Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

15 October 2009

Sakit Perut..

Dah 2 hari dah Nabila sakit perut. Asyik membuang je..Buang bukan banyak pun..sikit je..tapi kerap.Nak kata salah makan..rasanya bukan banyak pun dia makan..lagipun makanan dia semua nya di masak betul.

Kata mak mungkin Nabila nak besar..yelah..2 hari lagi Nabila dah berusia 1 tahun 6 bulan. hurm..org kata sakit nak besar kot!

Pagi tadi, aku ke klinik. Tak tahan dek lihat Nabila yang asyik membuang. kalau dia tak nangis takpe..ni menangis. Malam tadi aku tak tidur lena..hampir jam 2 pagi baru dapat lelapkan mata..Nabila menangis merengek..mungkin pedih di lubang d***r nya..huhu..sian Nabila..aku sampai turun ke tingkat bawah..pujuk Nabila..Sampai aku lelapkan mata sambil berdiri..huh..pesyen apa nih..tido sambil berdiri..Semua demi Nabila..

Malam ni entahlah..tadi kata mak..kerap juga membuang..dan sebelum balik tadi..mak pesan jangan beri Nabila susu dulu..beri minum air gula atau air kosong sahaja..hurmm..Nabila pun mcm tak nak minum susu tadi..

p/s : kawan-kawan..nak mintak tolong..doakan keselamatan baby kawan kami..Eawan dan Kak Milia..Kak Milia baru sahaja melahirkan baby lelaki..Namun..baby tu lemas akibat tertelan air ketuban dan najis..Sekarang ni di NICU Sg. Buloh..dah 2 hari dah..pagi tadi aku dikhabarkan oleh abg yang jantung baby tu berhenti sebanyak 2 kali..Subhanallah..Buat Eawan dan Kak Milia..Tabahkan hati..kuatkan semangat..Aku dan Zul juga penah lalui perkara yang sama setahun yang lalu..Anak itu perlukan semangat korang berdua..Dan Eawan..kena jaga kesihatan jugak..makan..jangan tak makan..Kak Milia dan baby perlukan ko sekarang ini..Aku dan Zul doakan anak ko selamat dan cepat2 pulih..!Amin..

13 October 2009

berlumuran.....

Tadi, aku sibuk membasuh bilik air..alang-alang nak mandi..sental sekali bilik air tu..Nabila pula sedang leka bermain..sedang meniarap di atas katil..jelas kedengaran suara Nabila melalui bilik air..huuu..haaa..buuu...waaa..tu yang aku dengar.

Selesai bilas dengan air..aku terdengar Nabila menangis. Eh..napa pulak tu?macam orang kelemasan..Aku jerit.."Adik kenapa tuh?". Aku buka pintu sedikit..lihat Nabila menggesek-gesekkan mukanya ke permukaan tilam. Dan mula merengek. Mulanya aku tak perasan. Aku biarkan sahaja. Dan Nabila masih lagi merengek..Aku jenguk lagi..kali ini aku tak tutup pintu..aku lihat dengan dekat..Ya ALLAH.. Muka Nabila habis berlumuran dengan muntah..aiyoooo.....apalagi, terus aku baringkan dia. Abis masuk dalam hidung..huhu..Dah lap tu baru diam..

Selesai muntah..aku bawak Nabila turun bawah..panaskan nasi dan sup untuk dia. Tengok nangis pulak..hurm..skali membuang pulak..alahai..bila masa plak nih..masuk ni dah 2 kali dah dia membuang..adui..tu belum kira lagi kat umah nenek dia..dari semalam lagi asyik membuang je. Sampai naik melecet dah punggung tuh..huhu..Malam ni terpaksa stop dulu ubat Lactul tuh..huhu..

Dah bagi makan..baru 2-3 suap..nangis-nangis lagi..apahal lagi nih Nabila..rupanya nak tidur.. Nabila ni slalu tidur masa on the way nak balik atau time maghrib. Entah tadi..asyik main je..tak nak tido. Ni nak makan nak tido pulak...huhu..

