Itulah yang saya rasa tadi sewaktu bawa kereta untuk pulang ke rumah. Bayangkan sajalah, dari simpang flyover depan Kolam Air Panas Selayang tu, sampai ke Kg. Melayu depan Tesco tu jalan sesak ya amat. Kalau berjalan takpe lah juga..Ni jalan slow macam siputttt!!!
Tambah pula belakang saya sebuah lori kecil. Entah kenapa bengong sangat (marah tahap gaban dah ni+cuak ya amat), boleh pula dia berhenti rapat dengan kereta saya. Kalau tercium macamana? Nak bayar ke?
Hati saya berdebar. Entah kenapa saya takut sangat. Walhal bukanlah baru dapat lesen kereta pun. Pengalaman bawa kereta kat KL ni memang boleh tahan la lamanya..tapi bila berhadapan dengan perkara tadi, saya naik cuak. Yelah..terbayang pula insiden kereta saya 'dicium' sebuah kereta Waja beberapa bulan lepas. Marah betul saya ketika itu. Baru pakai beberapa bulan kereta sudah kena 'cium'.Mau tak geram..huhu...
Dan hati saya memang rasa berdebar. Saya rasa takut setiap kali lori itu berhenti rapat dengan saya. Serius..rasa berpeluh badan ni. Dan akhirnya, saya terpaksa menggunakan lane kecemasan. Pada awalnya nak berhenti. Tapi bila melihatkan tiada tempat yang sesuai untuk berhenti, saya nekad untuk teruskan perjalanan. Saya ikut sebuah kereta Kenari yang 'tak+makan+saman' sebab potong line kecemasan. Marah penunggang motorsikal sebab guna laluan mereka. Dalam hati saya minta ampun pada mereka. Yelah saya tiada pilihan.
Kenapa pula tak nak guna lane kanan?
Huh..usah harap la nak masuk potong line orang..makin himpit, makin mereka rapat tak bagi jalan... :(
Bila dah jauh dari lori, saya rasa lega sedikit. Saya terus-terus berdoa agar perjalanan saya dan Nabila selamat. Hati saya memang tak sedap tadi. Sebab firasat hati saya memang kuat. Pernah dulu, saya kemalangan dilanggar motor (motor tu langgar kereta saya..bukan saya yang langgar ok!!) sewaktu selepas menghantar Nabila ke sekolah. Sebelum kemalangan itu, hati saya memang tak sedap. Berdebar je. Muka rasa panas. Dan last, betul sangkaan saya. Memang ada yang bakal terjadi pada saya hari itu..
~hancus kereta masa ni. Kelu tak terkata rasa. Mamat motor tu patah tangan. Nasib baik dia tau dia yang salah. Motor dia sikit pun tak rosak. Patah side mirror je. Tapi nasib baik dia bayar separuh gantirugi kereta saya. Kira settle secara baik..~
Lama saya tersangkut dengan jalan sesak tadi. Bayangkan 2 jam perjalanan dari Gombak ke Bukit Sentosa. Mak aiii..macam balik kampung..!! Nabila mula-mula nak merengek. Saya pujuk dia, tanya tentang sekolah. Nabila marah bila cerita tentang sekolah. Saya pegang tangannya. Nabila genggam jari saya dan cakar tangan saya. Kemudian, saya berlakon..konon-konon sakit. Hehehe..apa reaksi Nabila?
Elok-elok dia nak menangis, terus diam. Ceh..pandai nak main rupanya. Hurm..bagus-bagus..!!
Tapi memang benarlah..saya cuak tadi. Kalau saya tak bertindak tukar laluan, pasti saya macam cacing kepanasan dalam kereta.. Cuma saya kesal tindakan saya tadi memang tindakan kurang bijak sikit la. Huhu... :(
1 comment:
Mmg ada lori sewel camtu Na! time jem tuler nk sondol2. Kalau kene kat aku, biasanya aku lawan blk. bior je kete kt depan gerak. aku sesaja je lambat2 gerak ke dpn. smp dia rasa bosan, biar dia msk lane lain. hehehe..
smalam aku smp umah kul 8 lebih! tu sume sbb ada saluran paip pecah kt kwsn construction tu. sib bek enjin kete aku x berasap! haih...
Post a Comment