Semalam, saya berfikir panjang. Apakah patut saya lakukan ini? Kerana sudah lama saya impikan..namun bila memikirkan semuanya demi si kecil ini, saya mengalah..
Dan akhirnya, rambut Nabila telah saya potong. Sebenarnya, saya berniat untuk menyimpan panjang dan pastinya rambut Nabila boleh diikat cantik menjelang raya nanti. Sungguh..kali ini saya mahu Nabila memiliki rambut yang panjang. Rambut ala-ala ikal membuatkan saya cuba menahan hati dari memotongnya.
Namun, bila melihatkan keadaan semalam, Nabila kelihatan kembali dengan amukannya, membuatkan saya terfikir semula impian saya itu. Saya rasakan Nabila persis ayahnya. Yang agak rimas berambut panjang, dan juga sering sakit kepala bila rambut mulai kembang.
Dan saya tekad, saya mengambil gunting dan mula memotong sedikit demi sedikit. Laungan Nabila? Usah cakaplah!! Menangis kerimasan. Dan akhirnya saya berjaya juga. Tetapi terlebih pendek pula.. :(
Featured Post
Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..
Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...
11 June 2011
10 June 2011
Selagi boleh guna....
*muka monyok..asyik mengamuk menangis sepanjang hari. Naik tensen plak ibu..huhu..*Buai ni dah lama saya beli. Sejak Nabila berusia 2 bulan lagi. Ketika itu, Nabila masih belum boleh naik lagi. Sebab bila dia naik buai ni badannya agak 'terponyok'. tak caya?
~maaf gambar tak clear..guna hp je time nih..hehe..~
Sebenarnya saya salah beli buai ni. Nak beli benda lain, tapi dah terbeli yang ni. Makanya, selepas beli ini...
.. terus tak guna dah buai itu.
Saya memang peminat jenama fisher price. Sebab ianya sangat-sangat berkualiti. Biarpun rocker Nabila digunakan sehingga Nabila berusia 2 tahun, kualitinya masih elok. Silap-silap kalau Nabila ada adik lagi, sure tak payah beli dah..Pakai je kakak Nabila punya..hehehe..
Pernah dulu Nabila menangis-nangis nak buai. Kebetulan ketika itu saya memang tak bawa buai sewaktu pulang ke Ipoh. Apalagi, meraung gajah la Nabila. Dan kemudian, saya dah serik tak mahu tinggal lagi buai dia. Susah juga kan kalau dah ajar berbuai ni... :(
Tadi Nabila menangis lagi. Entah apa yang tak kena..saya tak pasti. Sudahnya, saya bawa turun kembali buai itu. Agak lama juga buai itu tidak digunakan. Almaklum saja kaki sudah panjang. Asyik tersangkut bila berbuai..hehe..Tak sesuai!!!
Ada video Nabila sedang berbuai di luar rumah mak. Waktu ini Nabila sudah setahun lebih. Bagus juga ada buai ni. Boleh di letak di mana-mana..Lihat Nabila sedang bersantai menikmati angin petang.. :)
Saya memang peminat jenama fisher price. Sebab ianya sangat-sangat berkualiti. Biarpun rocker Nabila digunakan sehingga Nabila berusia 2 tahun, kualitinya masih elok. Silap-silap kalau Nabila ada adik lagi, sure tak payah beli dah..Pakai je kakak Nabila punya..hehehe..
Pernah dulu Nabila menangis-nangis nak buai. Kebetulan ketika itu saya memang tak bawa buai sewaktu pulang ke Ipoh. Apalagi, meraung gajah la Nabila. Dan kemudian, saya dah serik tak mahu tinggal lagi buai dia. Susah juga kan kalau dah ajar berbuai ni... :(
Tadi Nabila menangis lagi. Entah apa yang tak kena..saya tak pasti. Sudahnya, saya bawa turun kembali buai itu. Agak lama juga buai itu tidak digunakan. Almaklum saja kaki sudah panjang. Asyik tersangkut bila berbuai..hehe..Tak sesuai!!!
Ada video Nabila sedang berbuai di luar rumah mak. Waktu ini Nabila sudah setahun lebih. Bagus juga ada buai ni. Boleh di letak di mana-mana..Lihat Nabila sedang bersantai menikmati angin petang.. :)
09 June 2011
Kegilaan ibu...
Sejak kebelakangan ini, sudah timbul minat baru saya. Entah kenapa tiba-tiba 'buang tebiat', saya tak pasti. Tapi bagi saya ianya satu perkara yang mengasyikkan...
Apa dia tuh...?
TARAAAAAA....

