Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

05 September 2011

Bila cuba merencanakan sesuatu..

Semalam, saya bertanyakan soalan cepumas kepada Abang... Sudah lama saya terfikir tentang perkara ini, cuma kali ini saya baru suarakan. Hanya kerana mahu tahu apa jawapannya...

-Abang, katakanlah kita ada anak lagi.. Agak-agak sapa yang akan jaga adik Nabila nanti?Nabila dah sibuk ulang alik ke sekolah. Adik dia macamana?

-Entah..Abang tak tahu plak. Kenapa pulak tanya?

-Saje je nak tahu jawapan abang. Atau cuba abang bayangkan kalau kita ambil bibik. Bibik ibu angkut sekali gi umah mak. Tak nak tinggalkan dia kat rumah kita. Biar mak yang tengokkan bibik. Atau tak payah pikir pasal bibik la. Kalau mak jaga adik Nabila macamana? Takkan ibu nak ulang alik ke sana kemari...?

-Ishhhh..Takkan la kot.. Ibu dok la kat umah mak..

-Nak buat cam dulu..?Nak dok berapa lama pulak..1 tahun..2 tahun..?

-Entahlah...hishh..tak taulah abang....

Hurm..nak buat anak memang senang abang oiii..tapi kepada siapa tanggungjawab menjaga adik Nabila sepanjang saya bekerja ?


.....?

 Bukan mudah membuat perancangan. Memang kita mahukan semuanya terbaik namun ada kalanya segala yang kita rancang tak semestinya menjadi. Saya cuba membayangkan keadaan di mana saya bakal menimang cahaya mata kedua. Pastinya semua akan kembali seperti dulu. Akan berada di rumah mak sehingga menantikan adik Nabila membesar. Andai Nabila sudah berjalan ketika itu, syukur. Mungkin perjalanan kami lebih mudah. Andai belum? Bagaimana lagaknya? Terpaksa saya dan Abang berjauhan lagi... :(

Rata-rata kawan yang seusia saya sudahpun mempunyai 2 cahayamata. Saya luahkan kepada rakan saya Sabtu lepas. Hampir kesemua rakan sewaktu saya belajar di Shah Alam dulu sudah beranak-pinak. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang saya peroleh sekarang, namun dek kerana beberapa perkara, ianya menjadi perkara yang kurang penting buat saya. Apa yang penting, semuanya tentang Nabila. Tidak mahu anak itu terasa diabaikan.

Sabar, itulah yang perlu. Kelam kabut tentang semua perkara itu merupakan satu langkah yang kurang bijak. Saya harus selesaikan satu persatu. InsyaAllah, andai ada rezeki dan di izin Allah, pasti Nabila punya adik lagi.. :)

Saya doakan segala apa yang direncanakan oleh rakan-rakan senasib saya dalam kehidupan mereka di permudahkan. InsyaAllah.. :)

~rindu dengan tendangan kecil Nabila di dalam perut ini..Ketika Nabila berusia 31 minggu.. :)~

04 September 2011

Saya perasan sesuatu...

*Entry 2 kali dalam masa satu hari..wah..banyak sangat ke idea tuh..!*

Tadi, Nabila masih lagi dengan pe'el nya. Tidak mahu berenggang langsung dengan saya. Letak di buai ikannya juga tidak mahu. Menangis entah apa yang dia mahukan, saya tak pasti. Bila saya dekat, tahu pulak senyap. Aik..main-main la Nabila ni...

Apa yang ingin saya cerita bukanlah perangai Nabila sepanjang hari ini. Cuma saya catatkan kisah ini di dalam blog saya ini. Hanya untuk simpanan kenangan saya terhadap perkembangan Nabila.

Bila Nabila menangis, saya cuba mendukungnya. Dan kalau di pujuk di dalam rumah pun seperti tiada gunanya. Kaki saya melangkah keluar rumah. Bermain buai seperti selalu. Kerana mahu memujuk agar Nabila tenang. Faham sajalah kalau anak dara ni mengamuk... :(

Bila duduk di luar, Nabila akan diam. Saya terlupa untuk mengambil saputangannya, lantas kaki saya melangkah masuk ke dalam rumah semula walaupun punggung ini sudah duduk berbuai di luar.

Tau apa Nabila buat...?