Ni, (masa tgh tulis ni) Nabila dah bangun dah..dengar ayah dia dah balik dari kerja tadi.hurm..harap2 jgn la membuang lagi..esok2 la yek encik usus..huhu..

k..nak sambung balik kasi Nabila makan..huhu..

p/s : terpikir-pikir masa mandi tadi..Kalau la Nabila pandai pusing mesti tak jadi cam perkara tadi. Kalau dah muntah..mesti dia pusingkan badan dia..huhu..Nabila nak buat..cuma tak mampu je..sian Nabila..Cepatlah pusing yek nak..Ibu dah tak sabar sangat..lagi pulak..seronok tau kalau pusing..boleh Nabila golek-golek atas katil ke..atas lantai ke..huhu..

12 October 2009

Selesa Beach Resort & sayang nak tinggal Nabila lagi..

Entry lepas, aku ada cerita yang aku bekerja hujung minggu lepas.Hurm..so far alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar. Penatnya usah kira. Pada mulanya agak sukar untuk aku menumpang kereta jabatan..dan akhirnya aku meng'offer' diri pada ketua seksyen aku untuk drive sendiri ke PD.

Memang sedia maklum sajalah..hari Jumaat..Jalan di Sg. Besi jem teruk..Aku bertolak dari Arkib Negara sekitar jam 5.45 petang dan tiba di resort jam 8.30 malam..Aduhai..macam dari KL ke Ipoh lagaknya..penatnya hanya tuhan sahaja yang tahu..sampai sahaja dah kena uruskan peserta bengkel..

Malas nak cerita tentang bengkel..kawan-kawan..layankan aje gambar ni yek..

dah abis dah gambar..hehe..

Semalam, sewaktu drive pulang ke KL,aku berangan-angan.Rindu aku pada Nabila dah membuak-buak..yelah..dah 3 hari aku tak jumpe dia..rindu sangat2..sampai dalam kereta..nak hilangkan rasa bosan..macam terbayang-bayang Nabila ada kat sebelah aku..Pastu aku sebut.. Nabila..Nabila..huhu..Dah angau dah aku nih..huhu..Pastu tersenyum sendiri..Tau plak malu..hehe..Nasib baik takde sapa tumpang balik dengan aku..klu tak ada la yang kata aku nih dah gila..hahaha!

Dah sampai je umah..tak kira apa dah..terus terkam Nabila..geram betul..asyik peluk dan cium je..Nabila pun mulanya cam pelik je..tapi bila dah dengar suara aku..terus dia senyum-senyum..rasa nak menitik air mata ni..rindukan dia sangat-sangat..

Aku nak balik Rawang petang tu gak..pasal memikirkan baju banyak nak kena basuh..esok kena keja plak..huhu..Tapi tak dapat nak balik pasal kete aku adik aku pakai..dalam kete tu plak ada car seat..hurm..camner nak balik..takkan nak suh Nabila baring plak..kang jatuh..naya je..

Mak cakap..Nabila tak yah balik la..tinggal je..biar aku yang balik..huhu..TAK MAU!..dah la tinggalkan Nabila 3 hari..ni nak tinggalkan dia lagi sehari..huhu..nak nangis gak bila mak cakap camtuh..huhu..sudahnya telefon abg, kata tak dapat balik. nasib baik Abg tak kisah..huhu..sori yek Abg..kat abg pun Ibu rindu gak..tu pasal nak balik jugak Rawang..tapi terpaksa pilih salah satu..huhu..dan sudahnya tidur lah aku di Gombak malam tadi..

hurm..rasanya klu ada kerja luar lagi..tak taulah camner..ni kejap pun tak tahan rindu..lagi plak nanti nak gi Induksi ke hapa nanti..nak tinggal Nabila lama-lama..TAK SANGGUP MAKCIK!

08 October 2009

Nabila Dan Rambut Baru..

Tengahari tadi, aku terima panggilan telefon dari adik aku, Ain. Katanya ada wanita cina datang rumah. Dan wanita cina tu dah buat sesuatu pada Nabila.

Aku pelik. Pastu Ain ketawa dalam telefon. Rupanya wanita cina tu datang dari rumah ke rumah..tanya nak potong rambut ke idak. Dan mak pula tak tanya aku dulu. Cadangnya aku nak simpan sket rambut Nabila tu. Kasi panjang sket. Tapi mata orang tua..bukan suka serabut serabai ni.. Abis la kepala Nabila. Rambut yang disimpang bakal di buang..huhu..

Tengahari aku balik..Sebab hari ini ada appointment dengan Puan Siti, bahagian fisioterapi. Terkejut beruk aku tgk rambut Nabila. Pendek yang amat..dan kepala Nabila nampak kecik je..huhu..Mak..sian kat cucu mak ni..Napa mak potong pendek sangat..huhu..Baru je yong nak bagi Nabila ni comel cam bb gurl sket..dah cam bb boy plak..huhu..