Antara sepit-sepit yang berjaya saya hasilkan. Semuanya untuk Nabila. Tapi tak terpakainya budak kecik nih..hehe...
Design tak berapa cantik sangat. Sebab baru belajar. Tangan pun keras lagi. Kenapa saya buat semua ni?
Sebabnya, kalau beli mahal ya amat. Saya rasa kalau buat sendiri jauh lebih murah dibanding beli siap. Plus, kita boleh buat design sendiri yang kita suka.. :)
Dan sudah 2 orang anak kecil saya beri sepit rambut hasil kerja tangan saya. Saja suka-suka nak bagi anak lain pakai. Tapi maaf la yek Yati dan CT, rasa memang tak cantik sangat yang ina bagi tu.. Nanti buat lain lagi..hehe... :)
Dan saya sempat menuntut ilmu dengan Jue Mama Ainie minggu lepas. Jue memang mahir dalam bab buat sepit dengan keychain. Juga telah pun memulakan bisnes online menjual hasil kerjanya. Kemas tau hasil kerja tangan Jue. Kalau nak tempah boleh la ke blog ini.
Dan ini hasil yang saya belajar dengan Jue minggu lepas...

Ada satu lagi item yang saya belajar. Sepit Rambut. Sepit tu saya bagi anak jiran saya pakai. Saja nak bagi Kakak Nano pakai. Sebab dia selalu layan Nabila. :) Kalau nak menuntut ilmu boleh la belajar dengan Jue yek.. :) Cikgu terbaikkk..!!!
Tapi bila buat semua ni, tak terfikir lagi nak jual. Sebab ianya hanya suka-suka saja. Lagipun masih tak mahir. Mungkin akan datang, kalau dah ok, saya buat kerja gila lagi, nak menjual secara online pula ke.. :) Hurm..tak tau lagi..hehehe..Tapi buat setakat ni, model saya inilah...
Apa dia tuh...?
TARAAAAAA....

Antara sepit-sepit yang berjaya saya hasilkan. Semuanya untuk Nabila. Tapi tak terpakainya budak kecik nih..hehe...
Design tak berapa cantik sangat. Sebab baru belajar. Tangan pun keras lagi. Kenapa saya buat semua ni?
Sebabnya, kalau beli mahal ya amat. Saya rasa kalau buat sendiri jauh lebih murah dibanding beli siap. Plus, kita boleh buat design sendiri yang kita suka.. :)
Dan sudah 2 orang anak kecil saya beri sepit rambut hasil kerja tangan saya. Saja suka-suka nak bagi anak lain pakai. Tapi maaf la yek Yati dan CT, rasa memang tak cantik sangat yang ina bagi tu.. Nanti buat lain lagi..hehe... :)
Dan saya sempat menuntut ilmu dengan Jue Mama Ainie minggu lepas. Jue memang mahir dalam bab buat sepit dengan keychain. Juga telah pun memulakan bisnes online menjual hasil kerjanya. Kemas tau hasil kerja tangan Jue. Kalau nak tempah boleh la ke blog ini.
Dan ini hasil yang saya belajar dengan Jue minggu lepas...

Ada satu lagi item yang saya belajar. Sepit Rambut. Sepit tu saya bagi anak jiran saya pakai. Saja nak bagi Kakak Nano pakai. Sebab dia selalu layan Nabila. :) Kalau nak menuntut ilmu boleh la belajar dengan Jue yek.. :) Cikgu terbaikkk..!!!
Tapi bila buat semua ni, tak terfikir lagi nak jual. Sebab ianya hanya suka-suka saja. Lagipun masih tak mahir. Mungkin akan datang, kalau dah ok, saya buat kerja gila lagi, nak menjual secara online pula ke.. :) Hurm..tak tau lagi..hehehe..Tapi buat setakat ni, model saya inilah...
08 June 2011
Adakah saya terlalu leka..?
Ya..saya rasa ianya benar belaka... :(
Kelmarin, saya membuka kembali video-video lama Nabila. Dan saya klik satu video yang menunjukkan Nabila sedang menonggeng dan cuba untuk mengangkat tubuh.. (tak pasti video tu saya upload dalam blog ke tidak..)
Saya memanggil Abang. Dan kami berdua melihat Nabila yang sedang usaha untuk mengangkat punggung dan badannya. Nampak lucu, namun teruja. Teruja bila melihat aksi spontannya itu.
Dan saya senyap. Dalam hati saya mengeluh. Kata Abang, sudah lama Nabila tidak berbuat demikian. :(
Rasa bersalah makin menyelubungi diri.. :(
Manakah perginya skill itu?.....
