Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

16 March 2009

Nabila ke Rumah Kak Raw lagi..

Minggu lepas , Nabila ke Gedangsa lagi Untuk kesekian laginya rawatan bersama Kak Raw.

Agak ramai juga yang mendapatkan rawatan dan kami menunggu di tepi jalan sambil menghirup udara pagi. Bila dah clear baru kami masuk ke dalam rumah Kak Raw.

Lama juga kami menunggu giliran. Dan akhirnya lebih kurang jam 2 petang, barulah sampai giliran kami. Punyalah ramai orang jadi nak tak nak kenalah bersabar.

Nabila macam biasalah. Kalau badan kena usik sikit mulalah meraung! Nak baik punya pasal tahan jelah ye dik

Selesai semua dalm jam 3 petang, kami terus gerak untuk pulang ke rumah. Mula-mula menangis Nabila , bila emosi pun dah stabil Nabila bercakap-cakap dalam bahasa dia. Nak mengadu la tu pasal kena balut-balut tadi..

~Nabila dengan pose mata julingnya..hehe..tetap comel gak!~

~Nabila makan nestum jap..jangan kasi perut tu kosong. Letak dalam botol. Pasal nak suap leceh pula dalam kereta..~

~Sarra Deboks & Nabila Demuks dengan aksi memakai pempers jer..santai-santai sambil bergolek..hurmm..kata si Kembar!~

~hurmm..tutup muka..huhu..baru lepas menangis..entah mana belajar stail tutup muka tu pun tak tau!~

13 March 2009

Muka anak patung...?

Nabila muka cam anak patung? Ada ke patut? Mak sayalah..hehe..

Hari tu mak ke Jusco Wangsa Maju dengan adik saya, Ain. Entah macamana mak ternampak patung di dalam cermin (ala patung display tuh). Mak saya kata muka macam Nabila. haha... Kesian Nabila, ada ke patut nenek cakap begitu kat Nabila.

Kemudian bila balik heboh cerita pasal anak patung tu pada saya. Cuma anak patung tu botak, tiada rambut. hehe....

Sekarang ini sudah lekat nama panggilan Nabila yang baru..

"Anak patung Chet Chet"..hehe..

Kalau tengok betul-betul memang macam anak patung. Badannya kenit . Muka nampak comel je. Matanya besar, bulu mata melentik..hehe. Agaknya masa mengandung dulu saya suka tengok anak patung.hahaha!....

~Main-main dengan nenek...anak patung chet chet...~

~Mengantuk pasal baru lepas makan...burppp...alhamdulillah..~

Tag?

Rules:Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Suka sangat dengan AXN Channel. Tengok House

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Rasanya abang makan apa sahaja . Tak banyak komen!

3. What’s one food he doesn’t like?
Kalau makan abang bukan jenis memilih.Semua dia makan..:)

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Carrot Susu.

5. Where did he go to high school?
Sek. Men St. Micheal, Ipoh

6. What size shoes does he wear?
Saiz 8

7. If he was to collect anything, what would it be?
Benda ini lah. Komik..Memang suka sangat.!!

8. What is his favorite type of sandwich?
Sandwich Sardin dan Sandwich telur...

9. What would this person eat every day if he could?
Daging masak kicap.

10. What is his favorite cereal?
Tiada favourite cereal..

11. What would he never wear?
Sure lah blouse ngan skirt..haha.

12. What is his favorite sports team?
Liverpool..

13. Who did he vote for?
Steve G dengan Torres!

14. Who is his best friend?
Eawan bin Razali..belajar sama-sama di Shah Alam dulu. Sekarang pun kerja sama-sama. Pernah duduk serumah. Nasib baik tak tidur sama-sama..hahaha!

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Cuci kereta sebab tak nak bagi saya penat kot..

16. What is his heritage?
Mestilah Melayu

17. What is his favourite colour?
Tak sure pula sebab Abang rabum warna..hehe..

18. What is his habit?
tidur..

19. What is he proud of?
Mestilah pada aku. pasal susah tau nak lahirkan Nabila..

20. Lastly, do you think he will read this?
Agaknya kot,,hehe..


Emm..rasanya nak tag. Ummisarra. Seorang je yek. Bolehkan..?

Perkara yang dibuat sepanjang semalam...

Sebenarnya tiada perkara untuk saya ceritakan pun di sini. Cuma semalam, banyak aktiviti yang saya buat sepanjang cuti ini.

1) Saya dan abang ke KLCC. Settle bil telefon Abang di Maxis Centre. Bil dah lama tertunggak. Kemudian abang nak tutup line itu. Nak pakai nombor lain pula..

2) Gi HSB. Ada appointment dengan OCCT. First visit. Semalam tak sempat nak ambil gambar kerana therapist Nabila sibuk tanya tentang history Nabila sewaktu dilahirkan dahulu. Nak kena cerita lagi ke? Aduhai...

Saya sebenarnya tak suka untuk mengingati lagi hal itu. Kalau ingat mesti mengalir air mata ni.huhu..

Macam biasa Nabila akan menangis bila therapist sedang meneliti Nabila ? Kenapa ? Masa di KLCC tadi tak nak tidur. Dalam kereta main-main. Ini sudah sampai hospital baru nak tidur. Pening ibu memujuk Nabila ni. Last pukul 3 dapat la dalam sejam therapist buat sesuatu untuk Nabila.

3) Balik Rawang siapkan rumah baru. Untuk Nabila juga. hehe. Tak tahu lagi bila nak pindah.

09 March 2009

Nabila belajar makan bubur semalam!