Dah tu..takkan nak meraung plak kan..terima jelah..Plak tu bising mulut mak bercerita kata Nabila baik sangat masa potong rambut. Tak macam kat Cheeky Monkey aituh..hehe..pandai pulak tukang gunting tu amik hati Nabila..diam plak tu bila orang pegang kepala dia..hehe..

Adik aku plak tak amik gambar dia masa dia kena potong rambut..ni ada sket gambar sesduah potong rambut..huhuhu..

huwaaaa..Nabila dah berambut pendek balik..huhu..nampak kepala nan kenit tuh..


p/s : aku gi balik Fisio..walaupun tak bawa kesan pada Nabila..aku gi jugak..Nanti doc kat Pediatrik marah pulak kalau jarang pegi..huhu..

07 October 2009

Tiada di rumah & Nabila dah pandai....!

Sabtu Ahad ini, Nabila akan bersama neneknya di Gombak. Aku terpaksa ke Port Dickson atas urusan kerja. Menjadi urusetia untuk Kursus ISP anjuran Seksyen Teknologi Maklumat. Aduii..lama benar tak keluar bekerja pada Sabtu dan Ahad. Seingat aku..kali terakhir aku berkorban kerja hari cuti adalah ketika aku masih bekerja di Jabatan KEMAS. Kerja di situ banyak menuntut aku supaya bekerja lebih masa di hujung minggu. Maklumlah berkhidmat dengan masyarakat..ada sahaja majlis anjuran jabatan yang terpaksa aku hadiri.

Namun kali ni, aku tidak lagi risau meninggalkan Nabila.Mungkin rindu..yelah..setiap malam..Nabila pasti tidur bersama aku..Camner ni Nabila..Camner Ibu nak tido..Tak dapat la Ibu nak peluk Nabila nanti..huhu..

...
..
.


Apapun..bila di fikir-fikirkan , anak dara aku ni dah semakin membesar. Dan SEMAKIN BIJAK! Alhamdulillah..berkat doa setiap hari..usaha yang tanpa jemu..sudah mula membuahkan hasil..walaupun tak banyak mana..cukup buat aku dan abg bahagia.. :)

Nabila dah mula cuba menggunakan tangan untuk posisi merangkak. Walaupun Nabila masih lagi belum boleh merangkak..aku selalu lakukan posisi merangkak untuk dia..Dan tangannya semakin berfungsi. Mula menegakkan tangan bila di letakkan. Namun hanya bertahan sekejap sahaja..Kemudian..dia mula melembikkan diri dan berada di posisi seakan sujud .. huhu .. Takpelah.. janji buatkan!

.

Semalam Nabila marahkan aku..Geram sebab aku sumbatkan vitamin dan ubat lactul pada dia..huhu..Nampak betul kemarahan dia pada aku..Tak baik tau nak..dosa tu..alah..takpe sayang..ibu faham..Nabila tak suka kan..Tapi Nabila kena makan..camner berat tu nak naik.. Nabila tak nak gemuk yek..Nabila kesian kat ibu yek..Takut ibu letih angkat Nabila yek..pagi-pagi nak naik umah nenek..tu ah..umah nenek tinggi sangat..huhu..tak larat Ibu nak naik..Nak belikan umah untuk nenek..ibu tak cukup bajet..huhu..Teringin nak belikan umah bawah untuk mak dan ayah..Kalau gaji besar mesti boleh dah..huhu..

.

Yang pasti aku aku akan merindui wajah ini bila hujung minggu nanti ..

Tak hengat donia si Nabila nih tido..hehe..mcm surrender cam baru lepas kalah perang..hahaha!


Tah camner gaya tido nih tah..siap tongkat dagu lagi..hehe..


Tgklah ibu..kalau Nabila dah pandai sok..abis la umah kita..hehe..

03 October 2009

Balik Ipoh kejap..dan ke Gedangsa..

