08 November 2012

Nabila @ Wanita Hari Ini TV3

Semalam, wajah Nabila di Wanita Hari Ini. Tajuk Bayi Lemas Dalam Kandungan...

Macamana boleh keluar TV lak neh?!

Sebenarnya, saya dikhabarkan oleh rakan-rakan yang pengacara WHI Hasfizza mencari maklumat mengenai pengalaman ibu yang mempunyai anak lemas dalam kandungan. Teringatkan kisah Nabila, maka saya cuba e-mel pada Hasfizza untuk bercerita mengenai pengalaman saya. Niat hanya mahu memberikan info padanya saja. Tak terlintas langsung untuk masuk tv atau sebagainya. Dan saya selitkan nama blog ini untuk memudahkan beliau mencari maklumat dan pengalaman saya mengenai anak lemas.

Namun, tak sampai 2 minit selesai saya e-mel padanya, telefon saya berbunyi. Private number? Dalam hati meneka-neka lah sapa yang call. Rupanya Hasfizza si pengacara..

Dia bertanya saya tinggal di mana dan kemudian mahu menemubual saya. Katanya mahu mengambil gambar saya dan Nabila sekali. Saya agak terkejut pada awalnya. Namun, bila memikirkan untuk berkongsi pengalaman saya bersama orang lain, tak salah untuk saya menerima pelawaannya. Lantas, saya bersetuju. Cumanya, saya beritahu yang saya masih dalam pantang, dan jika mahu wawancara, hanya di rumah sajalah...

Dan Jumaat 2 November, dia call saya lagi. Kebetulan saya sedang sibuk berada di klinik membawa Naufal untuk pemeriksaan jaundis. Perbualan ringkas dan katanya mahu datang ke rumah pada hari Isnin untuk sesi temubual.

Sebenarnya tiada sebarang persiapan dilakukan. Hatta tiada ayat atau skrip yang saya rangka untuk bercerita. Kerana setiap apa yang berlaku masih kuat utuh dalam ingatan saya. Bagai putaran wayang kembali tatkala saya menutur ayat-ayat penceritaan tentang kisah Nabila. Sayu, sedih, geram usah cerita. Banyak pahit dari manisnya...

Namun, bila melihatkan Hasfizza, dia sepertinya mengerti perasaan saya ketika itu. Tampak dirinya sayu memandang Nabila. Mungkin juga mengerti perasaan saya ketika itu...

Apapun, bukan glamor yang saya kejar. Hanya sedikit kisah saya untuk tatapan semua. Sebagai peringatan dan pengajaran pada mereka yang melahirkan anak-anak nanti. Sungguh hati saya sayu melihatkan nasib Nabila akan datang. Tak tahu apa yang akan terjadi kepada Nabila kelak. Kalau boleh kisah saya dijadikan iktibar pada semua. Teringat sewaktu melahirkan Naufal, saya menceritakan juga kisah saya kepada mereka yang sedang menunggu saat kelahiran anak mereka. Ya, pada mereka amat mengerikan, namun mereka harus tahu kesan-kesan anak lemas dalam kandungan. Agar nasib anak mereka tidak seperti Nabila...


Sedikit video untuk tatapan semua. Sori rakaman tak berapa jelas. Susah nau nak rekod..hehe..

p/s : Nama Abang silap la pulak..huhu...

7 comments:

rahayu said...

Bella kamok2 ya.....kita hanya merancangkan ina ..teringat jugak kisah akak...betul trauma ketika bersalin dn peristiwa yang kita hadapi susah utk dilupakan

Puteri Satu said...

laa... camana akak leh tak tengok.. tak sedar menitik airmata akak tengok..... semoga naufal dapat menjaga kakak nabila nanti ye...

zali azali said...

sedey...perjuangan yg masih panjang...tp tuhan bg pinjam aiman 4thn,4thn jer dpt berjuang untuk aiman...melihat nabila seperti melihat aiman...semoga nabila sentiasa sihat...mama ida sayang nabila

ruzie said...

akak dah tengok dah kat tonton.com....x sangka pulak.....itu pun ada org bgtau sebab akak share kisah nabila kat group kitorang kat fb....ina join la group kitorang...kasih suci insaniah...boleh la share pengalaman....kat situ kitorg share anak2 yg sakit yg perlukan bantuan....

ct-sue said...

Assalam Ina....sedih rasanya bila tengok ulangan video Cik Bella ni. Mudah-mudahan Cik Bella akan terus sihat.....

Bicara hati ibu aisya said...

;( sebaknya rasa.Kamu mmg seorang ibu yang kuat dan tabah ina!

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhanku....Sebak Rasa Didada....

Semoga Kak Ina n Family trus Tabah membesarkn Nabila....

Dan Semoga Nabila Juga Menunjukkan Perkembangan Yang Positif Dengan Kelahiran Naufal...Amin

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...