Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

30 December 2009

Sumpah..aku gembira betul!

Kelmarin kami ke hospital lagi. Appointment bersama Puan Suhana. Penutup untuk tahun 2009. Dan Nabila? Alhamdulillah..kerenahnya masih lagi dalam kawalan.

Aku kini sudah biasa tanpa abg disisi ketika Nabila jalani rawatan. Kasihan pada abg yang mengantuk dan letih tidak tidur seharian dek kerja shift malam.Tak mengapalah Abg..Ibu masih boleh lagi boleh handle Nabila. Tapi cuma kali ini jer..

Next appointment, Nabila akan belajar benda baru. Menggunakan 'treadmill'. Sebab Nabila sudah mula menunjukkan ciri-ciri suka berdiri. Dan Nabila perlu belajar untuk melangkah. Aku gembira sangat. Nabila sudah mula menunjukkan perkara-perkara positif. Tak sia-sia setiap petang aku berdirikan dia di kaki katil. Tujuannya hanya untuk belajar berdiri dengan betul dan kawalan pinggang. Sedia maklum pinggang Nabila tak kuat. Namun berkat usaha..nampak ada hasilnya. Dan nasihat Puan Suhana, teruskan usaha itu. Yeahh..aku bangga dengan Nabila.

Dan sebagai balasan, Nabila perlu diberi kasut baru. Khas untuknya. Perlu di tempah di Chow Kit. Puan Suhana telah beri alamat untuk aku buat kasut itu di sana.
Inilah rupanya kasut Nabila (lebih kurang lah kot)

Khas untuk berjalan dan membetulkan tapak kaki Nabila. Puan Suhana telah berikan ciri-ciri kasut yang perlu dibuat oleh tukang kasut itu.

Alhamdulillah, Nabila mula menunjukkan keinginan untuk menggunakan tangannya untuk merangkak. Walaupun kadang-kadang agak malas, namun aku dapat rasakan Nabila cuba untuk melakukannya. Memang sangat teruja aku melihatnya. Bersungguh menahan badan ketika merangkak. Pinggang masih belum kuat..namun perlu usaha lebih lagi. Aku faham, Nabila perlukan masa. Dan aku akan berikan masa itu buat Nabila.

Tak dapat mengambil gambar ketika Nabila melakukan rawatan bersama Puan Suhana. Mahu saja aku mengambil gambar ketika Nabila duduk sambil Puan Suhana mengira 1 sehingga 10. Namun disebabkan teruja dan sibuk memberi galakan pada Nabila, hanya mata dan hati sahaja sebagai perakamnya. Mulanya hanya bertahan sehingga kiraan 5 sahaja, namun selepas itu kami menjerit kesukaan bila Nabila sudah mencapai kiraan angka 10.

"Ya.. Nabila sudah bosan ibu. Sering terbaring sahaja. Nabila nak lakukan perkara lain pula."

"Ibu bangga Nabila. Walaupun sedikit..itu sudah cukup buat ibu gembira. "

Apapun itulah perkara yang terbaik berlaku di akhir tahun ini. Sepanjang tahun 2009, banyak suka dan duka kami sekeluarga tempuhi. 'Recap' nya , Aku sudah mula mendapat pekerjaan tetap di sektor kerajaan, membeli rumah, dan kembali pulang ke rumah sendiri setelah hampir 1 tahun aku duduk bersama mak dan ayah. Semuanya demi Nabila.

Hasrat aku tahun 2010..Mahu Nabila lebih kuat semangat dan banyak lagi yang perlu di kejar untuk tahun depan. Nabila bakal menginjak ke usia 2 tahun. Mahu banyak lagi perubahan yang untuk Nabila. Dan untuk aku, kalau boleh nak kurus sikit. Hurm..tu pun kalau boleh. Terpikir-pikir untuk mengandung lagi, tapi sudahkah aku bersedia? Rasanya masih belum lagi. Mahu menumpukan perhatian pada Nabila lagi..

Buat semua, kami ucapkan Selamat Tahun Baru. Dan bulan depan genap setahun aku berblog dalam Buat Anakku Yasmin Nabilah Zulhilmi. Banyak pengalaman ku kutip. Banyak kenalan yang aku peroleh hasil dari blog ini. Menjadikan aku lebih matang dan tabah dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang telah aku hadapi tahun ini. Selamat Tahun Baru.. :)


5 comments:

Ummi Alisya said...

banyak dah perkembangan nabila.. Alhamdulillah, sarra masih belajar guna tangan untuk menyarap. adakala die cuba bertahan, tapi lebih banyak nanes! selamat tahun baru ina...semoga sama2 ade sinar nanti..amin.

(mahu sambung ke hospital....)

Yasmin Nabilah.. said...

Sama ngan Nabila , ita..Masih juga guna tangan..Masih lagi baru nak guna..huhu..takpe Sarra boleh tuh..dia nak ksi suprise kat ummi dia kan sarra? Nabila dah buat ibu dia terkujat dah aituh..hehe..

LYaFRINA said...

alhamdulillah.. satu pkembangan y ckup baik ... smoga nabila dpt akn trus mberikan pningkatan & pkembangan diri dr hari k hari... x kisah lambat @ cpt.. Y pting daya usaha & galakan kita... Lya doakan smoga thn 2010 ni akn berjalan dgn lancar selancarnya buat nabila, akak & suami.. Tp kalu ada sdikit ujian tu.. xpelah.. itu smua adalah utk mematangkn lg diri kita..Happy 2010..

KLMari said...

Alhamdulillah.....Seronok dengar perkembangan Nabila....Bravo !!!! Moga tahun 2010 ni akan membawa lebih banyak perkembangan positif untuk Nabila....Moga dipermudahkan...:)

Unknown said...

As salam
Boleh Saya tahu address kedai kasut di Chow kit tu Puan?