Jumaat lepas, aku dan abg pulang sebentar ke Ipoh. On the way dari KL ke Rawang, aku 'stuck' dengan jalan sesak yang teramat teruk. Cadangnya nak ikut Templer Hill. Malangnya bila terkenangkan jalan di hadapan Tesco yang bakal sesak..disebabkan pembinaan jalan di situ, aku berubah angin. Lalu di Sungai Buloh dan niat ingin terus naik highway. Tapi aku dah tersekat di Kepong..Aduhai..dah la bawak kete ayah pulak tu. Kete ayah tu masalahnye pedal clutch yang sgt-sgt ketat..huhu..lenguh gak kaki ni menahan..klu kancil senang je..ringan ..ni bawak kete besau..huhu..tahan je lah..

Nabila pula time tu diam pada mulanya..dan setelah tiba sahaja di highway, Nabila merengek..dan seterusnya menangis kuat. Aku risau jugak..manalah tahu kan Nabila kena gigit ngan binatang ke, atau apa-apa ke..dah la baru pas maghrib time tuh..Sudahnya aku berhenti jugak di R&R Rawang. Dan setelah di periksa..Nabila rupanya 'membuang'..huhu..kelam kabut jugak aku pindahkan Nabila ke seat belakang. Rasanya tak sempat untuk aku ke wash room..salin dalam kereta je la..selesai 'urusan' Nabila, nak minum susu pula. Dan sesudah itu..aku teruskan perjalanan ke rumah.

Nasib baik jugaklah abg dah balik rumah. Abg jugaklah siapkan semua keperluan kami untuk pulang ke Ipoh. Oh ya, lupa nak cerita..kenapa aku dan abg pulang tergesa-gesa ke Ipoh. kami nak bagi kereta kat Ayah mertua. Ayah mertua aku 'accident' dengan lori. Nasib baik tak apa-apa..cuma kereta sahaja yang kemek. Ayah mengantuk bawa kereta sebenarnya. Letih sebab dah 2 hari tak cukup tidur. Kesian ayah. Takut betul bila dengar berita ayah accident. Syukur tak apa-apa..

Selesai kemas semua barang..kami bergegas pulang ke Ipoh. Aku bawak satu kereta, dan abg satu kereta.Mulanya abg suruh aku gerak dulu. Abg nak 'tapau' nasi goreng kat Bukit Sentosa. Aku mulakan perjalanan sendirian. Kereta agak banyak jugak..maklumanlah awal bulan..semua nak balik kampung. Sampai di Bukit Tagar..mata aku dah mengantuk..tu baru je 10 minit perjalanan..Nabila pula lena tidur di sebelah aku..Aduhai mata ni..bertahan lah..entah..mungkin aku letih barangkali.

Entah berapa kali aku telefon abg..untuk segarkan mata. Abg pula tak mengantuk 'drive' sorang-sorang. Selalunya dia yang mengantuk. Ni dah terbalik pulak. Dan aku pulak..berapa kali tah kereta ni terhuyung-hayang...Ya Allah..selamatkanlah perjalanan kami. Nabila sudah bangun ketika itu. Melepasi exit Behrang..memang mata bagai di suruh tutup..Aku telefon abg. Tanya hentian berikutnya. Abg kata jauh lagi..huhu..adui..penatnya. Dan alternatif aku..aku tutup radio..dan berzikir dalam kereta..bukan main kuat lagi aku berzikir..lagu-lagu dalam radio pun mcm dah tak lut dah..sudahnya..zikir la ubatnya..Namun..mata ni memang tak mau dengar kata..mau nak tutup jugak..dan tiba-tiba nampak hentian sebelah. Aku terus telefon abg dan beritahu aku berhenti di mana. Dapat saja parking..terus melabuh mata. Sian Nabila..sori yek nak, ibu tak layan kamu. mata ibu ngantuk sangat..huhu.

Abg sampai je, terus kami berehat dan makan nasi goreng. Bila dah jumpa abg..barulah segar..tengok jam dah pukul 11 malam. Kami teruskan perjalanan. Mulanya perlahan sahaja. Dan mungkin abg mengantuk pula..Abg tanya nak laju ke pelahan? Bila tengok jam dah larut malam..terpaksa la laju sket..Apa lagi..laki bini 'berentap' la kat highway..hehe..Bila abg kat depan..barulah segar mata aku..

Sampai rumah mak mertua aku, borak-borak sebentar..dan kemudian ajak Nabila tidur. Tapi Nabila nak main lagi ngan atuk dan opahnya..huhu..Tido la yek nak..ibu ngantuk ni. Esok nak gi Gedangsa pulak..Dah janji ngan Faizal jumpa kat Balai Polis Behrang, jam 6 pagi.

