Jumaat lepas, aku dan abg pulang sebentar ke Ipoh. On the way dari KL ke Rawang, aku 'stuck' dengan jalan sesak yang teramat teruk. Cadangnya nak ikut Templer Hill. Malangnya bila terkenangkan jalan di hadapan Tesco yang bakal sesak..disebabkan pembinaan jalan di situ, aku berubah angin. Lalu di Sungai Buloh dan niat ingin terus naik highway. Tapi aku dah tersekat di Kepong..Aduhai..dah la bawak kete ayah pulak tu. Kete ayah tu masalahnye pedal clutch yang sgt-sgt ketat..huhu..lenguh gak kaki ni menahan..klu kancil senang je..ringan ..ni bawak kete besau..huhu..tahan je lah..
Nabila pula time tu diam pada mulanya..dan setelah tiba sahaja di highway, Nabila merengek..dan seterusnya menangis kuat. Aku risau jugak..manalah tahu kan Nabila kena gigit ngan binatang ke, atau apa-apa ke..dah la baru pas maghrib time tuh..Sudahnya aku berhenti jugak di R&R Rawang. Dan setelah di periksa..Nabila rupanya 'membuang'..huhu..kelam kabut jugak aku pindahkan Nabila ke seat belakang. Rasanya tak sempat untuk aku ke wash room..salin dalam kereta je la..selesai 'urusan' Nabila, nak minum susu pula. Dan sesudah itu..aku teruskan perjalanan ke rumah.
Nasib baik jugaklah abg dah balik rumah. Abg jugaklah siapkan semua keperluan kami untuk pulang ke Ipoh. Oh ya, lupa nak cerita..kenapa aku dan abg pulang tergesa-gesa ke Ipoh. kami nak bagi kereta kat Ayah mertua. Ayah mertua aku 'accident' dengan lori. Nasib baik tak apa-apa..cuma kereta sahaja yang kemek. Ayah mengantuk bawa kereta sebenarnya. Letih sebab dah 2 hari tak cukup tidur. Kesian ayah. Takut betul bila dengar berita ayah accident. Syukur tak apa-apa..
Selesai kemas semua barang..kami bergegas pulang ke Ipoh. Aku bawak satu kereta, dan abg satu kereta.Mulanya abg suruh aku gerak dulu. Abg nak 'tapau' nasi goreng kat Bukit Sentosa. Aku mulakan perjalanan sendirian. Kereta agak banyak jugak..maklumanlah awal bulan..semua nak balik kampung. Sampai di Bukit Tagar..mata aku dah mengantuk..tu baru je 10 minit perjalanan..Nabila pula lena tidur di sebelah aku..Aduhai mata ni..bertahan lah..entah..mungkin aku letih barangkali.
Entah berapa kali aku telefon abg..untuk segarkan mata. Abg pula tak mengantuk 'drive' sorang-sorang. Selalunya dia yang mengantuk. Ni dah terbalik pulak. Dan aku pulak..berapa kali tah kereta ni terhuyung-hayang...Ya Allah..selamatkanlah perjalanan kami. Nabila sudah bangun ketika itu. Melepasi exit Behrang..memang mata bagai di suruh tutup..Aku telefon abg. Tanya hentian berikutnya. Abg kata jauh lagi..huhu..adui..penatnya. Dan alternatif aku..aku tutup radio..dan berzikir dalam kereta..bukan main kuat lagi aku berzikir..lagu-lagu dalam radio pun mcm dah tak lut dah..sudahnya..zikir la ubatnya..Namun..mata ni memang tak mau dengar kata..mau nak tutup jugak..dan tiba-tiba nampak hentian sebelah. Aku terus telefon abg dan beritahu aku berhenti di mana. Dapat saja parking..terus melabuh mata. Sian Nabila..sori yek nak, ibu tak layan kamu. mata ibu ngantuk sangat..huhu.
Abg sampai je, terus kami berehat dan makan nasi goreng. Bila dah jumpa abg..barulah segar..tengok jam dah pukul 11 malam. Kami teruskan perjalanan. Mulanya perlahan sahaja. Dan mungkin abg mengantuk pula..Abg tanya nak laju ke pelahan? Bila tengok jam dah larut malam..terpaksa la laju sket..Apa lagi..laki bini 'berentap' la kat highway..hehe..Bila abg kat depan..barulah segar mata aku..
Sampai rumah mak mertua aku, borak-borak sebentar..dan kemudian ajak Nabila tidur. Tapi Nabila nak main lagi ngan atuk dan opahnya..huhu..Tido la yek nak..ibu ngantuk ni. Esok nak gi Gedangsa pulak..Dah janji ngan Faizal jumpa kat Balai Polis Behrang, jam 6 pagi.
Aku terlewat bangun.Gerak dari Ipoh jam 5 pagi. Terus mesej kat Faizal..maybe lambat sket..kata kami dari Ipoh. Dan terus Faizal membalas yang dia menunggu kami di Tapah. Jumpa sahaja di R&R Tapah, kami tapau makanan sket dan terus bergerak menuju ke rumah Kak Raw. Alhamdulillah..no. giliran tak jauh sangat..cuma Kak Raw lambat mula, jadi giliran kami sampai tengahari jugak lah..Dan hujan lebat pulak tu di Rumah Kak Raw..Agak sejuk jugak lah situ.
Selesai urusan Nabila dengan Kak Raw..kami pulang ke Rawang semula. Dan Faizal sekeluarga bergerak menuju ke Tapah. Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar..dan Faizal juga sudah dapat petunjuk baru tentang Irfan. Bila di fikirkan kesian pada dua anak ini. Mungkin sudah berjanji dengan Allah..mahu harungi segala dugaan di dunia ini barangakali. Sebagai ibu dan ayah..bantu sedaya upaya..sehabis mungkin untuk anak ini. Sabarlah Nabila dan Irfan..Kamu sememnagnya anak yangh KUAT!
4 comments:
InsyaAllah, semoga dipermudahkan segalanya..
Aminnnn..
YA Allah... Dalam 1 malam berada di 2 negeri? huhuhu... letih giler tu! Tabik spiring ler kat noina... Boleh drive sorang2 tengah2 malam buta!
kak..msti lthkn hari2 tpakasa b'ulang alik.. Kt sbg manusia harus redha je dgn ketentuan Allah Swt.. Kdang2 lya dh xmampu nk bg kata2.. cz bg lya, tlalu berat dugaan ni, kalau lya brada dtempat akak.. Ape2 pun kak trus bsabar.. smpai satu detik, sgala ksabaran akak akn tbalas.. ni 1st time k nabila jumpa irfan...
( akak sbnarnya tuhan sygkan Nabila & Irfan... Tuhan juga sygkn ibubapa kedua anak2 ini... krn anak2 inilah yang akn m'bantu kdua org tuanya diakhirat kelak)
Jiey : Amin..harap2 dipermudahkan..:)
Liana : hehe..terpaksa..nak wat camner..klu ikut bplan abg..dia nak balik sorang ahad tuh..tapi sian gak kat dia..dia bukan leh drive sorang2..takut dia ngantuk..tapi tgk Ina yang ngantuk..hehe..
LyaFrina : Tak..ni kira 2nd time jumpe Irfan..sebelum ni penah jumpe gak dulu..masa berbuka puasa.hurm..nak wat camner lya..nak tak nak kena la ulang alik..lagipun sapa lagi nak dok umah ni..dah penat2 beli..tak nak duduk plak..huhu..lagipun dah setahun dok umah mak..naik segan pun ada..huhu..
Post a Comment