Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

07 January 2010

Aduhai hati ini..

Aduhai hati..kenapa aku rasa tak gembira?

Sejak 2-3 hari ini..aku banyak memikirkan tentang Nabila.Dapatkah aku mencapai target untuk memberikan apa yang terbaik buat Nabila. Arghh..sukarnya.. Mahu saja berhenti kerja dan menghadap Nabila setiap hari. Kurasakan tak cukup masa tatkala pulang dari pejabat dan berkejar-kejar untuk mandikan Nabila, makan dan bermain.

Sering tidur lewat..melewati 12 malam dan ke atas, barulah naik ke bilik untuk tidur. Nabila juga sama. Disuruh tidur..ada saja kerenahnya. Mahu bermain-main. Dan pabila di tutup semua lampu..barulah matanya pejam.

Terpikir-pikir juga untuk meneruskan aktiviti seperti dulu. Mencatat apa yang telah aku buat sepanjang hari bersama Nabila. Tapi macam biasa..diari hanya tinggal diari. Sifat "M' tu menguasai diri.

Bak kata Jiey..pernah dia berkata bahawa aku tak perlu memaksa diri untuk lakukan itu semua untuk Nabila. Cukup sekadar yang termampu. Namun hati ini degil. Keras kepala..!

Sian kat Nabila..

Apapun Nabila, Ibu akan buat apa sahaja demi Nabila. Akan usaha sehabis baik untuk tahun ini. Demi hidup Nabila, biar apa jua yang datang..ibu akan cuba atasinya. Ibu kagum dengan semangatmu Nabila. Cuba melakukan apa yang ibu suruh dengan sedaya upayamu.

.........
....
...
..
.

Suka benar dengan lagu ini..

Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi

Jangan gentar ada sabar semai di jiwa

Ku di sini mendampingi agar kau mengerti

Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi

Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai


Andai kucapai si pelangi

Akan kuserah kepadamu

Agar dapat kau mewarnai

Seluruh hidup nanti


Yang hitam harus dijauhi

Jangan disimpan dalam hati

Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

Kuterima dirimu dengan seadanya

Dalam suka dalam duka

Kau tetap cahaya

Ku bersyukur pada Yang Esa

Punya segala-galanya

Sederhana tapi oh sempurna

Oh oh oh...


lagu dari Amy Mastura
Kasih Suci


Tadi aku ke hospital. Temujanji bersama Puan Suhana. Sampai sahaja, tengok Puan Suhana tiada. Diganti dengan orang lain. Dan therapist itu berbual dengan aku tentang Puan Suhana.

Aku dikhabarkan Puan Suhana akan bertukar ke Hospital Serdang. Dan aku bertanya, siapa yang akan menggantikan dia? Dan menurut therapist itu, mungkin akan bergilir-gilir bersama dengan therapist2 di gym sana. Aduhai..aku rasa kurang enak bila mendengar berita ini. Sebab Puan Suhana satu-satunya yang agak mahir tentang anak-anak kecil di Sg.Buloh. Yang lain tu aku kurang pasti skill mereka. Pernah juga di beri therapist lain..namun aku tidak berpuas hati. Mereka hanya buat sekadar yang boleh..dan rasa seperti mempertikaikan kebolehan Nabila. Bukanlah aku kata mereka tak pandai..cuma kurang pengalaman. Sudahlah therapist untuk OCC juga bertukar. Dan tak tahu bagaimana keadaannya nanti.

Rasa down dah menyelubungi diri. Kalaulah aku ni banyak duit..sudah tentu aku akan upah therapist khas untuk Nabila. Atau aku sendiri sambung belajar untuk ambil course physiotherapy. Terasa ingin saja buat sendiri..Tapi tak mampu dan tak daya. Ya Allah..permudahkanlah jalan untuk anakku. Berilah aku kekuatan. Berikan aku ketabahan.

Dan rasanya..Nabila pasti akan melalui terapi-terapi yang membosankan. Setiap kali datang..akan buat benda yang sama. Tiada benda baru. FED UP nyer! Asyik bertukar therapist.. Aku tak suka!

Perlukah aku bertanya pendapat kawan-kawan semua. Apa yang perlu aku lakukan? Dan terfikir juga..maybe Nabila takkan dapat naik treadmill machine nanti. Mesinnya tidak sesuai..! (tu kata therapist tadi.) Dia kata pelik kenapa Puan Suhana suruh Nabila naik mesin tuh. Dah tentu Puan Suhana tahu kemampuan Nabila. Dia hanya sehari pegang Nabila. Itu pun terapinya tak sampai 1 jam.

Akhirnya kecewa yang aku dapat. Rasa nak tukar hospital lain..tapi kat mana? Mungkin ada baik dan buruknya. Terpaksa memulakan sekali lagi jika tukar ke tempat lain. Yang ku harapkan sekarang adalah rawatan dari Kak Raw..

Nabila, maafkan ibu sayang. Kalaulah kita banyak duit atau ibu diberi kepandaian untuk ubati kamu..Ibu akan beri apa sahaja yang terbaik buat Nabila. SEGALANYA! BERSALAH YANG AMAT PADA NABILA. Maafkan ibu sayang!


p/s : Tadi aku baru sahaja ke Chow Kit. Menempah kasut untuk Nabila. Harga dalam RM 140. Ok lah tuh. Dan lepas ni nak pergi mana-mana Nabila akan menggunakan kasut itu. Tak perlu aku memikirkan kasut apa yang sesuai buat Nabila. Moganya kasut itu akan beri harapan baru untuk aku dan Nabila. Bila tengok kedai cam tak caya je dia buat kasut tuh. Kedainya kecil..namun aku percaya pada Puan Suhana..sebab dia yang suggestkan aku buat kasut di kedai itu.

4 comments:

grow2g3th3r said...

Jangan lah rasa down.... dan dalam masa yang sama juga, jangan terlalu memaksa diri untuk melakukan semua perkara... Badan mama Nabila nie juga perlukan rehat... minda mama Nabila juga perlukan ketenangan.. Biarlah semangat itu tidak pernah luntur dan akan terus padu...

Percayalah mama Nabila,.. setiap kesungguhanmu, setiap usahamu, setiap pengorbananmu pasti akan dibalas suatu hari nanti... dan itu semua adalah sumber kekuatan buat Nabila sendiri... Walau bagaimanapun, sebelum kita menempuhi kejayaan, kemenangan, keriangan, pasti kita akan berdepan dengan rintangan.... terima dan tempuhilah rintangan ini dengan tenang....

Akak percaya, mama Nabila mampu mengatasinya.... Pergilah berehat, tenangkan jiwamu, tenangkan hatimu, supaya dengan ketenangan itu, mampu utk memberikan suntikan baru dalam perkembangan Nabila...

Dan Nabila sendiri... dia paham pengorbanan mamanya... dia tentu akan lebih gembira jika mamanya happy dan tenang...

Akhir kata, memang kita semua mendoakan Nabila..

huda said...

sy stuju option k ina blaja fisio go go k ina

Yasmin Nabilah.. said...

grow2g3th3r : tahlah kak..kdg2 tu bleh tahan lagi...kdg2 rasa down..huhu.. Emo plak semalam..

Yasmin Nabilah.. said...

Huda : huhu..mmg nak amik..tapi masa pulak camner..keje lagi..huwaaa!