Nabila masih lagi dalm pembelajaran untuk makan bubur dengan cara yang betul. Eh apa ni!. Selama ini Nabila makan tak betul ke caranya?

Nak kata tak betul tu mungkin ya. Mana taknya Nabila makan terus telan, tak kunyah. Hanya kadangkala sahaja Nabila mengunyah.

Semalam saya terasa seperti mahu buat bubur untuk Nabila.Mahu dia belajar untuk merasai tekstur makanan lain.

~Yang paling kanan puri carrot..yang tengah puri kentang dan yang hujung puri pisang..hehe..byk la pulak..~

~bubur nasi..saya masak ditambah kismis sikit. Tapi kismis saya dah keluarkan. (saya ikut dari resepi salah sorang blogger..tak ingat la siapa..tapi thanks ye..tak terpikir idea ni)~

~masa ni belum makan lagi tau..menangis pula..lapar kot..hehe..ibu ni lambat betul!~

~Bersedia untuk makan! Saya beri Nabila makan di rocker chair kerana Nabila tak boleh nak duduk tegak lagi. Kalau duduk mesti senget badan dia. Tak mengapalah dik, janji selesa, tak tercekik~

Saya campurkan semua benda-benda tadi.

~Menangis kerana saya baru lepas tukarkan baju dia~


~Emm..tak habis pun!~


~berposing selepas makan! (huh..gemuknya ibu..)

p/s: lupa nak cerita..Nabila selama ini saya beri makan Nestle Gandum dan Ikan Bilis (stage 3). Makanan lain dia belum pandai lagi untuk kunyah.. :(

08 March 2009

Rezeki Nabila....

Sebenarnya saya sudahpun berhenti kerja di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) semalam.Alhamdulillah, saya dapat job baru. Dalam government juga. Tapi saya tak tahu lagi dapat jabatan mana.

Saya akan melapor diri pada 24/3/2009 nanti . Saya tak pasti situasi kerja di tempat baru . Apapun, semua ini rezeki Nabila. Kerana Nabila saya berusaha untuk mendapatkan jawatan tetap. Alhamdulillah.

Dapat beli rumah pun atas rezeki Nabila juga. Murah betul rezeki Nabila . Sungguh!! . Seingat saya kalau diikutkan gaji saya dan abang memang tak cukup untuk kami 3 beranak. Namun, Allah sentiasa melapangkan jalan kami untuk membesarkan Nabila.

Apapun saya bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan anak seistimewa Nabila..Terima kasih Allah...

Peace!

Nabila meragam dalam kereta!

Sudah beberapa hari saya tak buat entry baru. Tak tahu nak cerita apa..!

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku 2-3 hari lepas. Tapi tak berapa menarik sangat, cuma saya nak bercerita tentang perkara yang berlaku petang tadi.

Saya pulang ke Rawang. Kerna mahu kemas barang di rumah. Sepatutnya saya dah mula untuk packing barang-barang untuk pindah ke rumah baru, tapi saya malas sangat. Kemudian blur tak tahu nak start kemas apa dulu.

Actually saya sudahpun start packing barang-barang yang tak digunakan. Buat sikit-sikit dengan Abang..hehe. Cumanya hari ini saya perlu buat seorang diri. Kerana ayah dan abang nak ke rumah baru. Kerja-kerja mengecat tak selesai lagi.

Tapi saya bukanlah nak bercerita tentang kemas rumah. Saya nak cerita tentang si Nabila budak demukss ni..haha!

Nak jadi ceritanya, saya ingat saya malas untuk membawa Nabila bersama saya. Mengenangkan ayah Nabila ni sudah beberapa hari tak jumpa Nabila jadi saya bawa Nabila berjumpa ayahnya.

Sampai saja di rumah, saya lihat abang sudah mengeluarkan barang-barang untuk dikemas untuk dimasukkan ke dalam kotak. Kemudian Abang meninggalkan saya bersama kerja-kerja yang tak siap tadi. Saya sambung semula kerja-kerja abang tadi.

Nabila mulalah merengek. Sebab tiada orang di hadapannya. huhu..

Bila sudah selesai semuanya, saya rehat sebentar menunggu ayah dan abang menyiapkan kerja-kerja mengecat. Kemudian Nabila terbangun dari tidurnya. Kemudian menangis. Namun cara Nabila menangis nampak lain macam.

Nabila merengek tak henti-henti dan sudahnya saya bawa Nabila keluar dari rumah Hish..diam pula.. :) Agaknya Nabila suka tengok pokok depan rumah bergoyang-goyang di tiup angin.

Jam 4.45 ptg , ayah dan Abang pulang ke rumah sewa kami. . Kesian ayah Nabila, konon-kononnya nak jumpa anak , tapi sudahnya tak sempat nak pegang Nabila pun.

Dalam kereta Nabila menangis tak henti-henti sampai ke rumah mak. Sampai naik bengkak lengan kiri saya dek menahan tubuh Nabila yang suka melonjak ke belakang bila saya memeluk Nabila. Ni kes tak mahu duduk dekat car seat. Sampai ayah saya nak bawa kereta pun dah naik runsing. Sudah la jalan sesak pula tu.huhu..

Saya kata pada Nabila..

"Nanti pasni tak yah gi jenjalan lagi..ibu dah tak nak bawak Nabila.."

Tapi cakap je. Tapi tak sampai hati kalau keluar saya tak bawa si kecil ni . huhu....

Apapun habis sakit-sakit badan saya dek penangan Nabila..huhu..

~ gambar sewaktu pulang dari HSB untuk sesi fisioterapi . Seronok Nabila naik kereta. Main dekat car seat ..gelak ketawa..~