Jika ada yang membaca status FB saya semalam, benar..saya memang sakit hati. Insiden semalam cukup buat hati saya tersayat dengan perilaku mereka yang saya anggap tidak berperikemanusiaan. Saya sedih bilamana mereka perlakukan darah daging saya begitu. Sungguh!! Biarpun bagi mereka ianya cukup simple..namun ia memberi kesan pada saya dan Nabila.
Semalam, saya menerima panggilan telefon dari sekolah yang menyatakan Nabila tidak dapat dihantar ke rumah mak atas alasan tiada driver. Dan saya bersetuju, walaupun berat hati saya semalam agak geram dengan mereka. Yelah, kita bekerja. Bukan mudah untuk pulang awal semalam. Namun, bila difikirkan semula, saya syukur kerana sekurang-kurangnya ia membuka mata saya melihat cara mereka perlakukan Nabila semasa dibawah jagaan mereka.
Sampai saja dipintu pagar, saya terdengar jeritan Nabila. Saya berjalan laju, namun kaki saya terhenti bila staff sekolah memanggil saya di rumah kecil dihujung sekolah. Saya terfikir, mengapa pula Nabila di situ? Mereka menjerit memanggil saya sambil melambai-lambai. Kaki ini terus laju melangkah menuju ke rumah itu. Semakin kuat saya dengar jeritan tangisan Nabila.
Bila saya nampak, Nabila sedang dipangku oleh Kak Asmah sambil diperhatikan oleh seorang lagi staff. Muka Nabila merah dan kelihatan Nabila menangis dalam tempoh yang agak lama. Dan saya terus mencapai dan mendukung Nabila. Hanya beberapa saat saya pujuk, terus saja Nabila diam. Saya bertanya mengapa Nabila berada di situ. Kalian tahu apa jawapan mereka?
"Bos suruh duduk sini. Yasmin menangis kuat sangat..."
Saya mendiamkan diri. Mata saya meliar melihat sekitar bilik. Memang rupa seperti stor. Penuh dengan barang. Dan tanpa fikir panjang, saya terus melangkah keluar. Bila Nabila sudah Nabila berada di tangan saya,mereka berkata..
"Tengok..bila dengan mak dia je dia senyap. Nakal Yasmin ni.."
Hei!! Anak saya bukan nakal ok. Korang yang tak reti nak handle budak macam ni. Bila menangis pujuk la. Bukannya dia tak reti nak diam. Bukan sehari dua Nabila di sekolah. Sudah setahun lebih. Takkan tak faham-faham lagi perangai Nabila nih...!!!
Bila saya keluar, saya perasan muka Nabila bercalar. Mungkin kerana geram, Nabila mencakar wajahnya sendiri. Saya bertanya kepada mereka, seolah-olah saya seperti tidak tahu kenapa dengan wajah Nabila. Walhal saya sudah tahu jawapannya. Saya mahu tengok respon mereka sama ada mereka ini prihatin atau tidak. Kata mereka..
"Tu Yasmin buat sendiri tu.." . Rasa geram pula bila saya melihat reaksi staf itu. Saya terus keluar dari sekolah.
Saya sempat menjeling di dalam sekolah. Dan saya nampak 'Bos' mereka ada di dalam. Dan nampak seperti ada tetamu. Mungkin pada dia, tak mahu Nabila menangis di depan tetamu, jadi dia ambil keputusan untuk menyuruh Nabila duduk di dalam stor. Suapaya jeritan Nabila tidak kedengaran. Huh!!
Memang BODOH!! Saya geram bila mereka lakukan begitu pada Nabila. Ya, saya akui Nabila memang kuat menangis. Tapi jika pandai memujuk, saya pasti Nabila akan diam. Nabila tidak akan menyusahkan orang lain. Saya tahu tentang itu. Saya ibunya. Mak saya sendiri mengakui bahawa menjaga Nabila memang mudah. Bila Nabila dibawah jagaan mak saya, tak pernah sedikit pun Nabila meragam.
Banyak cara untuk bagi Nabila diam. Tak bolehkah mereka memujuk Nabila tanpa masuk ke dalam stor tersebut? Nabila kalau berada di luar, dia pasti akan diam. Buktinya, bila kaki saya melangkah keluar dari stor tersebut, Nabila diam. Dan matanya meliar memandang sekeliling. Anak saya tahu di mana tempat dia patut berada dan tidak patut berada biarpun matanya kurang fokus dengan keadaan sekeliling. Sense of body Nabila akan kuat menyatakan dirinya berada di TEMPAT YANG TIDAK SELAMAT! Biarpun keadaan Nabila tidak seperti normal, tapi dia ada naluri. Dia juga mahu diperlakukan seperti anak normal lain.
Hati saya sakit. Saya rasa nak menangis melihat Nabila. Apalah dosa anak ini.... :(
Dan saya tahu ramai parents yang menghantar anak ke sekolah tersebut kini memang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan sekolah Nabila sejak kebelakangan ini. Pihak sekolah tidak membenarkan parents membawa kereta masuk ke dalam kawasan sekolah untuk menghantar anak ke dalam. Mereka mahu parents park kereta di luar dan menapak masuk ke dalam sekolah. Untuk anak sekecil Nabila sudah tentu tiada masalah. Bagaimana pula dengan anak-anak yang sudah besar. Berumur belasan tahun yang tidak mampu untuk berjalan sendiri. Rata-rata di situ kebanyakannnya anak-anak yang mempunyai masalah 'Severe Cerebral Palsy'. Saya sendiri sudah mendengar 2 rintahan parents yang terpaksa membawa anak mereka yang sudah besar berjalan masuk ke dalam sekolah. Pastinya sukar keadaan mereka. Mengapalah pihak sekolah tidak memikirkan itu semua...?
Sepertinya saya tawar hati untuk menghantar Nabila ke situ lagi. Dan saya buntu apa yang harus saya lakukan. Andai tidak bersekolah, bagaimana dengan keadaan Nabila? Untuk mencari sekolah lain, saya tak pasti di mana harus saya hantar Nabila. Andai saya tidak bekerja mungkin ianya lebih mudah. Mungkin.. Tapi jika tidak bekerja bagaimana pula kehidupan kami? Kami bukanlah datang dari keluarga yang berada.... :( Saya buntu.....
p/s: sengaja saya tidak menghantar Nabila ke sekolah hari ini. Mak kata biarlah dia tak ke sekolah. Biar mak yang jaga. Kesian cucu dia masuk stor semalam... :(