Semalam, saya berfikir panjang. Apakah patut saya lakukan ini? Kerana sudah lama saya impikan..namun bila memikirkan semuanya demi si kecil ini, saya mengalah..
Dan akhirnya, rambut Nabila telah saya potong. Sebenarnya, saya berniat untuk menyimpan panjang dan pastinya rambut Nabila boleh diikat cantik menjelang raya nanti. Sungguh..kali ini saya mahu Nabila memiliki rambut yang panjang. Rambut ala-ala ikal membuatkan saya cuba menahan hati dari memotongnya.
Namun, bila melihatkan keadaan semalam, Nabila kelihatan kembali dengan amukannya, membuatkan saya terfikir semula impian saya itu. Saya rasakan Nabila persis ayahnya. Yang agak rimas berambut panjang, dan juga sering sakit kepala bila rambut mulai kembang.
Dan saya tekad, saya mengambil gunting dan mula memotong sedikit demi sedikit. Laungan Nabila? Usah cakaplah!! Menangis kerimasan. Dan akhirnya saya berjaya juga. Tetapi terlebih pendek pula.. :(
2 comments:
Alaa, dah pendek balik.Takper ibu yang penting nabila tetap maintain cute.Cam rambut alisya dah ni.memang kembarlah mereka berdua ni.Hihihi..
psstt..ibu, pendek pun masih leh lg tu selit sepit comey yang ibu buat ;P
nabila rambut panjang ke pendek tetap comeiii dia...hihihi..
Post a Comment