Entry ini bukanlah untuk aku menceritakan perihal kursus yang sudah aku jalani selama 5 hari 4 malam di Pasir Salak. Tetapi lebih kepada Nabila... :) Suka benar bercerita tentang anak ini. Ada yang muntah hijau baca kisah Nabila..namun aku tak peduli. Blog ini sememangnya untuk dia. Aku menciptanya hanya untuk menyimpan segala kenangan aku dalam membesarkannya.
Kemana sahaja aku pergi..sudah pasti aku akan mencerita perihal Nabila pada rakan-rakan. Pada aku..tiada apa yang perlu di sorokkan tentang Nabila. Malah aku berbangga dapat bercerita tentang dirinya kepada rakan-rakan walaupun mereka baru saja ku kenali.
Bukan meminta simpati..cuma tidak mahu berbohong pada mereka. Aku andaikan, jika aku berbohong..satu hari pasti mereka akan tahu juga. Adalah lebih baik mereka mengetahui dari aku diamkan sahaja hal tentang Nabila.
Bagi aku..bercerita bukanlah membuka pekung di dada. Andai mereka yang mendengar tersalah tafsir..aku tidak ambil pusing. Aku biarkan sahaja. Buat apa kita takut. Anak itu darah daging kita.. :) Kita sepatutnya berbangga dengannya. Bukan semua ibu dapat merasai nikmat menjaga anak istimewa. Walaupun pada zahirnya nampak kami derita..pada hakikatnya anak inilah yang membawa tuah kepada kami. Rezeki yang melimpah ruah diberikan..buat aku cukup sayang pada Nabila. Sehinggakan ketika berkursus di Pasir Salak, ada yang bertanya.."TIDAK MAHU MENAMBAH LAGI KAH?"
Aku hanya tersenyum pabila diajukan soalan begitu. Bagi aku dan Abg, kami belum bersedia lagi. Aku tahu Nabila masih memerlukan aku. Dan aku perlu memberikan tumpuan lebih padanya lagi. Aku tidak mahu 'KUANTITI'. Aku mahukan ' KUALITI'.
Kerna itulah aku mengambil keputusan untuk memasang perancang selama 3 tahun. Segalanya demi Nabila dan juga kesihatanku. Aku juga turut 'trauma' dengan kejadian yang menimpa Nabila. Hancur luluh hatiku tatkala mengetahui Nabila tidak dapat 'diselamatkan'. Tidak menjangka perkara ini berlaku. Lama masa diambil untuk memulihkan diri. Aduh..sesungguhnya pengalaman itu sangat menakutkan..
Andai ada yang kurang senang dengan cerita tentang Nabila..aku tak kisah. Mungkin di luar sana ada yang tidak suka dengan kisah-kisah anak ini. Bagiku dialah pembakar semangatku. Dialah yang mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran dalam membesarkannya. Dia juga mengajar aku erti syukur dalam hidup ini.
Nabila..ibu sangat berterima kasih padamu. Tanpa Nabila di sisi Ibu, hidup Ibu pincang. Ibu sangat menyayangimu dan andai diberi pilihan, Ibu sanggup bertukar tempat denganmu. Ibu mahu Nabila hidup ceria seperti mana sewaktu ibu kecil-kecil dahulu. Maafkan Ibu sayang. Tidak dapat memberikan kebahagiaan kepadamu. Tidak dapat nenberikan kehidupan yang lebih baik seperti kawan-kawan sebayamu.
Aduhai hati..rindu benar pada tawamu ini..
p/s : Esok akan ke PD pulak..Kursus Induksi Khusus sehingga Jumaat ni..Adoiiii penatnyer...!
11 comments:
Biarlah apa orang nak kata. Yang penting kita tahu apa kata hati kita. :)
sampai ada yg muntah hijau ke ina? sungguh tak akak sangkakan...sukati kita la apa yg kita nak cerita,kan? blog kita.....buat nohe je kalau ada org gitu lagi....
salam,sungguh kagum saya pada pn.Ina.saya juga mempunyai sorg anak yg istimewa..skrg ni sdg menjalani speech therapy..saya ingin bertanya,ada sapa2 tahu ttg WQ Park?Klu ada,boleh share dgn saya.And klu boleh sapa2 yg ada contact no WQ park, sila bgtau saya. Terima Kasih.
salam noina,
biar jer, buat tak tau apa org nak ckp, lama2 penat diam lah dia.. mcm kes kak baya hihi
anyway, kak baya pun slalu gak orang tanya bile nak tanya, and mcm noina, kak baya pun trauma ... kak baya takut kalau ada baby lagi, baby pun ada tumor mcm Dzafri.. issh ya Allah .. tak tahu la mcm mana kak baya nak fikirkan.. takpelah, kita yang sendiri tahu kan baik buruknya sebab, in the end kita yg kena hadapi semua tu, bukan org luar... so whatever keputusan yang diambil is for our own good.. betul kan?
salam kak noina...
x kisah r org nk muntah darah sekali p0n..saya akan tetap setia membace kisah nabila...sesungguh nya kisah nabila membuatkan saya lebih tabah mendidik anak saya....x tahu ape yg akan jadi sekire nyer saya kat tempat kak noina...akak sesorang yg kuat semangat..terus kan ye...ramai lagi yg akan menyokong akak... =)
kakcikseroja: terima kasih kak.. :)
Kak Fiza: manalah tau kan kak..huhu..ada je yang meluat ngan kita..huhu
Anonymous : WQ park? Tak penah dengar pulak..nanti saya try google..kat mana tu yek? sori nak tanya..anak special sebab apa yek?
Kak Baya : betul kak..kita yang hadapi semuanya. Orang bukan tahu apa yang kita rasa. hanya pandai komen saja. Ina pun teringin nak bagi Nabila adik. tapi bila mengenangkan apa yang jadik kat dia buat ina takut sgt..huhu..
salihah: terima kasih..mulut org tak boleh nak tutup kan..akak pejam mata jelah nih..huhu..
Klu jadi kat tempat salihah..salihah pun akan jadi cam akak gak. Sanggup buat apa saja demi anak.. :)
salam sis...saya bersimpati dgn nabila...dia senasib dgn anak saya Farish.
Post a Comment