Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

13 January 2010

Syahdu..

Petang tadi, aku melihat iklan di TV. Tentang rancangan Aduan Rakyat. Dan aduan kali ini..amat-amat mendalam bagi aku.

Tak sabar menunggu waktu malam..

Malam...

Bagi mereka yang tengok, aduan tentang anak istimewa sangat menyentuh jiwa. Terutama aku..yang punya nasib sama seperti ibu-ibu yang terpapar di televisyen itu. Melihat saja wajah-wajah anak itu di televisyen, sudah cukup buat aku menangis. Dan kupandang wajah Nabila. Ku katakan padanya.."tu semua kawan-kawan Nabila..!"

Nabila hanya mendiamkan diri. Mungkin juga tidak faham dengan apa yang aku katakan..

Betul kata ibu-ibu di dalam rancangan itu. Bukan mudah untuk menjaga anak-anak ini. Menjaga anak-anak ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan pengorbanan setulus jiwa. Mereka bukan mahu pinta dilahirkan begini. Sedih, namun hidup perlu diteruskan. Anak-anak itu perlukan susu, lampin, makanan yang berkhasiat, kasih sayang dan perhatian dari semua orang. YA, SEMUA ORANG WALAUPUN ORANG ITU BUKAN AHLI KELUARGANYA.

Tanpa bantuan, agak sukar bagi anak-anak ini mendapatkan segala keperluan mereka. Bukan murah dan bukan mudah untuk mereka mendapatkan keperluan itu. Mendapatkannya saja, perlu perlbagai usaha..sehinggakan terpaksa mencari duit lebih. Aku berkata ini bukanlah untuk mengada-ngada, namun..memang benar apa yang dikatakan oleh ibu-ibu itu. Anak-anak ini bukanlah minum susu biasa. Seperti Nabila contohnya, Nabila terpaksa minum susu berjenama bagi menaikkan beratnya. Bukan murah..sebulan perlukan hampir RM500.00 untuk membeli susu sahaja. Itu tak termasuk lampin dan keperluan lain. Belum juga aku tambah dengan barang-barang untuk terapi yang aku rasakan sangat penting bagi dia. Terpaksa juga mencari alternatif lain seperti menggunakan barang-barang terpakai untuk dibuat alat fisio.Kalau Nabila ada sakit kronik dan perlukan bantuan untuk bernafas atau segalanya..pasti akan bertambah juga perbelanjaan kami.

Bukan merungut, tapi inilah hakikatnya. Semua ibu bapa yang punya anak istimewa juga mungkin sama keperluannya dengan Nabila. Perlukan macam-macam untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Bagi aku setiap anak istimewa wajar diberi bantuan. Walaupun aku rasakan ibu bapa itu berupaya untuk beri apa saja untuk anak mereka. SEBAB BANTUAN ITU BUKAN UNTUK IBU BAPA , TETAPI UNTUK ANAK-ANAK MEREKA. ADAKAH ANAK MEREKA PANDAI NANTI UNTUK MENCARI DUIT SENDIRI? ANDAI IBU DAN AYAH DIJEMPUT PERGI LEBIH AWAL, BAGAIMANAKAH DENGAN ANAK NANTI? ADA SIAPA-SIAPA YANG SUDI MENJAGANYA? AKU TAK RASA ADA YANG SANGGUP UNTUK MENJAGANYA!

Oleh itu, nasihat aku..jika kita tak mampu untuk membantu anak-anak ini, cukuplah sekadar memahami kehendak dan menghormati anak-anak ini sebagai insan di muka bumi ini. Mereka juga berhak untuk dilayan seperti anak-anak normal yang lain. Tiada ibu dan ayah mahukan anak mereka berkeadaan begini. Menyusahkan orang lain. Tak guna hanya berkata kasihan..jika ianya tidak keluar dari hati yang tulus.Kami tak perlukan kata kasihan..perlukan semangat untuk membantu anak-anak ini.

p/s: maaf terlalu emosi..sedih bila ada yang pertikai kenapa Nabila dan anak-anak lain perlukan bantuan!