Saya lekaaaaaa.... :(
Dik, maafkan ibu dik... :(
06 June 2011
Nabila & Minnie...
Semalam saya sempat mengambil gambar Nabila bersama patung Minnie. Pemberian Mama Anim & Adik Ariana... :) sempena hari lahir Nabila. Baru ada kesempatan nak ambil gambar kerana Nabila dan saya dah jadi pelarian..hehe..Sekejap kat rumah mak, sekejap kat Rawang..huhu...
~kepala Minnie lagi besar dari kepala Nabila..huhu...~
~sibuk meraba-raba kepala Minnie.."Mana ada ibu..kepala adik lagi besar lah.."~ (nasib baik tak ukur lilit...hehe...)
~Ha...part ni saya suka..Puas tau saya ajar Nabila masukkan jari dalam mulut..Last!! Dapat juga dia buat.. Tak ingat kami buat latihan apa..tapi akhirnya usaha tersebut dapat buat Nabila masukkan tangan dalam mulut. Pencapaian kecil..tapi saya bangga..Sebab saya tahu kemampuan Nabila sebelum ini..Tangan yang kaku dan hanya tahu menggaru hidung...!!!Takpe dik..Ibu tahu adik boleh!!~
~kepala Minnie lagi besar dari kepala Nabila..huhu...~
~sibuk meraba-raba kepala Minnie.."Mana ada ibu..kepala adik lagi besar lah.."~ (nasib baik tak ukur lilit...hehe...)
~Ha...part ni saya suka..Puas tau saya ajar Nabila masukkan jari dalam mulut..Last!! Dapat juga dia buat.. Tak ingat kami buat latihan apa..tapi akhirnya usaha tersebut dapat buat Nabila masukkan tangan dalam mulut. Pencapaian kecil..tapi saya bangga..Sebab saya tahu kemampuan Nabila sebelum ini..Tangan yang kaku dan hanya tahu menggaru hidung...!!!Takpe dik..Ibu tahu adik boleh!!~Motivasi untuk kurus...
Sebenarnya saya bukanlah orang bijak pandai untuk bercerita tentang bab pengurusan berat badan ini. Malah saya juga tidak menceritakan kaedah-kaedah untuk kurus. Hanya mahu berkongsi pengalaman yang saya alami sepanjang proses ini.
Saya bukan nak riak atau berbangga dengan pencapaian saya setakat ini. Apalah sangat kejayaan saya berbanding dengan orang lain yang sudah pasti lebih bagus dalam mencapai berat badan yang diingini. Cuma saya ingin kongsi perasaan saya bila saya dapat mengurangkan sedikit berat badan dengan usaha saya selama ini.
Pada awalnya, saya sangat bimbangkan keadaan diri yang semakin tidak sihat. Gemuk, bulat, tak dapat pakai baju yang cantik, dan paling teruk sekali kesihatan saya mulai terjejas. Nak berjalan ke bangunan pentadbiran pun malas. Nak kafe yang sejengkal tu pun malas. Naik tangga rumah mak sambil dukung Nabila memang bercinta. Macam bukan dukung Nabila seorang, tetapi macam ada beban seguni ditambah sekali bersama Nabila. Huhu...
Saya pernah cuba untuk diet makan, huh!! Tak jalan! Malah saya makan lebih banyak lagi. Pernah juga beli krim-krim untuk buang lemak. Pun tak jalan jugak. Tapi saya tak sampai tahap makan ubat kurus. Sebab saya takut dengan kesan sampingan ubat tersebut. Elok-elok nak sihat, terus sakit tenat! Tak ke haru biru namanya tu..?
Sebenarnya kita tak perasan badan kita menjadi sangat gemuk. Tau-tau je baju semua dah ketat. Lebih-lebih area punggung, peha dan perut. Saya sendiri tak perasan! Betul. Tapi muka ni perasan la dah nampak tembam kalau dibandingkan dengan gambar-gambar dulu.
Tapi semenjak mak saya kata adik saya ke gym, saya pula yang teruja. Tambah pula ketika itu adik saya sudah berjaya menurunkan berat sebanyak 10kg. Dan bila saya nampak badannya mulai mengecil, saya terkejut dan kagum. WOWWWWW!! Dasattttt!! Tak sangka pula adik saya memang semangat gila nak turunkan beratnya.
