05 August 2011

Kejutan buat mak..

Ala..sebenarnya bukan kejutan apa pun. Sebenarnya, mak yang terkejut tengok Nabila semalam...

Lama mak tak jaga Nabila. Yelah, sekarang ni saya hanya menghantar Nabila ke rumah mak pada hari Khamis saja. Selebihnya, Nabila akan berada di sekolah dan di rumah Rawang.. :)

Bila semalam kaki melangkah saja ke rumah mak, dia terkejut melihat Nabila. Muka habis digigit nyamuk. Semuanya berlaku di sekolah sampaikan cikgu Nabila pun minta maaf sebab nyamuk banyak gigit Nabila di sekolah. Hurm..nak buat camner..Nabila ni memang digemari oleh nyamuk. Dulu kat Tasputra pun begitu gak. Balik sekolah je mesti ada satu dua gigitan hinggap kat badan dan muka. Dan sudahnya, bila tersentuh sikit sibuk merengek suruh saya tolong garukan. Siap buat muka sedap kena garu pulak tuh..hahaha! Comel!!

Tengahari, Nabila nampak diam di rumah neneknya. Petang, tetiba pulak emosi. Mencebik dan menangis. Macam merajuk pun ada. Nampak takut pun ada kat rumah neneknya. Semalam hujan petir guruh berdentum kuat. Sibuk nak ajak adik lelaki saya duduk kat luar rumah. Mak saya dah naik geram dengan Nabila. Entah kenapa banyak pe'el pulak semalam. Ke dah lama tak pegi rumah nenek terus lupa nenek tuh..Adoiiii!!!

Mak saya nampak perubahan Nabila. Nampak makin bijak dan pandai respon apa yang kami katakan padanya. Kalau nak mengumpat kata Nabila itu ini, usah haraplah. Sure dia jeling pandang kami. Pastu buat nada geram..hahaa!!!

Jiran saya pun mengakui, nampak Nabila makin cerdik. Hurm..saya memang akui semua pendapat mereka. Memang benar, sejak sekolah ni, Nabila nampak perubahannya. Teacher Nabila ada bagitau haritu, dia diam bila buat aktiviti. Jaranglah menangis sekarang ni. Tak macam dulu. :) Agaknya dah besar dan mulai memahami mengapa perlu ke sekolah kut.

Harapnya ada lagi perubahan positif lagi.. InsyaAllah..Amin.. :)

p/s : Agak sibuk 2-3 hari ini. Stok pakaian kanak-kanak melambak dalam bilik dan sibuk untuk proses mengambil gambar. Singgah le ke fb saya dan like ke page ini . Banyak baju comel-comel untuk anak-anak. Saya bleh bagi diskaun best punya sempena raya ni. Jemput ye... :)

4 comments:

Tika said...

Ina.. memang saya tak kenal lagi kalian, terutama nabila.. Tapi memang beza yg ina cakap tu saya pun nampak dari 1st time jumpa dia.. sampai baru² ni. Kalau saya datang nak amik Aimy.. dia dah pandai 'ala' menegur/menjawab teguran saya.. hehe. Siap senyum tu yg tak tahan...so sweet :). PAstu menggeliat nak keluar dari stroller nak suruh ambil dia gak agaknya haha.. Pandai dia.. Dulu lain, dia diam jer.. cam termenung jer..hehe. Tapi betul kata awak, nabila nampak makin kecik laks..

Tika said...

eh lupa nak cakap.. Aimy pun berdas bintat dikaki dek nyamuk.. cuma aimy ni kulit tak putih cam nabila tak nampak ngat hehehe.. Ingatkan kena gigit semut. Mlm tadi pun penyet sekor nyamuk dah kenyang kat kaki aimy saya tepuk.. hehe

Anonymous said...

knape xdpakaikan 'gelang' yang boleh mnjauhkn nyamuk tue..bahaya nnti klo slalu sngat dgigit nyamuk...

Jenama Pureen pun ada krim yg boleh mnjauhkan nyamuk...

Azma said...

suka baca citer nabila skang.. Alhamdulillah..syukurlah.. Ina pun nampak makin aktif skrg..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...