Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 July 2011

Di tempat baru..

Pagi tadi sesudah subuh, saya dan Nabila membelah angin sejuk pagi ke USJ. Mungkin ada yang belum tahu apa yang berlaku sebenarnya mengapa saya ke USJ pagi-pagi buta.. :)

Nabila secara rasminya telah bertukar sekolah. Bersekolah sama dengan kembarnya, Alisya. Pada awalnya memang sukar untuk saya buat keputusan ini memandangkan sekarang ini saya sedang cuba untuk berjimat, namun bila berlaku hal seperti Isnin lepas, saya tak mahu ianya menjadi lebih teruk lagi. Lebih-lebih lagi saya nak Nabila dapat lebih dari yang sekarang ini.

Memang kalau diikutkan agak gila saya sebenarnya. Travel sepanjang hari pergi dan balik dari Gombak-USJ-USJ-Jalan Duta-Jalan Duta-USJ-USJ-Gombak. Penat bukan? Ya, saya akui penat, namun inilah pengorbanan saya buat Nabila. Bukan mahu balasan. Saya hanya fikirkan semuanya untuk kebaikan dia. Tentang saya? Tolak tepi dulu...

Semuanya kerana apa?

Cinta dan kasih saya pada Nabila... :)

Untuk hari pertama, tiada apa yang boleh saya katakan. Apa yang saya tahu, Nabila menangis. Ya..pastinya suasana baru membuatkan dia rasa tidak selesa. Cumanya saya harap dengan adanya Alisya, Nabila tahu dia tidak keseorangan. Si kembar yang sentiasa berada di sisinya... :)

Doakan anak berdua ini mendapat yang terbaik di IMC nanti..InsyaAllah..doa ibu buat Nabila dan Alisya agar kalian dapat belajar sedikit demi sedikit untuk diri sendiri. Amin...

p/s: saya sedang dalam usaha untuk memberhentikan Nabila dari terus menggunakan buai untuk tidur. Malam ini, Nabila nampak resah. Tapi Alhamdulillah, sewaktu entry ini di taip, Nabila sedang nyenyak tidur di atas katil bersebelahan saya. Doakan untuk saya yek agar usaha saya berhasil..Amin

7 comments:

Azma said...

tak sempat komen status ina kat FB pasal kisah nabila baru2 ni.. Akak sempat baca je.. Tapi memang akak geran sesangat.. kesian nabila dibuat camtu... Apa2 pun akak harap suasana/ keadaan lebih baik diterima oleh nabila bersama alisya di tempat baru tu.. Smg ina semakin kuat dan sentiasa sihat untuk menjaga nabila sepanjang masa. AMinn..

Unknown said...

Alhamdulillah...semoga pengorbanan ina berbaloi...dan semoga nabila baik2 sajer...ina dah ambil keputusan yg tepat...tahniah...

mama akid said...

insyaallah nabila akan selesa ditempat baru tu..cuma perlukan masa..saya yakin nabila boleh..caiyok nabila...

Nonie said...

Semoga semua perancangan Ina wat Nabila berjalan lancar hendaknya..aaamin:-)

ieda said...

penat badan pun takpe ina asalkan hati kita tenang sebab anak berada dalam jagaan yg baik...sampai hati betul depa buat nabila macam tu...tadak akai kot.
budak2 mana pun mestilah meraung lagi kuat kalau letak kat tempat tak selesa...sian nabila.

Bicara hati ibu aisya said...

Mesti seronok kan nabila?Boleh geng ngan alisya.Belajar sama-sama.Xmau nanes2 lagi tau.

SARIPAH BAKAR said...

salam singgah... banyak membaca blog puan dan akan terus berkunjung ke sini. mohon izin link ke blog saya