Wajah yang tulus. Tak mengerti apa yang terjadi kepadanya..!

12 January 2010

Last day with Puan Suhana..

Seperti entry lepas, aku ada menceritakan tentang Puan Suhana yang akan bertukar ke Hospital Serdang. Minggu ini Nabila ada appointment lagi dengan unit fisioterapi.

Mulanya aku menyangkakan Puan Suhana sudah mula bekerja di Serdang. Sangkaan aku silap..bila lihat Puan Suhana masih lagi ada di mejanya..Dan katanya hari ini merupakan hari terakhir Nabila melakukan terapi bersamanya. Sebak rasa hati.. Yelah Nabila sudah lama bersama dengan Puan Suhana sejak dia berusia seminggu lagi. Masih aku ingat Puan Suhana datang ke katil kami dan memegang kaki Nabila. Pada waktu itu kaki Nabila bengkok. Akibat tidak berbendung dan terlalu lama kakinya dibiarkan terkangkang. Dan ketika itu juga aku di ajar untuk melakukan exercise pada Nabila. Terngiang-ngiang di telinga aku, Nabila menjerit kesakitan tatkala kakinya di tarik lurus oleh Puan Suhana.

Dan nasihat Puan Suhana ketika itu, menyuruh aku melakukannya setiap hari di rumah. Dan alhamdulillah..kaki Nabila tak bengkok lagi.

Dan sesudah itu, Nabila di suruh ke unit Fisioterapi ketika berusia 4 bulan. Keadaan Nabila agak teruk ketika itu. Tidak pandai meniarap..dan lehernya lembik. Dan hasil usaha Puan Suhana juga..mengajar aku di rumah untuk lakukan terapi untuk Nabila . Semua demi kebaikan Nabila.

Namun bila melakukan terapi bersama Puan Suhana..Nabila sering kali menangis. Sehinggalah Puan Suhana melahirkan anaknya baru-baru ini.. Nabila terus baik tatkala melakukan terapi bersama Puan Suhana. Puan Suhana agak terkejut pada mulanya dan memuji Nabila..yang nampak semakin baik sejak kebelakangan ini.

Dan hari ini, Nabila melakukannya dengan Puan Suhana buat kali terakhir. Dan kata Puan Suhana tempatnya bakal di ganti oleh Puan Siti. Nabila yang sangat baik hari ini..langsung tidak mengeluarkan suara tangisnya di hadapan Puan Suhana. Hehe..nasib baik..

Apapun..Saya dan Nabila mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada Puan Suhana di Serdang nanti. Khabarnya Puan Suahan di naikkan pangkat dan sebab itulah dia terpaksa berpindah ke sana. Mungkin dia akan mintak bahagian lain. Mahu bertukar angin katanya.Apapun..saya sangat berterima kasih pada Puan Suhana..sudi membantu saya dan Nabila untuk hadapi semua ini. Segala tunjuk ajar Puan Suhana akan cuba saya praktikkan. Dan doakan Nabila akan bertambah maju nanti.. :)

Nabila nangis bila dipegang Puan Suhana. Waktu ini Puan Suhana sudah mengandung.. :)

Nabila nangis lagik..

Gambar hari ini..Nabila dengan baiknyer berdiri di standing frame nih..(imej melalui cermin..Nabila asyik pandang ibu jer time nih..!)


07 January 2010

Projek terbengkalai..!

Lama benar aku disuruh buat benda ni..Baik Puan Suhana atau Puan Sally..berkata ada baiknya aku buat benda ni. nak beli pun mahal. Huh! dah tengok dah harga..hurm..orang bergaji kecik macam aku ni kena la kumpul duit sket untuk beli barang-barang fisio..

Apapun..Gunakan saja idea mereka ni. Rasanya semua therapist kat Malaysia ni pun suh buat perkara yang sama. Aku ni je yang lembab..huhu

Apa benda je tuh..?