Menangis....... :(

Saya pernah cerita yang Nabila memang punya masalah dari segi penglihatannya dan masih lagi di pantau oleh pakar mata. Namun, bila melihatkan kejadian tadi, saya membuat kesimpulan mudah. Serasa saya Nabila bukanlah tidak nampak langsung seperti yang dikatakan oleh doktor. Malah saya rasa penglihatannya jauh lebih baik berbanding dulu.

Ya, NABILA TAHU DIA ADA DI DALAM RUMAH ATAU DI LUAR RUMAH!DIA TAHU CAHAYA TERANG DAN CAHAYA GELAP KETIKA DI DALAM ATAU DI LUAR RUMAH

Sekarang sudah pandai bosan. Sudah pandai untuk minta saya membawanya keluar bermain. Dan tahu orang ada atau tidak di sekelilingnya. Dulu, Nabila langsung tak peduli. Orang ada atau tidak disebelahnya, dia hanya berada di dalam dunianya saja. Suara tak berdecit pun. Menangis kerana mahu minum susu atau mahu tidur. Itu saja yang dirinya tahu.

Bila melihatkan semua ini, saya rasa syukur. Saya tahu saya perlu bersabar lagi untuk semua ini. Saya perlu yakinkan diri bahawa Nabila boleh lakukan semua itu. Cuma saya perlu berinya masa. Dan peduli kata orang andai ada yang kata Nabila lambat atau lewat melakukan apa jua perkara mengikut usianya. Yang penting saya perlu usaha lagi. InsyaAllah....

~mata yang semakin elok. Jarang sekali untuk juling. Cuma saya perasan matanya nampak juling kedalam. Kata Abang, mungkin Nabila sedang fokus untuk memandang dalam jarak yang dekat. Ketika gambar ini diambil, saya tahu Nabila sedang memandang aksi saya yang sedang mengambil gambarnya.. :)~

Kakak Baby yang suke memerap..

Adoii...satu keje pun tak boleh nak buat..2 hari berada di rumah asyik mengadap kakak baby nih...

Nama baru Nabila... Kakak Baby.. Yolah, nama dah pangkat kakak, tapi still cam baby..boleh la panggil gabungan dua nama tuh..hehehe...

Nasib baik kain baju masa balik kampung aritu dah selesai kemas dan masuk dalam almari. Rumah pun memang dah sedia kemas sebelum balik kampung hari tu. Cuma nak memasak je susah. Kakak Baby ni bukan nak dok main sorang-sorang. Pantang la ibu dia takde depan mata. Asyik nak memerap je.

Semalam entah kenapa teringin sangat nak buat kuew tiew ladna, last-last suruh ayah kakak baby beli barang semua bagai, berdentam dentum kat dapur memasak. Lepas tu panggil kawan lama kami dan kawan kerja Abang datang bertandang beraya di rumah. :) Best! Nasib baik menjadi resipi nya..hehehe...

~kakak baby yang mengado-ngado~

02 September 2011

Raya!!!

Alhamdulillah, kami telah pun selamat sampai ke rumah. Hampir seminggu beraya di kampung dan rasa sekejap benar masa berlalu. Tahun ini giliran kami beraya di Ipoh. Hurm..biasalah, setiap tahun pasti ada gilirannya.  :)

Raya tahun ini, penuh dengan sesi kunjung mengunjung. Seronok rasa. Saya sebenarnya jarang merasai nikmat kunjung mengunjung ni. Bila berkahwin, barulah dapat merasa. Jika dulu masa kecik, tak best langsung. Lepas sembahyang raya, duduk terperuk kat rumah wan. Tak tahu nak pergi mana. Tambah pula beraya di KL je. Lagilah bosan...!!

Nabila paling seronok. Berjalan sakan. Naik kereta pergi satu rumah ke satu rumah. Semua rumah saudara mara.. :) Ramai juga yang mahu melihat si kecil ini. Mujur tak meragam. Cuma raya kedua, Nabila meragam sakan. Kerana marahkan saya kejutkannya tidur. Habis satu rumah di haruknya. Naik malu saya pada mak mertua dan sanak saudara. Hampir 1 jam dia meragam. Cadang mahu lama di rumah saudara, sudahnya terpaksa pulang awal dek nak memujuk dari mengamuknya... :(

Gambar raya pun tak banyak saya ambil. Entah hapa-hapa cik Abang ambil gambar tah..Habis senget benget.. Tak cantik langsung. Tapi untuk kenangan, saya tepekkan juga di sini.. :) Untuk tatapan semua. Sila abaikan je si ibu yang over..muahahahaha!!!

