10 August 2011

Bila melihatnya, saya teringat kenangan itu...

Tadi Nabila ke HSB. Temujanji bersama Pediatrik. Hasil dari temujanji tersebut akan saya ceritakan kemudian..

Sewaktu kaki melangkah masuk ke ruang menunggu klinik Peadiatrik, saya terpandang seorang bayi bersama ibunya. Bayi yang saya fikir kecil lagi dalam lingkungan 3 bulan.

Lagak bayi itu persis Nabila sewaktu kecil. Ya, saya nampak kesan kepala bayi itu di vakum. Saya sangat kenal tandanya. Kerana Nabila punya tanda yang sama seperti anak itu. Saya takkan lupakan sampai bila-bila tanda lekuk di bahagian kepala Nabila akibat di vakum.. :(

~Ya, lekuk inilah yang membuatkan saya trauma. Tidak mahu lagi anak -anak saya di vakum.. :(~

Saya mahu saja bertegur sapa dengan ibu tersebut. Namun, malangnya dia hanya sebentar duduk di sebelah saya. Maka, saya hanya dapat memandangnya dari jauh saja.

Serius, wajah anak itu sebijik macam Nabila sewaktu kecil. Dengan pipi labuhnya, leher tak kuat, dan nampak diam di sisi ibunya. Abang terdengar perbualan si ibu itu dengan orang di sebelahnya. Kata Abang, si ibu itu melalui fasa yang sama seperti saya. Vaccum Failed and emergency c-sear.

Masya-Allah, saya tak sangka masih ada lagi kes sama seperti saya. Dan pastinya hospital yang sama juga. Serasa saya, pasti si ibu membawa anak untuk check up perkembangannya. Saya masih ingat dulu, sewaktu membawa Nabila untukl pertama kali check-up nya. Hati saya tenang. Kerana saya yakin anak saya ok. Begitu juga saya lihat wajah ibu itu. Nampak tenang. Tapi saya tak pasti adakah dia setenang saya? Rasanya dia juga risau melihat keadaan anaknya... :(

Doa saya buat ibu itu, agar anaknya tidak seperti Nabila. Andai disahkan CP sekalipun, biarlah keadaannya lebih baik dari Nabila..Tak sanggup rasanya ada insan lain yang melalui nasib yang sama seperti saya.. :(

Ok..stop kisah anak itu..berbalik pada perihal Nabila dengan doktor peadiatriknya...

Saya menunjukkan video yang saya ambil bulan Februari lepas kepada doktor. Dan menurut doktor, Nabila di serang sawan. Dan doktor telah memberi pilihan kepada saya untuk sama ada start ubat sawan atau tidak. Saya menolak untuk memberi ubat kerana saya fikir Nabila tidaklah seteruk yang disangkakan. Doktor juga sependapat dengan saya, Dia juga memberi pilihan pada kami untuk melakukan EEG test sekali lagi atau tidak. Saya bersetuju, namun akhirnya doktor memberitahu bahawa, EEG test tidak perlu dilakukan dulu, dan tugas saya, saya perlu memerhati siri sawan Nabila dalam tempoh 4 bulan. Andai terjadi lagi dalam masa tempoh 4 bulan ini, kemungkinan Nabila akan di berikan ubat dan melakukan EEG test sekali lagi. Yelah..last EEG pun buat pada tahun 2009. Lama bukan. Report pun tak jelas....huhu..

Tentang report mata, saya agak sedih bila mana doktor menulis dan menyatakan Nabila kemungkin tidak nampak. Aduh..kenapa dia tulis begitu...? Bila doktor peads baca tadi, muka saya berubah. Saya rasa nak sangkal saja apa yang dikatakan oleh doktor. Namun, bila difikirkan semula, saya tak patut nak melenting. Kerana ada benarnya kata Ophtalmologist itu. Rasa mahu je cakap, Nabila dah boleh nampak sikit-sikit. Kalau tak, macamana dia boleh pandang bila saya bercakap dengannya? Matanya tepat memandang saya!!

Apapun, hari ini banyak perkara yang saya lalui. Lebih-lebih lagi bersama si kecil ini. Rasanya tiada air mata untuk hari ini. Adakah hati saya sudah keras? Atau telinga ini sudah bisa mendengar apa jua yang diucap oleh doktor...? Mungkin ya.....

6 comments:

::Mama Annaufal♥Aunie:: said...

MAMA DOAKAN NABILA SHT2 SELALU..CUKUPLAH DGN APA YG NABILA TEMPUH YA ALLAH..JGN LG DIUJINYA DGN SEBARANG KESAKITAN...MAMA SYG NABILA...
BUAT IBU..MOGA IBU SENTIASA CEKAL...

Kerikil Kehidupan said...

semoga ina dan nabila akan terus diberi kekuatan.....

Bicara hati ibu aisya said...

ina, dapat ayu rasakan 'kesakitan' itu.walau apapun telahan dan andaian yang dibuat doktor, ayu tahu ina kuat melaluinya.Begitu juga nabila.Kita usaha selagi daya utk mereka k?hug ina ;)

Bicara hati ibu aisya said...

ina, dapat ayu rasakan 'kesakitan' itu.walau apapun telahan dan andaian yang dibuat doktor, ayu tahu ina kuat melaluinya.Begitu juga nabila.Kita usaha selagi daya utk mereka k?hug ina ;)

Tika said...

Hmm.. HSB ya.. cam dah banyak dgr kisah tak sepatutnya di sana.. huhu. Kawan opis saya pun mengalami pengalaman teruk di sana, nasib anaknya tak lemas dan sihat walafiat walau ketuban yg dah pecah 3 hari dibiarkan.. aduhai.. Kesian kalian, kesian juga ibu yg ina cerita itu...

Dulu nabila tak pernah cek mata ke ina? Kalau dari pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang rawatan mata aimy di HKL.. nasihat saya, pergilah HKL..di HKL sebenarnya tempat pakar mata kanak².. kalau mata anak kita ni macam lari sedikit fokusnya.. juling sket ke apa.. dia memang rabun/tak berapa nampak. Dia rabun/tak berapa nampak tu yg buat mata dia juling dan lari fokus... Kena cepat bertindak agar mata anak tak makin teruk. Jadi, sabarlah ya.. take it positively ina.. bawa cepat jumpa pakar opthamalogy kanak².

Apa pun, saya doakan moga segala yang dialami Nabila dapat dipulihkan dan moga dipermudahkan Allah segala urusan kalian...amin

mairah mairah said...

Allah..bermula dr mencari exersaucer d google.& tjumpa blog akak.baca sampai entry yg lama2.. nabila, beautiful baby..moga akak trus tabah..nangis baca entry2 akak..moga d pmudahkan semua urusan.. aamin..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...