Booster la yang aku maksudkan.. :)


Menggunakan tin susu..

Balut dengan Yoga Mat..Ada jugak guna Yoga Mat nih..


Balut jer ngan tuala..kasi lembut sket..

taraa..Nabila dah test dah..(ni amik gambar2 cepat2..sebab nabila dah pandai tolak kaki dia buat posisi merangkak..huhu


Gunakan apa sahaja.. janji boleh diguna pakai.. :) (Jangan hangat-hangat taik ayam sudah yek ibu Nabila..)

Aduhai hati ini..

Aduhai hati..kenapa aku rasa tak gembira?

Sejak 2-3 hari ini..aku banyak memikirkan tentang Nabila.Dapatkah aku mencapai target untuk memberikan apa yang terbaik buat Nabila. Arghh..sukarnya.. Mahu saja berhenti kerja dan menghadap Nabila setiap hari. Kurasakan tak cukup masa tatkala pulang dari pejabat dan berkejar-kejar untuk mandikan Nabila, makan dan bermain.

Sering tidur lewat..melewati 12 malam dan ke atas, barulah naik ke bilik untuk tidur. Nabila juga sama. Disuruh tidur..ada saja kerenahnya. Mahu bermain-main. Dan pabila di tutup semua lampu..barulah matanya pejam.

Terpikir-pikir juga untuk meneruskan aktiviti seperti dulu. Mencatat apa yang telah aku buat sepanjang hari bersama Nabila. Tapi macam biasa..diari hanya tinggal diari. Sifat "M' tu menguasai diri.

Bak kata Jiey..pernah dia berkata bahawa aku tak perlu memaksa diri untuk lakukan itu semua untuk Nabila. Cukup sekadar yang termampu. Namun hati ini degil. Keras kepala..!

Sian kat Nabila..

Apapun Nabila, Ibu akan buat apa sahaja demi Nabila. Akan usaha sehabis baik untuk tahun ini. Demi hidup Nabila, biar apa jua yang datang..ibu akan cuba atasinya. Ibu kagum dengan semangatmu Nabila. Cuba melakukan apa yang ibu suruh dengan sedaya upayamu.

.........
....
...
..
.

Suka benar dengan lagu ini..

Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi

Jangan gentar ada sabar semai di jiwa

Ku di sini mendampingi agar kau mengerti

Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi

Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai


Andai kucapai si pelangi

Akan kuserah kepadamu

Agar dapat kau mewarnai

Seluruh hidup nanti


Yang hitam harus dijauhi

Jangan disimpan dalam hati

Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

Kuterima dirimu dengan seadanya

Dalam suka dalam duka

Kau tetap cahaya

Ku bersyukur pada Yang Esa

Punya segala-galanya

Sederhana tapi oh sempurna

Oh oh oh...


lagu dari Amy Mastura
Kasih Suci


Tadi aku ke hospital. Temujanji bersama Puan Suhana. Sampai sahaja, tengok Puan Suhana tiada. Diganti dengan orang lain. Dan therapist itu berbual dengan aku tentang Puan Suhana.

Aku dikhabarkan Puan Suhana akan bertukar ke Hospital Serdang. Dan aku bertanya, siapa yang akan menggantikan dia? Dan menurut therapist itu, mungkin akan bergilir-gilir bersama dengan therapist2 di gym sana. Aduhai..aku rasa kurang enak bila mendengar berita ini. Sebab Puan Suhana satu-satunya yang agak mahir tentang anak-anak kecil di Sg.Buloh. Yang lain tu aku kurang pasti skill mereka. Pernah juga di beri therapist lain..namun aku tidak berpuas hati. Mereka hanya buat sekadar yang boleh..dan rasa seperti mempertikaikan kebolehan Nabila. Bukanlah aku kata mereka tak pandai..cuma kurang pengalaman. Sudahlah therapist untuk OCC juga bertukar. Dan tak tahu bagaimana keadaannya nanti.

