Jika ada yang membaca status FB saya semalam, benar..saya memang sakit hati. Insiden semalam cukup buat hati saya tersayat dengan perilaku mereka yang saya anggap tidak berperikemanusiaan. Saya sedih bilamana mereka perlakukan darah daging saya begitu. Sungguh!! Biarpun bagi mereka ianya cukup simple..namun ia memberi kesan pada saya dan Nabila.
Semalam, saya menerima panggilan telefon dari sekolah yang menyatakan Nabila tidak dapat dihantar ke rumah mak atas alasan tiada driver. Dan saya bersetuju, walaupun berat hati saya semalam agak geram dengan mereka. Yelah, kita bekerja. Bukan mudah untuk pulang awal semalam. Namun, bila difikirkan semula, saya syukur kerana sekurang-kurangnya ia membuka mata saya melihat cara mereka perlakukan Nabila semasa dibawah jagaan mereka.
Sampai saja dipintu pagar, saya terdengar jeritan Nabila. Saya berjalan laju, namun kaki saya terhenti bila staff sekolah memanggil saya di rumah kecil dihujung sekolah. Saya terfikir, mengapa pula Nabila di situ? Mereka menjerit memanggil saya sambil melambai-lambai. Kaki ini terus laju melangkah menuju ke rumah itu. Semakin kuat saya dengar jeritan tangisan Nabila.
Bila saya nampak, Nabila sedang dipangku oleh Kak Asmah sambil diperhatikan oleh seorang lagi staff. Muka Nabila merah dan kelihatan Nabila menangis dalam tempoh yang agak lama. Dan saya terus mencapai dan mendukung Nabila. Hanya beberapa saat saya pujuk, terus saja Nabila diam. Saya bertanya mengapa Nabila berada di situ. Kalian tahu apa jawapan mereka?
"Bos suruh duduk sini. Yasmin menangis kuat sangat..."
Saya mendiamkan diri. Mata saya meliar melihat sekitar bilik. Memang rupa seperti stor. Penuh dengan barang. Dan tanpa fikir panjang, saya terus melangkah keluar. Bila Nabila sudah Nabila berada di tangan saya,mereka berkata..
"Tengok..bila dengan mak dia je dia senyap. Nakal Yasmin ni.."
Hei!! Anak saya bukan nakal ok. Korang yang tak reti nak handle budak macam ni. Bila menangis pujuk la. Bukannya dia tak reti nak diam. Bukan sehari dua Nabila di sekolah. Sudah setahun lebih. Takkan tak faham-faham lagi perangai Nabila nih...!!!
Bila saya keluar, saya perasan muka Nabila bercalar. Mungkin kerana geram, Nabila mencakar wajahnya sendiri. Saya bertanya kepada mereka, seolah-olah saya seperti tidak tahu kenapa dengan wajah Nabila. Walhal saya sudah tahu jawapannya. Saya mahu tengok respon mereka sama ada mereka ini prihatin atau tidak. Kata mereka..
"Tu Yasmin buat sendiri tu.." . Rasa geram pula bila saya melihat reaksi staf itu. Saya terus keluar dari sekolah.
Saya sempat menjeling di dalam sekolah. Dan saya nampak 'Bos' mereka ada di dalam. Dan nampak seperti ada tetamu. Mungkin pada dia, tak mahu Nabila menangis di depan tetamu, jadi dia ambil keputusan untuk menyuruh Nabila duduk di dalam stor. Suapaya jeritan Nabila tidak kedengaran. Huh!!
Memang BODOH!! Saya geram bila mereka lakukan begitu pada Nabila. Ya, saya akui Nabila memang kuat menangis. Tapi jika pandai memujuk, saya pasti Nabila akan diam. Nabila tidak akan menyusahkan orang lain. Saya tahu tentang itu. Saya ibunya. Mak saya sendiri mengakui bahawa menjaga Nabila memang mudah. Bila Nabila dibawah jagaan mak saya, tak pernah sedikit pun Nabila meragam.
