Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

18 June 2010

Progress tentang mata Nabila..

Sedia maklum mengenai mata Nabila yang punya masalah fokus untuk melihat. Namun itu bukanlah bermakna Nabila betul-betul nampak. Aku sendiri tidak pasti adakah Nabila nampak sebenarnya atau dia hanya menggunakan deria pendengaran untuk membalas segala tindakan yang ingin di lakukan.

Sehingga hari ini..ophthalmologist masih lagi memberikan jawapan yang samar buat aku. Tidak dapat dipastikan Nabila nampak atau tidak sebenarnya. Seperti yang pernah aku ceritakan pada entry sebelum-sebelum ini, mata Nabila mudah teransang dengan cahaya. Kerana aku dapat melihat sendiri Nabila cuba mengelak dari matanya terkena sinaran cahaya lampu atau cahaya matahari. Begitu juga dengan cahaya lampu di bilik. Matanya akan terkedip-kedip terlebih dahulu jika lampu dipasang di bilik gelap.

Namun aku mula perasan sejak seminggu ini. Sedang bermain-main dengan Nabila sambil memanggil namanya dari belakang, dia akan menoleh mengikut arah bunyi. Dan kemudian tersenyum. Aduh..sangat menusuk kalbu!

Aku cuba meneliti pandangan matanya. Matanya yang juling juga tak nampak ketara seperti dulu. Aku perasan yang Nabila memandang tepat ke arah aku. Cuma ia bukannya sering berlaku setiap hari. Ada masa Nabila akan pandang..dan ada masanya tidak.

Pagi tadi semasa di sekolah, aku berbual dengan therapist Nabila di situ. Dan bercerita mengenai mata Nabila. Mereka juga mengakui Nabila punya masalah penglihatan. Dan mereka memberi kata-kata semangat dengan menceritakan kisah salah seorang anak di situ yang kini sudah mula pulih penglihatannya. Dan mereka mahu aku terus menerus merangsang penglihatan Nabila. Aduh..aku punya masalah tentang itu..

Seperti ibu-ibu bekerjaya yang lain..masa bersama dengan anak sememangnya terhad. Lebih-lebih lagi yang bekerja jauh seperti aku. Sejak Nabila mula bersekolah, aku sudah merasakan kurangnya masa aku untuk Nabila. Hanya mengharapkan masa di hujung minggu. Itupun jika tidak kemana-mana.

Mohon kepada-Nya dipermudahkan segala urusan untuk Nabila. Mahu kembali seperti dulu. Waktu malam punya masa yang banyak untuk bermain dengan Nabila. Kini malam aku semakin singkat. Hanya sempat memainkan satu CD untuk Nabila. Itupun tanpa bermain dengan alat mainan. Belum di tambah untuk sesi motor kasar dan halus lagi. Mahu saja menjadi surirumah sepenuh masa. Sangat cemburu pada ibu-ibu yang punya anak istimewa yang menjadi surirumah sepenuh masa. Alangkah bagusnya mendidik anak dengan tangan sendiri. Sungguh aku cemburu!


Mahu Nabila lihat seperti ini dan berkata..Ibu , Nabila sayang Ibu.. :) So sweet!

16 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sweetnye tgk gambar tu...
sabar la ina. insya-Allah, tiap apa yg ina impikan akan tercapai. yg penting jgn putus harap yer...

Rizziela said...

Pasti tiba jua waktu itu noina...Insyallah

zura_habibhaariz said...

ah,nabila dari sehari ke sehari makin improve..bgsnya anak ibu nie...

Ibu_Inas said...

Betul tu Ina, mmg selalu ada terlintas dan terdetik dihati untuk luangkan sepenuh masa dengan anak kita....means kita manjadi fulltime housewife and mother. Tapi, tuntutan kos hidup dan kos keperluan untuk anak kita ini menyebabkan mmg masih x mampu sebenarnya utk tidak bekerja....Kita sama2 sabar ye Ina, moga ada petunjuk nur yg terbaik untuk kita...demi anak kita....

ieda said...

hahaha..ina,tgk gambar tu nabila bukan cakap 'ibu..nabila sayang ibu..tapi dia cakap..'ibu..nabila lapar ni..tau dak??'

-iLLa- said...

ina cantik....bground blog...selesa nk baca....:):)
apa pun..insyallah segalanya akan dipermudahkan..

Yasmin Nabilah.. said...

kak fiza; hurm..ina pun tak sure kenapa Nabila pandang gitu. elok plak ada yang ambik gambar..hehe..harap2nya lah kan kak..teringin sgt.. Amin.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

ziela: insyaallah.. Amin.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

zura : ala zura..perubahan tak banyak sangat klu banding masa dulu..Tapi mmg jeles tgk zura..dok umah jaga Habib..seronok je..hehe

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Aida: huhu..kak klu la duit ni berkoyan2 dah lama dah berenti keje..hurm..bela anak sendiri..lagi baik kan.nak buat camner..somi kita bukan jutawan..haha!

Yasmin Nabilah.. said...

Kak ieda: hehe.. klu dia ckp cam gitu kak..sujud syukur ina tang situ gak..sebab Nabila ni bukan jenis pemakan orangnya..hehe..

Yasmin Nabilah.. said...

illa: background sebelum ni tersalah letak..hehe.. harapnya segala dipermudahkan kan.. Amin.. :)

zali azali said...

tu lah, kalau lah nabila kata macam tu..babah pun tumpang gembira..ni asyik asyik zul yg tenung, pastu cakap a lap u...huuhhuhu

Mamanurin said...

penuh dgn kasih sayang gambar tu..noina, insyallah, selagi ada usaha, allah pasti permudahkan utk ina dan family..

pandangan nabila tu, pandangan harapan..tak nak mama danang ayah dia putus harap pada dia sebab if mama dang papa dia putus harap, dia pun begitu juga..go nabila go nabila..arggg windunya kat MIA saya..

Yasmin Nabilah.. said...

Zali : haha..takde makne dah zul nak tenung2 muka aku..lap melap..takde makne dah..

Yasmin Nabilah.. said...

Mamanurin: Insyaallah.. :) hurm..betul jugak tu..harap agar terus usaha untuk dia..
Sabar yek Mamanurin..Mia rindu juga sama kamu..