Rasa down dah menyelubungi diri. Kalaulah aku ni banyak duit..sudah tentu aku akan upah therapist khas untuk Nabila. Atau aku sendiri sambung belajar untuk ambil course physiotherapy. Terasa ingin saja buat sendiri..Tapi tak mampu dan tak daya. Ya Allah..permudahkanlah jalan untuk anakku. Berilah aku kekuatan. Berikan aku ketabahan.

Dan rasanya..Nabila pasti akan melalui terapi-terapi yang membosankan. Setiap kali datang..akan buat benda yang sama. Tiada benda baru. FED UP nyer! Asyik bertukar therapist.. Aku tak suka!

Perlukah aku bertanya pendapat kawan-kawan semua. Apa yang perlu aku lakukan? Dan terfikir juga..maybe Nabila takkan dapat naik treadmill machine nanti. Mesinnya tidak sesuai..! (tu kata therapist tadi.) Dia kata pelik kenapa Puan Suhana suruh Nabila naik mesin tuh. Dah tentu Puan Suhana tahu kemampuan Nabila. Dia hanya sehari pegang Nabila. Itu pun terapinya tak sampai 1 jam.

Akhirnya kecewa yang aku dapat. Rasa nak tukar hospital lain..tapi kat mana? Mungkin ada baik dan buruknya. Terpaksa memulakan sekali lagi jika tukar ke tempat lain. Yang ku harapkan sekarang adalah rawatan dari Kak Raw..

Nabila, maafkan ibu sayang. Kalaulah kita banyak duit atau ibu diberi kepandaian untuk ubati kamu..Ibu akan beri apa sahaja yang terbaik buat Nabila. SEGALANYA! BERSALAH YANG AMAT PADA NABILA. Maafkan ibu sayang!


p/s : Tadi aku baru sahaja ke Chow Kit. Menempah kasut untuk Nabila. Harga dalam RM 140. Ok lah tuh. Dan lepas ni nak pergi mana-mana Nabila akan menggunakan kasut itu. Tak perlu aku memikirkan kasut apa yang sesuai buat Nabila. Moganya kasut itu akan beri harapan baru untuk aku dan Nabila. Bila tengok kedai cam tak caya je dia buat kasut tuh. Kedainya kecil..namun aku percaya pada Puan Suhana..sebab dia yang suggestkan aku buat kasut di kedai itu.

06 January 2010

Style baru!

Hari ini, balik kerja saja..aku terus bawak Nabila naik ke bilik. Siapkan air panas untuk mandi..sebab cuaca agak sejuk petang tadi. Dan Nabila pula..seronok main di katil sementara menunggu aku untuk mandikannya.

Dibelek-belek rambut Nabila..sememangnya sangatlah panjang (bagi aku)..Rimas dengan keadaan rambut Nabila yang sudah 'mencucuk' mata.. aku mulakan operasi menggunting rambut Nabila.

Mulanya aku dapat rasakan agak sukar sebab aku memang sedia maklum Nabila memang pantang orang pegang kepala dia.Huh..! Ibu pedulik apa.. Yang penting mata Ibu tak sakit dan Nabila pun selesa. Memang nampak la sejak kebelakangan
ni, Nabila cuba tolak rambut menggunakan tangan..sambil-sambil menggaru hidung..(cewah..macam Nabila pandai jer tolak rambut kebelakang).

Dan aksi pun bermula. Aku letakkan Nabila dalam kerusi comelnya..dan potong di bahagian belakang. Huh..Nabila dah mula merengek dan mula melentik-lentikkan badannya.Adoiii..tercucuk pulak mata tuh dengan gunting..huhu..(heh..mana ada..aku hati-hati tau!)


Tapi aksi Nabila memang tak duduk diam. Sadis betul..lihat saja rambut Nabila..abis 'tobek-tobek' aku kerjakan dek kerna Nabila yang tak duduk diam..Dah gunting separuh..takkan nak berenti pulak. Nak tak nak terpaksa di teruskan sehingga abis. Merengek-rengek..last nya abis jugak aku guntingkan rambut itu..huhu..

