Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

13 March 2009

Perkara yang dibuat sepanjang semalam...

Sebenarnya tiada perkara untuk saya ceritakan pun di sini. Cuma semalam, banyak aktiviti yang saya buat sepanjang cuti ini.

1) Saya dan abang ke KLCC. Settle bil telefon Abang di Maxis Centre. Bil dah lama tertunggak. Kemudian abang nak tutup line itu. Nak pakai nombor lain pula..

2) Gi HSB. Ada appointment dengan OCCT. First visit. Semalam tak sempat nak ambil gambar kerana therapist Nabila sibuk tanya tentang history Nabila sewaktu dilahirkan dahulu. Nak kena cerita lagi ke? Aduhai...

Saya sebenarnya tak suka untuk mengingati lagi hal itu. Kalau ingat mesti mengalir air mata ni.huhu..

Macam biasa Nabila akan menangis bila therapist sedang meneliti Nabila ? Kenapa ? Masa di KLCC tadi tak nak tidur. Dalam kereta main-main. Ini sudah sampai hospital baru nak tidur. Pening ibu memujuk Nabila ni. Last pukul 3 dapat la dalam sejam therapist buat sesuatu untuk Nabila.

3) Balik Rawang siapkan rumah baru. Untuk Nabila juga. hehe. Tak tahu lagi bila nak pindah.

3 comments:

Anonymous said...

nabilah pun suke g tmpt2 shopping ye,syg...

Naura said...

jgn ler nangis2 lagi..tu semua adalah rahmat dari Allah dan ujian untuk tuhan ajar kita lebih bersabar..bestnya dok umah baru..

Yasmin Nabilah.. said...

Nabila suka gi tpt sejuk jer..tak suka tpt panas..hehe..nampaknya kena pindah luar negeri la nih..