Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

04 May 2011

Ibu Nabila berlanggar dengan motorcar!!

Huhu..semalam, cuaca agak sejuk. Baru lepas hujan. Saya baru lepas pulang dari Wangsa Walk. Hanya seorang diri. Dan hala tujuan saya adalah pulang ke rumah mak.

Saya melewati jalan di hadapan masjid besar di Seksyen 2 Wangsa Maju. Traffic light sedang merah. Dan faham sajalah di situ. Kawasan menuruni bukit. Sedang menunggu lampu hijau menyala, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman. Dan kereta saya bergerak sedikit ke hadapan.

Argghhh sudah!!! Sapa pulak yang langgar nih!!

Saya lihat dari cermin belakang. Nampak kereta belakang sangat rapat dan cuba mengundur ke belakang semula. Adoiiii!! Habis kereta aku!!!

Pada awalnya saya cuak gak. Agak lama untuk saya ambil keputusan untuk keluar dari kereta.

Yelah, sekarang ni macam-macam hal. Nak samun la, nak rompak la. Huh, macam-macam taktik. Saya lihat dari cermin sisi. Mana orang kereta belakang ni? Tak keluar pulak!

Saya terus mencapai telefon. Terus menelefon Abang. Kalau jadi apa-apa at least Abang ada dengar suara saya. Dengan bacaan bismillah, saya keluar dari kereta. Dan kemudian, barulah nampak pemandu yang melanggar kereta saya.

Proton Waja. No. Plate WJ..... Dan pemandunya lelaki cina. Muda lagi. Nampak macam budak pun ada. Terus saja dia minta maaf pada saya. Nampak muka dia panik.

"Sori la kak..Tak sengaja..Saya cepat-cepat tarik handbrake tadi".

"Aiiyaa..abis kereta saya" . Saya check reverse sensor saya sebelah kiri pecah. Dan sedikit calar.
Saya mintak RM 100. Dia kata tak boleh. Kalau nak RM 100 gak terus gi balai. Saya kata ok. Apahal pula saya nak takut. Bukan saya yang langgar dia!

Lastnya kawan dia pujuk. Tak payah gi balai. Dia nak bagi RM 10. Saya cakap..

" Hello kawan..ini kereta baru. I baru pakai 3 bulan. U sedap-sedap dah langgar kereta I. Ingat langgar plastik ke? "

Kereta dah banyak kat belakang. Tengok drama kami. Last-last saya malas nak bertekak. Ambil RM 20 kat tangan dia, dan pergi. Menyesal pulak tak mintak RM 50. Tapi tengok muka masing-masing dah pucat. Kesian la pulak. Agaknya tu je yang ada kat tangan. Entahlah.. Dah nasib. Terima ajelah. Yang kenanya kereta saya lah. Tak pasal-pasal kena ganti reverse sensor. Tak nampak teruk, tapi tak syok la kereta baru pakai dah kena langgar. Adoiiii!!

Tadi, saya dok perhati kereta belakang saya. Tak suka orang berhenti rapat-rapat. Huhu.. Sangat risau dan berhati-hati. Jangan saya pulak yang sondol kereta orang!

p/s : rasa nak tampal je kat cermin belakang.. "Jangan Rapat Dengan Kereta Aku!! Ko langgar Ko Bayar!"..huhu...

5 comments:

Yana@Noni said...

Masya Allah...nasib baik ina x ape2 ...org yg melanggar tu pulak ade ke patut bg RM20 jer...mana cukup..iissh3...abis tu ina wat report polis x?

Qaseh Aishah said...

selamat x der ape2...zaman skrg memang tkut dgn keadaan2 mcm tuh...tp sepatutnya boleh charge lebih...

DeLLa said...

la..rm20 je...tak berbaloi tu...lain kali settle balai je...

Ummi Alisya said...

nak like ayat last tu buleh?

ita pun tak suke org benti rapat2! adehh... kuang hasam lah ca-ya-nun-alif tuh! langgar bayar 20 je? aitu farid langgar orang, beriya2 org tu mintak 100, ade 50 je kat tgn, siap tuntut balik 50 kat rumah! hahaaa... patutnya ina kene berkeras, nasib lah kan... sape suh bawak cam gampang!

Azma said...

tampal ina tampal..hehe..

Sib baik la ina ok2 aje.. Cuma frust jugakla kan kete jd gitu.