Selesai je..bawak gi mandi..dan selepas itu, barulah nampak Nabila tersenyum. Huh! legalah tuh..hehe..Sori yek Nabila. Ibu bukan tak mau potong..tapi bila bawak gi kedai..dorang mesti potong pendek sangat. Dah cam lelaki dah anak ibu.. Tu yang ibu tak mau tuh..

tak nampak ketara sangat aku potong. tapi janji 'pandangan' Nabila clear..(abaikan gambar yang tak clear tuh)


Huh!Serabai..huhu..(abaikan katil yang tak berapa nak kemas)

03 January 2010

Gathering with supermom and superdad..

Salam semua.. entry pembukaan untuk tahun 2010. :)

Semalam kami sekeluarga ke Alamanda Putrajaya. Ada apa di sana? Sempena perjumpaan kami bersama supermom and superdad yang lain..cewah..sapa yang terlibat? Family Jiey, Put, Ita, Faizal, Zali dan Zura. Memang happening sangat-sangat. Kami sekeluarga mohon maaf sangat-sangat pada Put dan Zura sebab terlewat sampai..huhu

Sampai sahaja..aktiviti pertama kami ada main bowling..hehe..Best..Hilang rasa gian nak main..dah lama benar aku tinggalkan. Sejak-sejak mengandungkan Nabila.


Masuk saja set kedua..masing-masing sudah letih.. Dah mula setiap seorang anak-anak menangis nak tido.. Tapi masing-masing tak tido pulak tu..termasuklah si Nabila nih..Puaslah dodoi..huh..langsung tak mau lelap mata.. Agaknya nak tunggu potong kek kot.

Dan selesai saja main bowling, cadangnya nak berpiknik di luar. Dan lihat saja di luar..hujan.. Dan kami terus ke plan B iaitu lepak-lepak di rumah Put..


Di rumah Put, acara seterusnya adalah suprise party besday Ita. Memang happening ! Ita sendiri aku lihat sebak bila memberikan ucapan sempena hari lahirnya. Yelah..tak sangka tuh..hehe..huh! penat simpan rahsia nih, Ita.. Apapun thanks to Incik Farid..yang sebagai mastermind dalam besday party ini. Alhamdulillah..Moga Ita di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur dan sentiasa sihat dan bahagia bersama Farid dan Sarra.. Amin.. :)

Dan acara seterusnya..Sesi potong kek bersama our superbabies! Masing-masing seronok dan teruja melihat kek ituh..memang cantik..!


Perut pun dah kenyang..borak pun dah mcm-mcm cerita dah..masanya untuk cabutan bertuah..Dan suasana di rumah Put gamat tatkala nama di sebut ketika cabutan di buat..hehe..best!



Dan pabila majlis melabuh tirainya..masing-masing pulang..kaki agak berat melangkah pergi..sebab terlalu seronok dan gembira bila dapat bersama-sama dengan mereka ini. Hati rasa ingin berjumpa lagi.. Insyaallah..ada rezeki kita buat lagi tau!. Gathering di tempat lain pulak..maybe gi bercuti kat mana-mana..best..best..best..Nabila tak henti2 senyum bila nak tido..ceria je dia dapat jumpe semua kawan-kawan dia.. :)


p/s : kredit to Incik Shah dan Puan Zura atas gambar2 ni.. Ina pinjam yek :)

30 December 2009

Sumpah..aku gembira betul!

Kelmarin kami ke hospital lagi. Appointment bersama Puan Suhana. Penutup untuk tahun 2009. Dan Nabila? Alhamdulillah..kerenahnya masih lagi dalam kawalan.