Banyak cara untuk bagi Nabila diam. Tak bolehkah mereka memujuk Nabila tanpa masuk ke dalam stor tersebut? Nabila kalau berada di luar, dia pasti akan diam. Buktinya, bila kaki saya melangkah keluar dari stor tersebut, Nabila diam. Dan matanya meliar memandang sekeliling. Anak saya tahu di mana tempat dia patut berada dan tidak patut berada biarpun matanya kurang fokus dengan keadaan sekeliling. Sense of body Nabila akan kuat menyatakan dirinya berada di TEMPAT YANG TIDAK SELAMAT! Biarpun keadaan Nabila tidak seperti normal, tapi dia ada naluri. Dia juga mahu diperlakukan seperti anak normal lain.
Hati saya sakit. Saya rasa nak menangis melihat Nabila. Apalah dosa anak ini.... :(
Dan saya tahu ramai parents yang menghantar anak ke sekolah tersebut kini memang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan sekolah Nabila sejak kebelakangan ini. Pihak sekolah tidak membenarkan parents membawa kereta masuk ke dalam kawasan sekolah untuk menghantar anak ke dalam. Mereka mahu parents park kereta di luar dan menapak masuk ke dalam sekolah. Untuk anak sekecil Nabila sudah tentu tiada masalah. Bagaimana pula dengan anak-anak yang sudah besar. Berumur belasan tahun yang tidak mampu untuk berjalan sendiri. Rata-rata di situ kebanyakannnya anak-anak yang mempunyai masalah 'Severe Cerebral Palsy'. Saya sendiri sudah mendengar 2 rintahan parents yang terpaksa membawa anak mereka yang sudah besar berjalan masuk ke dalam sekolah. Pastinya sukar keadaan mereka. Mengapalah pihak sekolah tidak memikirkan itu semua...?
Sepertinya saya tawar hati untuk menghantar Nabila ke situ lagi. Dan saya buntu apa yang harus saya lakukan. Andai tidak bersekolah, bagaimana dengan keadaan Nabila? Untuk mencari sekolah lain, saya tak pasti di mana harus saya hantar Nabila. Andai saya tidak bekerja mungkin ianya lebih mudah. Mungkin.. Tapi jika tidak bekerja bagaimana pula kehidupan kami? Kami bukanlah datang dari keluarga yang berada.... :( Saya buntu.....
p/s: sengaja saya tidak menghantar Nabila ke sekolah hari ini. Mak kata biarlah dia tak ke sekolah. Biar mak yang jaga. Kesian cucu dia masuk stor semalam... :(
21 comments:
mak aih..sakit hati sy mendengarnya..cian adik nabila..akak sbar ya..tuhan tue maha adil..
ina...dahler...jgnla hantar nabila gi sek tuh....sek mental tuh...giler....guru besar dia lagi mental....huhuhe..tryla cari sek yang lain ina...i knew it is hard...but, insya'Allah...mesti ade jalan pnyelesaiannya...yati doakan dipermudahkan urusan ina sekeluarga...terassa sungguh emo bila tahu benda nie..sampai hati dia buat anak2 syurga ni macam nie...:(
-mama imran yusuf-
Salam Ina,
akmal suggest Ina buat report kat Biro Pengaduan Awam.. BPA ni akan ambik action cepat sket.. Nanti dorang akan terus direct JKM..
kejam sungguh pihak pengurusan sekolah tuh.. bukan ke ibu bapa hantar anak kat situ berbayar.. kenapa dia org tak bertimbang rasa.. teruk betol..
sampai hati diorang tu buat nabila mcm tu....
memang kureng asam betul diorang nie....zaman sekarang nie manusia bekerja bukannya kerana Allah tapi kerana DUIT....
sabar yer kak..insyaallah ada jalan penyelesaiannya nanti...
