istimewa, tapi aktiviti di dalam buku tersebut sedikit sebanyak membantu saya memberi idea untuk aktiviti Naufal. So takdelah dia bosan sangat.

Ni ada la beberapa keping gambar yang saya ambil masa buat aktiviti di rumah. Harapnya di sekolah tahun depan tak keciciran la si Naufal.. Belajar sesiap kat rumah dulu..

 Aktiviti menggunting

Aktiviti main pasir (cari guli dalam pasir) - penggeli sikit pakcik kecik neh.. so tengok dia main pasir ni dia dah seronok dah,. tak takut lagi. Alhamdulillah..

Main kepit benda.. untuk contol jari terutama ibu jari tu.. bagus gak aktiviti ni..

Ohh sibuk dengan aktiviti adik, aktiviti kakak pulak macam biasalah.. Urut dengan essential oils, lepas tu streching.. kemudian dudukkan.. Ahad lepas ada bawak kakak ke Playgym.. Main pasir.. Kemain suka lagi anak dara tu.. hehe.. Tak amik gambar pulak sebab banyak gambar kat dalam handphone nenek Nabila..hehe..

Ok.. Sampai sini saja. Bye semua..