Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 June 2010

Adakah dia trauma?

Pagi sewaktu menghantar Nabila ke sekolah, segalanya nampak baik sahaja. Tiada suara tangisan Nabila kedengaran. Sempat senyum lagi...

Entah petang tadi, kata adikku, Nabila menangis di dalam van sewaktu dia mengambil Nabila pulang dari sekolah. Di dalam van lagi, Nabila sudah menangis sehingga bengkak matanya. Kata adikku, tak tahu punca mengapa Nabila menangis ketika itu.

Sampai sahaja di rumah mak, aku lihat Nabila di dalam buai. Sedang membuai perasaan. Semuanya kembali elok ketika itu. Aku mengambil keputusan untuk pulang lewat ke rumah kerana malas untuk menempuh kesesakan trafik di Rawang.

Dan sewaktu aku makan, tiba-tiba Nabila menangis. Suara seakan merajuk, marah dan takut. Puas mak dan adik perempuan aku memujuknya, namun gagal. Agak lama juga Nabila menangis. Sehinggakan masing-masing sudah tidak tahu nak buat apa.

" Yong, tak yah hantar la Nabila gi sekolah. Tah hapa-hapa tah dorang buat Nabila kat situ", kata adik perempuan aku.

Aku hanya mendiamkan diri. Memandang Nabila yang cuba menyatakan sesuatu melalui tangisannya. Aduh.. Nabila, Kenapa ni sayang.. Adakah kamu takut?

Bila memikirkan perasaan takut Nabila, aku terbayang kisah semalam. Adakah Nabila teringat kisah semalam? Atau Nabila dipaksa melakukan sesuatu ketika di sekolah?

Aku tahu apa yang mereka lakukan di sekolah. Sebab aku sendiri melihat cara mereka melakukan segala aktiviti. Memang mereka memaksa, namun segalanya adalah untuk kebaikan anak itu. Jangan fikir anak istimewa tak pandai menipu. Mereka sangat bijak. Pandai bermain emosi supaya kita rasa kasihan pada mereka. Begitu juga dengan Nabila. Menangis adalah senjatanya untuk mematahkan hati ibu ini.

Mak juga sependapat dengan adikku. Mahu Nabila dihantar lewat sedikit berbanding sekarang. Aku serba salah. Aku juga tak sanggup bila memikirkan Nabila di bawah jagaan orang lain, bukan dengan mak aku. Tapi bila di fikirkan, aku rasa memang patut Nabila berada di sekolah. Sekurang-kurangnya, dia tak dimanjakan sangat oleh neneknya. Tahu membawa diri jika kemana-mana.

Aduh..terasa goyang lagi hati ini. Sangat ralat jika aku tidak dapat memahami apa yang tersurat dalam hati Nabila. Ralat kerana aku adalah ibunya. Tidak memahami hati anak ini.

p/s : Masih lagi belum sihat. Batuk masih ada. Cuma bunyi tidaklah sekuat semalam.. :(

6 comments:

Unknown said...

Kak Nanie faham perasaan ina...tabahkan hati...tenangkan diri dan buatlah keputusan yang terbaik...Insya Allah akan ada petunjuk yang diberikan...

Rizziela said...

mungkin Nabila belum biasa lagi dengan suasana kat sekolah kot Noina...

Akak rasa...biarkan dulu dia kat sekolah tu...bagi dia biasa..lama kelamaan..mungkin dia akan serasi dengan keadaan tu

Anonymous said...

ermm...cubalah siasat ape yg nabila takutkan...doa byk2 ina..mintak petunjuk...ni semua dugaan...betul ape yg ina fikirkan tu..semua nie tuk kebaikkan nabila.mak ngan adik ina mayb tak sampai hati tgk nabila mcm tu..ialah kan...hati mane yg sanggup...tapi ina kene kuat..n mintak petunjuk dari DIA..insyaallah k...

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Nanie: terima kasih kak..harapnya ina boleh kuat lagi.. Amin..

Yasmin Nabilah.. said...

Rizziela: Betul kot kak. Lagipun dia tak selesa dengan keadaan demam sakitnya tu. Selalu org kat situ cakap dia ok. Cuma merengek tu biasalah..hurmm..tahlah kak..

Yasmin Nabilah.. said...

Shima : Ina rasa dia tak suka kena paksa2. Kat sana klu time terapi mmg kena paksa sket. Sebab masa ina dok sana tunggu Nabila..ramai budak menangis dan takut ngan therapist kat situ. Garang cam rimau. huhu..tapi semua tu untuk kebaikan dorang gak kan. tahlah shima..ina pun pening. Mak mmg tak bagi..klu boleh dia nak jaga..tapi kita ni anak..takkan nak biarkan mak jaga anak kita sampai bila2. Dia pun nak rehat gak kan..huhu..tahlah..