Sian Nabila..kenapa la diorang bawak ke stor..memang tak patut..kalau akak pun marah..dah rupanyer macam stor memang tak selesa dok kat situ..actually diorang tu nak wat keje mudah la tu..sanggup biarkan Nabila menangis lama2 daripada cuba utk pujuknyer balik..itulah die..takkan sama kalau bukan darah daging sendiri yang menjaga kan @ pun mrk ni bukan org yg prihatin @ kejam agaknyer...gggrrrr..geram pulak akak baca entri Ina ni..:-(
Sedihnya baca kisah nabila semalam ina.Sampai hati pihak sekolah tu buat camtuh.Langsung xde perikemanusiaan.Ayu yang membaca ni pun rasa geram.Apalah salahnya kalau dipujuk anak itu.Betul kata ina..banyak cara kita leh pujuk budak.Lagipun bukan mereka baru dalam hal menjaga anak-anak seperti nabila.Takkan itu pun xreti?Ina buat jer report biar mereka sedar dengan perbuatan mereka.Kalau dibiarkan ntah anak siapa pulak nanti diorg buat benda yang sama.(huh...masih dalam mood marah!)
sedih dgn kejadian ni..sampai hati mereka memperlakukan anak seperti nabila...
menitis air mata saya baca entry awak kali ni...sedangkan anak sy yg xada mslh kesihatan pun, klu dilayan mcm tu, sy akan marah...tambahan pula anak seistimewa nabila...naluri manusia pasti akan suruh awak bersabar..tp sy xnak ckp camtu...sampai bila kita nak sabar...xpatut nabila diperlakukan begitu....
kurang ajar punya cikgu!report jek kt JKN..baru padan muka. dorg ni, sbb xde anak istemewa mcm ni. kalau ada, baru dorg tau. sbb ni bkn anak sendiri, x rasa apa2. eeeiiii!!geramnye baca!walau anak saya sihat pon, kadg2 mulut saya laser jek kt cikgu2 taska tu bila sy rs ada yg x betul. contohnye, bb br 3bln, biarkan botol kt mulut bb tu, sandarkan dgn kain. sy sound, kata kalau tersedak susu, bole mati tau x. ni bkn ank korg, bole la korg buat cani. esok kalau da ada ank, tahu la perasaanya mcm mane. sy x peduli if ada cikgu2 kt situ x suka dgn saya. bkn sy hantar free2 jek, saya byr. so sy ada hak utk ckp if sy rs x betul.mmg geram la dgn taska2 ni..baik utk anak2 yg biasa ni atau anak2 istimewa. spttnya bila mcm kes nabila ni, dorg kene la take care yg lebih. mmg BODOH la!
ye ke??isk...melampau sungguh sampai suruh duduk dlm stor...apa dia ingat anak2 sebegitu xde perasaan?instinct depa lg kuat tau tak...pernah sy dukung sorang kanak2 ni maybe dlm 4thn...tp kwn sy nk dukng dia meronta xmau.....sbb cikgu dia kata anak2 seperti ini kuat nalurinya..dia boleh rasakan yg ikhlas dan yg tidak....
sekolah tu xsepatutnye layak bukak sekolah seperti itu....sbb kasihnye kurang...itu pendapat saya...haish....
banyakkan bersabar ye ina...
kejam...kalau akak akak ganyang staff dua org tu termasuk bos dia sekali....
Buat nabila...sayang kamu...smpai hati diaorg buat nabila macam tu...ingat anak patung ker...
Buat ina...do the rights thing ina...moga ada jalan yg ditunjukkan...
sedih saya baca. walaupun mereka tidak sempurna...tp mereka adalah manusia yg punyai ada hati...ada perasaan dan sebagainya.
jgn kerana mereka "tidak berkemampuan" melaksanakan semuanya sendiri ada yg ambil kesempatan yg bukan2!!
Kenapalah manusia yang sempurna fizikal dan akal boleh bertindak sedemikian...rasanya lebih bodoh dari binatang bos nya itu!!
Alahai Na.. -___-" sedih + geram aku dgr. Aku paham benar rasa kau tu sbb Angah dulu pon penah kene situasi gitu ms kat nursery dulu. lagi teruk tau na! xmo ingat dah pasal tu. sakit ati!!
nice blog!
ya allah..sian nabila. nape teruk sgt school tu..sabar ye,awak carila sekolah lain utk nabila. harap bersabar byk² k.
sy yg bace ni pun sakit hati..sian nabila,dia pun ade perasaan.tp,alhamdulillah akak dah tukarkan sek nabila..moga2 kejadian yg same x berulang kembali
Ya Allah ciannya nabila ...kenapa sampai macam tu sekali...geram betul..sampai hati diorang buat kat anak kecil mcm tu..sabar ye ina
Post a Comment