Saya bertanya pada Abang adakah dia memberi kebenaran untuk saya menyertai adik saya ke gym. Pada awalnya dia risau. Dan saya cuba memujuknya lagi. Dan bila Abang nampak perubahan saya sedikit demi sedikit, dia mulai menyokong saya. Siap tanya pula hari cuti tak pergi gym ke? Aikk...badan pun mau rileks juga cik abang oiiii.. :)
Saya masih ingat sewaktu saya gemuk, saya malu dengan fizikal saya. Ramai rakan-rakan tanya kenapa badan saya semakin tembam. Tambah pula ramai yang terkejut tengok cara saya makan. Siap cakap..
"eeiiii ina banyak nyer makan...tak takut gemuk ke?"
"Amboii kemain lagi makan tu.."
" Hish larat ke nak habis tu..banyaknyer kau makan..."
Adoiiii..kalau ingat ayat-ayat ni semua memang saya sakit hati. Mulut semua takde insurans. Cakap tak pandang kiri kanan. Sakit hati tau!! Tapi padanlah dengan muka saya. Siapa suruh makan banyak-banyak! Tak elok untuk kesihatan.
Kalau dulu pun, mesti nak suruh Abang beli air coke sebotol. Sebotol besar tau bukan botol kecil. Lepas tu saya boleh habiskan sebotol besar tu. Huhu..Perghhhh..bayangkanlah cara saya 'menjaga' diri.. Dasat bukan..? Kalau kek tu lagilah. Kalau boleh nak makan sebiji kek tu..huhu...
Bila saya mula berjinak-jinak dengan gym, ramai yang perli saya. Tengok saya makan sikit pun orang perli. Naik menyampah pun ada. Patutnya bagilah sokongan kalau orang nak kurus. Ini tak, siap jatuhkan air muka orang. Malu tau. Manalah orang-orang lain takde semangat nak kurus. Asyik kena perli je. Padahnya, orang tu makan lagi banyak lagi. Sebabnya? SAKIT HATI DENGAN ORANG KELILING!
Tapi saya buat tak tahu je. Lantak lah apa orang nak kata tentang saya. Yang penting saya harus mencapai misi saya. Saya tahu bukan mudah. Dengan menahan telinga, dengan menahan nafsu makan lagi membuatkan saya perlu kuatkan semangat diri. Kadang-kadang saya terkenang orang-orang mengata saya, saya kayuh basikal laju-laju atau berlari kat treadmill laju-laju lepaskan geram saya. Huhu.. Bukan mudah tau..!!
Huh, bila dah turun 10 kg, ada la nampak susut sikit (sikit je..tak banyak..) sibuk orang-orang tanya...
"eh ina..nampak dah kurus la...makan apa?"
"Napa aku nampak kau dah kurus ek..ada buat apa-apa ke?"
"Makan ubat ke?..Bagitaulah rahsia.."
Hurm..apa yang saya buat? Hanya tersenyum. Senyum kemenangan. Dan bercerita apa yang saya lakukan setiap hari. Tiada ubat ok!! Pengalaman adik saya pula, siap kawan-kawan pegang badan dan bahu dia. Semua seakan cemburu dengan adik saya. Kata adik saya lagi, beberapa orang staff nya sudah mulai ke gym. Agaknya sudah nampak keberkesanannya. :)
Ala, kalau tak pergi gym pun tak mengapa. Banyak cara untuk kurus. Yang penting ada ilmu dan praktikkan sebaik mungkin. Mungkin agak lambat nak turun, bagi saya standard la orang turun 1 kg 1 minggu. Itu pun kira dah bagus banding kita ni yang tak turun langsung berat malah lagi bertambah-tambah berat adalah..huhu....
Saya tahu ia bukan mudah. Menurunkan berat badan memang perkara paling sukar untuk saya lakukan. Tanyalah sesiapa pun yang pernah mengalami seperti saya, mereka juga akan menyatakan perkara yang sama. Tiada cara lain, hanya bersenam dan jaga pemakanan seharian. Itulah kaedah terbaik!!
Dan saya masih lagi meneruskan misi saya. Sudah berbelas kilo hilang dalam badan ini, saya belum puas. Saya mahu betul-betul kembali ke asal. Agar bila saya mengandung lagi saya tidak lagi susah hati dengan berat badan saya. Itulah niat utama saya. Dan selain itu saya perlu jaga kesihatan saya demi Nabila. Kalau saya tak sihat bagaimana pula untuk saya menjaga Nabila nanti.
