Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

05 June 2010

Air mata ini..

Tengahari tadi, aku ke HKL. Mahu melawat anakku yang sedang berjuang.. Alanna Qish. Hati agak berdebar-debar dan seperti tidak sabar mahu mengetahui keadaan Alanna. Dan sebaik saja masuk ke wad KK5, mataku meliar mencari katil Alanna.

Sah, Ayu dan Syarul sedang duduk di katil. Sedang menatap anak itu. Terus saja kaki melangkah laju. Ingin menatap wajah anak ini. Aduhai sayang..Nampak tenang kamu. Kata Ayu, sudah 2 hari Alanna berkeadaan demikian. Aku sentuh tangannya. Aku rasakan jari jemari tangan kiri bergerak. Aku usap ubun-ubun kepalanya. Menatap sayu pada wajah anak ini. Aduh..tak terhingga rasa sedih perasaan menyelubungi hati ini.

Dan kami terus berbual. Bercerita tenatang keadaan Alanna semasa di hospital. Air mataku tumpah sekali lagi. Maafkan Ibu sayang..Ibu tak sepatutnya menangis depan kamu. Tapi Ibu tak tahan. Ibu sedih bila kamu berusaha untuk melawan kesakitan itu.

Dan kali ini jelas kelihatan Ayu begitu redha dengan Alanna. Mungkin juga Ayu tak sanggup lagi melihat Alanna terseksa. Wahai sahabat, aku faham niatmu itu. Pedulikan sahaja apa yang orang katakan padamu. Yang penting niat kita. Apapun berlaku, Alanna tetap anakmu. Alanna tahu segala tindak tandukmu. Alanna tahu itulah tanda kasih ibu padanya. Kasih hingga ke syurga.

Sempat aku memeluk Alanna. Cantik sungguh anak ini. Sungguh.! Wajahnya tenang sangat ketika itu. Tidak mengerang kesakitan seperti sebelumnya. Ketika aku memegang jari jemarinya, aku dapat rasakan genggaman yang kuat.. Dan ketika itu pulak nurse datang. Alanna seperti tidak mahu melepaskan jariku. Aduhai sayang..ralat rasa hati terpaksa melepaskan tangan ini. Alanna seperti mahu berkata " Ibu jangan tinggalkan Alanna. Nurse datang.. Alanna takut..! ". Sungguh Ayu! Ina rasa seperti Alanna berkata begitu.

Alanna sayang..perkenalan dengan mu membuatkan ibu rasa kagum dengan semangat mu. Walaupun kamu kecil, Ibu tahu kamu anak yang kuat.Teruskan berjuang sayang. Mummy, Daddy dan Abg Nadime sentiasa bersamamu. Begitu juga dengan Ibu, Ummi, Mama. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu sayang.

p/s : esok ada bacaan Yassin untuk Alanna di Wad KK5. Jam 10 pagi. Dan mungkin juga mesin Alanna akan di matikan. Aduhai..berat sungguh keputusan ini. Aku yakin Ayu telah buat perkara yang terbaik dalam hidup Alanna.

7 comments:

Naura said...

kenapa ngan baby tu kak..sedihnya naura tgk..Ya Allah,kau selamatkan la baby ini..amin..

Asz said...

ina ... mengalir air mata saya ... i'm almost speechless ... saya doakan yg terbaik buat ayu & alanna ... wlau apa pon kemungkinannyer, moga ayu tabah ... Amin!!!

Asz said...

ina ... mengalir air mata saya ... saya doakan yg terbaik buat ayu & alanna ... walau apa pon kemungkinannyer, moga ayu tabah ... Amin!!!

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

ina, kak fiza ikut kisah allana melalui blog. sedih sgt rasa hati. mesin nak dimatikan ke? aduhai, sungguh berat keputusan yg terpaksa mummy n daddy allana buat yer. sampaikan salam buat mereka. tabah sungguh mereka.

myQza said...

salam.

sebak.

Tabah.

ak yuyunz said...

:( .. sedih sgt. semoga Allah memberikan mereka yg terbaik. amen!

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

moga allah beri petunjuk dan hidayah buat semua. tabah kan hati dan kuat kan semangat untuk mengharungi ujian allah. tawakal dan pasrah. DIA maha mengetahui. moga ada sinar harapan untuk hari esok!