Aku kini sudah biasa tanpa abg disisi ketika Nabila jalani rawatan. Kasihan pada abg yang mengantuk dan letih tidak tidur seharian dek kerja shift malam.Tak mengapalah Abg..Ibu masih boleh lagi boleh handle Nabila. Tapi cuma kali ini jer..

Next appointment, Nabila akan belajar benda baru. Menggunakan 'treadmill'. Sebab Nabila sudah mula menunjukkan ciri-ciri suka berdiri. Dan Nabila perlu belajar untuk melangkah. Aku gembira sangat. Nabila sudah mula menunjukkan perkara-perkara positif. Tak sia-sia setiap petang aku berdirikan dia di kaki katil. Tujuannya hanya untuk belajar berdiri dengan betul dan kawalan pinggang. Sedia maklum pinggang Nabila tak kuat. Namun berkat usaha..nampak ada hasilnya. Dan nasihat Puan Suhana, teruskan usaha itu. Yeahh..aku bangga dengan Nabila.

Dan sebagai balasan, Nabila perlu diberi kasut baru. Khas untuknya. Perlu di tempah di Chow Kit. Puan Suhana telah beri alamat untuk aku buat kasut itu di sana.
Inilah rupanya kasut Nabila (lebih kurang lah kot)

Khas untuk berjalan dan membetulkan tapak kaki Nabila. Puan Suhana telah berikan ciri-ciri kasut yang perlu dibuat oleh tukang kasut itu.

Alhamdulillah, Nabila mula menunjukkan keinginan untuk menggunakan tangannya untuk merangkak. Walaupun kadang-kadang agak malas, namun aku dapat rasakan Nabila cuba untuk melakukannya. Memang sangat teruja aku melihatnya. Bersungguh menahan badan ketika merangkak. Pinggang masih belum kuat..namun perlu usaha lebih lagi. Aku faham, Nabila perlukan masa. Dan aku akan berikan masa itu buat Nabila.

Tak dapat mengambil gambar ketika Nabila melakukan rawatan bersama Puan Suhana. Mahu saja aku mengambil gambar ketika Nabila duduk sambil Puan Suhana mengira 1 sehingga 10. Namun disebabkan teruja dan sibuk memberi galakan pada Nabila, hanya mata dan hati sahaja sebagai perakamnya. Mulanya hanya bertahan sehingga kiraan 5 sahaja, namun selepas itu kami menjerit kesukaan bila Nabila sudah mencapai kiraan angka 10.

"Ya.. Nabila sudah bosan ibu. Sering terbaring sahaja. Nabila nak lakukan perkara lain pula."

"Ibu bangga Nabila. Walaupun sedikit..itu sudah cukup buat ibu gembira. "

Apapun itulah perkara yang terbaik berlaku di akhir tahun ini. Sepanjang tahun 2009, banyak suka dan duka kami sekeluarga tempuhi. 'Recap' nya , Aku sudah mula mendapat pekerjaan tetap di sektor kerajaan, membeli rumah, dan kembali pulang ke rumah sendiri setelah hampir 1 tahun aku duduk bersama mak dan ayah. Semuanya demi Nabila.

Hasrat aku tahun 2010..Mahu Nabila lebih kuat semangat dan banyak lagi yang perlu di kejar untuk tahun depan. Nabila bakal menginjak ke usia 2 tahun. Mahu banyak lagi perubahan yang untuk Nabila. Dan untuk aku, kalau boleh nak kurus sikit. Hurm..tu pun kalau boleh. Terpikir-pikir untuk mengandung lagi, tapi sudahkah aku bersedia? Rasanya masih belum lagi. Mahu menumpukan perhatian pada Nabila lagi..

Buat semua, kami ucapkan Selamat Tahun Baru. Dan bulan depan genap setahun aku berblog dalam Buat Anakku Yasmin Nabilah Zulhilmi. Banyak pengalaman ku kutip. Banyak kenalan yang aku peroleh hasil dari blog ini. Menjadikan aku lebih matang dan tabah dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang telah aku hadapi tahun ini. Selamat Tahun Baru.. :)