Pada mereka yang mahu berubah, berubahlah cepat. Jangan sampai penyakit datang, baru sibuk nak kurus. Saya ada nampak di gym semalam seorang lelaki, berbadan besar. Saya tengok dia nak jalan pun susah. Nak naik basikal. Bila saya nampak dia nak duduk, terasa susah sangat. Dan belum pun kayuh, dia berhenti. Saya nampak kaki dia kejang. Dia turun kembali dari basikalnya. Kesian pula saya lihat keadaan lelaki tersebut. :(
Ini adalah pengalaman saya dan adik saya sepanjang proses pengurangan berat badan. Adik saya juga bertambah gembira bila dia boleh mengenakan kebaya kini. Saiz baju pun dah kecil. Seronok memang seronok.. :) Saya pula? Pakai baju kurung macam baju pinjam. Besar dan boleh lipat dua lagi. Leher pun dah nampak. Kalau dulu, nampak leher pendek je...hehehe.. Kalau dulu asyik sakit lutut, sekarang dah tak lagi. :) Best!!
03 June 2011
Bercampur-campur!! Jgn pening ok!
Hehehe..sorry lah ye.. Entry bercampur aduk..Ala-ala carca merba gitu.. Sebab ada banyak perkara yang ingin saya ceritakan. Tapi semuanya cerita simple dan pendek saja.. :)
Tentang Nabila...
Semalam, Nabila diserang selsema. Saya agak sudah lama juga dia tidak diserang selsema dan demam. Kali terakhir Nabila kena pada bulan April lepas. Ingatkah semua yang Nabila dimasukkan ke wad gara-gara viral fever? Itulah kali terakhir Nabila diserang demam selsema. Dan kali ini saya tidak menunggu panjang. Terus saja memberikan Nabila ubat selsema supaya tidak melarat lebih teruk lagi. Faham sajalah kalau budak selsema bukan? Pasti tidak selesa!
Tentang Nabila lagi...
Semalam juga, kami ke PDK. Seperti biasalah, rutin hari Khamis kami. Alhamdulillah, untuk pertama kalinya Nabila mendapat elaun dari JKM setelah Nabila memulakan sesinya di PDK Kamii. Rezeki.. :) Alhamdulillah. Sikit pun takpe.. Janji ada bukan? Dan niat saya, hanya mahu menyimpan duit tersebut. Tidak mahu membelanjakannya. Andai ada perkara yang ingin di beli pun mungkin berkaitan dengan Nabila saja. Dan saya diminta membuka akaun Agro Bank bagi memudahkan pihak PDK memasukkan duit ke dalam akaun Nabila. Dan di PDK juga semalam, Nabila nampak begitu asyik di dalam bilik snoozelon. Lama juga kami tidak masuk ke bilik ini. Saya ada mengambil gambar dan video sewaktu Nabila sedang bermain dengan lampu-lampu di dalam bilik tersebut, tapi gambarnya agak gelap. Tak dapat la nak tunjuk. Tak nampak muka Nabila pun. Nampak lampu jer..huhu.. Tapi saya perhatikan Nabila, dia sudah mulai cuba untuk mencapai lampu-lampu dihadapannya. Matanya nampak lebih fokus berbanding dulu. Alhamdulillah.. :)
Tentang saya pula.. (18sx tau)
Hurm..Alhamdulillah, semenjak berat badan saya turun, saya sudah merasai perubahan yang ketara pada tubuh saya. Alhamdulillah, saya nampak makin sihat dan tidak lagi penat untuk berjalan laju. Dan paling tidak disangka 'darah perempuan' saya telah kembali semalam. Sungguh!! Sebenarnya sudah hampir 2 tahun saya tidak mengalami 'darah perempuan' . Jika ada pun sedikit saja. Agak merisaukan sebenarnya. Ini semua gara-gara perancang yang saya gunakan. Dan saya sebenarnya sudah mengagak apa yang berlaku. Mungkin juga pertambahan berat badan yang mendadak menyebabkan kitaran saya tidak teratur. Sedih bukan? Mujur ia sudah kembali. Kata Abang, rugilah dia..hehehe..Alahai..Yang penting saya kembali sihat. Dan harapnya saya akan teruskan lagi perkara ini. Kerana saya sudah tahu keburukan berbadan besar ini. Cukuplah sekali. Dan rasanya saya nak peluk Abang kali ini, kerana telah memberikan kebenaran untuk saya ke gym setiap hari bagi proses pengurangan berat badan. Alhamdulillah. Kerana saya lakukan ini adalah untuk dirinya dan juga bakal anak kedua. InsyaAllah... :) Doakan saya ok!! Owh lupa nak cakap..Berat saya dah turun 12kg.. Minggu depan sudah masuk 3 bulan saya ke gym.. :) Tapi yang tak seronoknya, baju kurung semua dah longgar. Dan sepertinya saya memakai baju orang lain. Huhu..Takde baju kurung!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