~ready nak beraya..Buat muka tercengang..hehehe..~

~posing-posing dulu...~

~huh..puas nak bagi budak kecik ni gelak..sudahnya kena geletek..hehehe~

~opah & atuk Nabila..~

~sekeluarga.. :)~

~Nabila gelak lagi..~

~rumah pertama di hari raya..~

~Adah, Ejah & Madiha.. :)~

~ibu yang kemaruk nak baby lagi..~

Jemput datang rumah yek semua... :) Selamat Hari Raya.. !!!

30 August 2011

Selamat Hari Raya..

Salam Aidilfitri buat semua. Awalnya ibu Nabila wish.. :) hehe..Agak sibuk. Jadi ada kesempatan terus ucap disini. Boleh kan... :)

Kami sekeluarga mohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata, tersilap bicara sepanjang menulis di dalam blog ini. Moga kalian berbahagia di hari raya ini. Pada yang berjalan jauh, saya doakan perjalanan kalian selamat pergi dan balik. Amin...

Kami juga akan pulang beraya di Ipoh. InsyaAllah, Ahad kami sudah gerak pulang ke sana. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik ye.. :)

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ikhlas dari,
Zul, Ina dan Nabila.. :)

26 August 2011

Inai di jari...

Ceh..sapa lak nak kawin nih..

Anak dara saya lah....

........
.....
....
...
..
.

muahahahahahahhahahahahahahahhahahahhahahaha!!!!!!!!!

.............
..........
......
...
...
..
.

Saya ada sorang je anak dara..

Sapa lagi kalau bukan Cik Bella..

:)

Tak datang sekolah 2 hari...

ni dapatnya....

Santek ke? hahaha!! Lantak ko ler dik..Beraya ngan kaki biru..!! hehe..

Entah apa yang dilakukan di sekolah, saya kurang pasti..tapi faham saja sekolah nabila..Macam-macam aktivitinya. Saya tak marah..Lagi suka adalah..Huh!! Lantak la kaler biru ke..merah ke..hijau ke..janji ada aktiviti dia buat.. :)

p/s : Nabila kata ni inai raya...Selamat Hari Raya Aunty semua.. :)

21 August 2011

Cuba membayangkan andai Nabila kini punya adik...


Bila tengok budak berdua ni, elok je baring sama-sama. Masa ni adik Ra'id Nabila ni kecik lagi. baru berapa bulan tah.. Tak ingat pula bila masa saya mengambil gambar mereka berdua ni.

Bila lihat Ra'id atau baby lain, saya selalu membayangkan andai saya dikurniakan seorang lagi anak. Adik kepada Yasmin Nabilah. Agaknya bagaimanakah lagak saya ketika itu? Kelam kabutkah? Hurm..rasa tak terbayang pula bila mengenangkan ini semua.

Memanglah kata orang, belum cuba manalah tahu kita boleh melaluinya atau tidak. Takkan awal-awal lagi dah 'surrender'. Dalam hati memang teringin la sesangat. Tapi bila fikir-fikir balik, berat je rasa apatah lagi dengan keadaan Nabila.

Beberapa hari lepas, saya memegang lagi bayi kecil. Berusia 3 bulan. Anak kepada jiran saya. Comel. Tembam bulat. Rasa nak geget-geget je. Lagi bertambah geram bila saya usik dia, dia ketawa sambil memandang tepat pada saya. Yelah, dulu Nabila manalah tahu nak buat itu semua ketika berusia 3 bulan. Entah kan nampak saya ke tidak, saya tak pasti. Yang dia tahu, hanya menangis tak henti-henti ketika itu.

Bila tengok budak kecil bermain, seronok sangat. Sebab saya belum punya kesempatan merasai itu semua bila bersama Nabila. Sampai ada kawan saya kata, seronok memang seronok melayan budak-budak, bila dah lama-lama bosan. Hish..betul ke? Mungkin juga kut....

Moga hati saya terus terbuka untuk berikan Nabila adik..Moga trauma saya cepat-cepat pergi dalam hati ini....