Aku terlewat bangun.Gerak dari Ipoh jam 5 pagi. Terus mesej kat Faizal..maybe lambat sket..kata kami dari Ipoh. Dan terus Faizal membalas yang dia menunggu kami di Tapah. Jumpa sahaja di R&R Tapah, kami tapau makanan sket dan terus bergerak menuju ke rumah Kak Raw. Alhamdulillah..no. giliran tak jauh sangat..cuma Kak Raw lambat mula, jadi giliran kami sampai tengahari jugak lah..Dan hujan lebat pulak tu di Rumah Kak Raw..Agak sejuk jugak lah situ.

Selesai urusan Nabila dengan Kak Raw..kami pulang ke Rawang semula. Dan Faizal sekeluarga bergerak menuju ke Tapah. Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar..dan Faizal juga sudah dapat petunjuk baru tentang Irfan. Bila di fikirkan kesian pada dua anak ini. Mungkin sudah berjanji dengan Allah..mahu harungi segala dugaan di dunia ini barangakali. Sebagai ibu dan ayah..bantu sedaya upaya..sehabis mungkin untuk anak ini. Sabarlah Nabila dan Irfan..Kamu sememnagnya anak yangh KUAT!


01 October 2009

Terapi mata.

Setiap perkara yang aku kongsikan dalam blog ini adalah keinginan aku untuk lihat Nabila pulih. Dan aku harap setiap apa yang aku lakukan akan dapat mengubah nasib Nabila.

Aku sangat-sangat khuatir dengan mata Nabila. Kadang-kadang hampir buntu memikirkan cara untuk pastikan Nabila sentiasa fokus bila memandang keadaan sekelilingnya. Namun aku tiba-tiba mendapat idea ini. Itupun aku terkenangkan apa yang Ita pernah katakan pada aku dahulu.

Di hospital Serdang, satu bilik khas untuk terapi mata ada disediakan. Malangnya di Sungai Buloh pula tiada. Pernah aku suarakan perkara ini kepada Puan Sally supaya kemudahan ini dapat di nikmati oleh semua anak yang senasib Nabila. Sayangnya Puan Sally kata equipment untuk menyiapkan bilik itu agak mahal kosnya. Sedih..apakan daya..aku perlu lakukan sesuatu.

Dan Ahad lepas, semasa berjalan di OU, kami melintas di hadapan Jusco bahagian household.. Dan ternampak lampu kelip-kelip di 'display' untuk hari raya. Dan tiba-tiba terngiang-ngiang apa yang Ita kata pada aku. Kata Ita, di Serdang, satu bilik khas dipasang pelbagai lampu dan bilik itu di gelapi dengan langsir hitam. Sangat-sangat gelap..dan hanya lampu-lampu sahaja yang menyala. Lampu-lampu itu bertujuan untuk mengajar fokus mata. Dan aku terus menyuarakan hasrat untuk buat bilik seperti itu di rumah. Namun kata abg..tiada bilik yang sesuai digunakan. Lagipun seeloknya buat ketika Nabila sedang berehat atau bermain. Bilik di rumah pula semuanya penuh. Satu dijadikan guest room dan satu lagi bilik solat. Almaklumlah rumah kecil..bilik pun tak banyak.

Nak dijadikan cerita, abg mencadangkan agar lampu itu diletakkan sahaja di dalam bilik tidur kami. Mulanya aku tak bersetuju, namun setelah di fikirkan, apa salahnya kami menggunakan bilik tidur kami. Agak berselirat dan berserabut, namun demi Nabila, aku pejamkan sahajalah mata ini. Dan semalam abg dah memulakan operasinya. dan hasilnya..

gantung macam biasa je..hurmm..nampak serabut..tapi untuk Nabila aku buat apa sahaja.biarlah..buruk pun buruk lah bilik ni..hehehe..terang jugak lampu-lampunya..lupa nak cakap..aku beli lampu yang jenis bentuk bola punya..bola tu mcm kristal..nampak cantik bila cahaya dia kena kat dinding putih..hehe..


Alhamdulillah..Allah telah beri aku satu jalan untuk Nabila..Dan thanks to Ita, sudi share tentang kaedah tu pada Ina..Mungkin nampak pelik..tapi itu untuk kebaikan juga kan..?takpe..kita cuba mana yang terbaik..

Tu sahaja yang aku nak cerita tentang terapi mata Nabila.. :)