Saya sedang sibuk mencari maklumat berkaitan dengan perihal mengandung. Walaupun ini pengalaman kedua saya namun setiap anak, si ibu pasti akan mengalami pengalaman yang berbeza. Ya, saya dapat rasakan itu bila hamil adik baby kali ini. Jika dulu pengalaman mabuk dan loya tak pernah saya rasai sewaktu mengandungkan Nabila, namun kali ini bersama adik baby, saya berpeluang merasainya.
Begitu juga dengan rasa keletihan. Jika dulu sewaktu mengandungkan Nabila, serasa saya, saya ligat bergerak ke sana kemari. Di saat kini adik baby sudah berusia 17 minggu, namun seingat saya ketika Nabila di dalam rahim ini, tak pula rasa letih dan penat sebegini. Mungkin juga aktiviti seharian menguruskan Nabila membuatkan saya kerap rasa keletihan untuk kandungan kali ini.
Tatkala saya mencari info tentang tadi, terbaca mengenai artikel tentang EPO (Evening Primerose Oil). Rupanya EPO ini agak kurang sesuai dimakan oleh ibu mengandung. Hurm..saya tak pasti tentang ini..Namun bila membaca kesan dari memakannya sewaktu mengandung membuatkan hati saya gerun...
Sebenarnya, selain supplement yang diberikan oleh klinik kesihatan, saya juga turut memakan ini..
Saya dapat tahu pun melalui pembelian NeuroGain untuk Nabila. Saya memakannya sejak adik baby berusia 8 minggu lagi. Kalau nak diikutkan sudah masuk botol ke-2 saya makan NeuroGain PB ini.
Saya mencari maklumat dan testimonial berkaitan NeuroGain memandangkan ianya bukanlah dicadangkan oleh klinik ibu mengandung. Yelah, klu check up gomen ni..ubat yang standard je dia bagi.. Takde tambahan pun. Kalau pergi private mungkinlah dicadangkan itu dan ini untuk kandungan.. :)
Actually, Nabila juga makan jenama ini khusus untuk kanak-kanak. Alhamdulillah, perkembangan dia juga bertambah baik dan semakin
alert sejak saya memberikannya makan selain supplement
Transfer Factor. Pada saya
NeuroGain for kids memang bagus lebih-lebih lagi untuk anak seperti Nabila.
Cuma disini, saya mahukan pendapat. Adakah ada di antara kalian sama seperti saya mengambil
NeuroGain PB ini?
So result macamana? Apa yang saya baca di laman sosial, anak yang lahir itu akan lebih fokus dan nampak aktif. Cuma ada sesetangah mengatakan anak nampak
hyperactive . Bilakah masa yang sesuai untuk saya berhenti dari memakan
supplement ini?
Hopefully ada kawan-kawan yang boleh share info.. :) TQ