Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

03 June 2011

Bercampur-campur!! Jgn pening ok!

Hehehe..sorry lah ye.. Entry bercampur aduk..Ala-ala carca merba gitu.. Sebab ada banyak perkara yang ingin saya ceritakan. Tapi semuanya cerita simple dan pendek saja.. :)
 
Tentang Nabila...
 
Semalam, Nabila diserang selsema. Saya agak sudah lama juga dia tidak diserang selsema dan demam. Kali terakhir Nabila kena pada bulan April lepas. Ingatkah semua yang Nabila dimasukkan ke wad gara-gara viral fever? Itulah kali terakhir Nabila diserang demam selsema. Dan kali ini saya tidak menunggu panjang. Terus saja memberikan Nabila ubat selsema supaya tidak melarat lebih teruk lagi. Faham sajalah kalau budak selsema bukan? Pasti tidak selesa!
 
Tentang Nabila lagi...
 
Semalam juga, kami ke PDK. Seperti biasalah, rutin hari Khamis kami. Alhamdulillah, untuk pertama kalinya Nabila mendapat elaun dari JKM setelah Nabila memulakan sesinya di PDK Kamii. Rezeki.. :) Alhamdulillah. Sikit pun takpe.. Janji ada bukan? Dan niat saya, hanya mahu menyimpan duit tersebut. Tidak mahu membelanjakannya. Andai ada perkara yang ingin di beli pun mungkin berkaitan dengan Nabila saja. Dan saya diminta membuka akaun Agro Bank bagi memudahkan pihak PDK memasukkan duit ke dalam akaun Nabila. Dan di PDK juga semalam, Nabila nampak begitu asyik di dalam bilik snoozelon. Lama juga kami tidak masuk ke bilik ini. Saya ada mengambil gambar dan video sewaktu Nabila sedang bermain dengan lampu-lampu di dalam bilik tersebut, tapi gambarnya agak gelap. Tak dapat la nak tunjuk. Tak nampak muka Nabila pun. Nampak lampu jer..huhu.. Tapi saya perhatikan Nabila, dia sudah mulai cuba untuk mencapai lampu-lampu dihadapannya. Matanya nampak lebih fokus berbanding dulu. Alhamdulillah.. :)
 
Tentang saya pula.. (18sx tau)
 
Hurm..Alhamdulillah, semenjak berat badan saya turun, saya sudah merasai perubahan yang ketara pada tubuh saya. Alhamdulillah, saya nampak makin sihat dan tidak lagi penat untuk berjalan laju. Dan paling tidak disangka 'darah perempuan' saya telah kembali semalam. Sungguh!! Sebenarnya sudah hampir 2 tahun saya tidak mengalami 'darah perempuan' . Jika ada pun sedikit saja. Agak merisaukan sebenarnya. Ini semua gara-gara perancang yang saya gunakan. Dan saya sebenarnya sudah mengagak apa yang berlaku. Mungkin juga pertambahan berat badan yang mendadak menyebabkan kitaran saya tidak teratur. Sedih bukan? Mujur ia sudah kembali. Kata Abang, rugilah dia..hehehe..Alahai..Yang penting saya kembali sihat. Dan harapnya saya akan teruskan lagi perkara ini. Kerana saya sudah tahu keburukan berbadan besar ini. Cukuplah sekali. Dan rasanya saya nak peluk Abang kali ini, kerana telah memberikan kebenaran untuk saya ke gym setiap hari bagi proses pengurangan berat badan. Alhamdulillah. Kerana saya lakukan ini adalah untuk dirinya dan juga bakal anak kedua. InsyaAllah... :) Doakan saya ok!! Owh lupa nak cakap..Berat saya dah turun 12kg.. Minggu depan sudah masuk 3 bulan saya ke gym.. :) Tapi yang tak seronoknya, baju kurung semua dah longgar. Dan sepertinya saya memakai baju orang lain. Huhu..Takde baju kurung!!!

6 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Wah..TANHNIAH ina.
Nampaknya banyak kemajuan untuk bulan nih.Bab baju tuh, kenalah spend byk untuk meng'orter' atau membeli baju baru.hihihihi..

xsabar nak jumpa ina lagi.nak tgk perubahan dan penampilan baru ibu nabila ;P

A.I said...

wahhhhhhh 12kg turun! bravo! sronok cik abe ^____^

Mamanurin said...

wahhhh bestnya ina, mama ni tengha bertungkus lumus ni..tapi tak pergi gym, malas takut nanti bayar mahal2 pastu asyik tak pergi je hehehehe..skrg en asben tak mabikkat opis dah, mama jalan kaki naik monorel, pastu jalan lagi hehehee termengah2 tapi berpeluh gak..

wahhhh makin teruja mama dgn nabila! go nabila go!

Nonie said...

kalau dah xder bj kurung tu mehler antar kain bior akak jahitkn...hehehe

Unknown said...

wahhh...bestnyer dah kurus...nak g gym jugaklah...moga impian ina akan tercapai yer....

buat nabila pula...moga Nabila cepat sembuh yer...

Min said...

bestnya... nak tiru ina jugak... tapi nnt balik la kot, sini tak mampu la... :(