05 April 2013

Naufal kurang sihat.. :(

Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas, Naufal diserang demam, selsema dan batuk untuk pertama kalinya. Memang pakej lengkap. Pagi selasa saya perasan Naufal sudah bersin-bersin. Hati mula tak sedap. Kebetulan pula saya berada di rumah mak. Sudahnya saya menelefon Abang katakan Naufal dah mula start demam.

Jam 4 pagi hari Rabu, saya perasan badan Naufal mula panas semula. Lantas saya bukakan semua baju dan seluar. Hanya memakai pampers saja. Dan kepala, saya letakkan kain basah. Teringat kenangan sewaktu Nabila diserang demam panas suatu ketika dulu. Sangat menakutkan kerana berlaku bila Abang tiada di sisi saya.

Hidung Naufal juga tersumbat. Susah benar untuknya bernafas. Saya marahkan diri sendiri kerana tak dapat berbuat apa bagi mengurangkan rasa ketidakselesaan itu. Ada sahabat menyuruh saya menyedut selsema itu sendiri. Entah kenapa hati saya ragu-ragu. Dan esoknya bila saya cuba google maklumat, rupanya kita tak digalakkan menyedut selsema anak dengan mulut kerana dikhuatiri kuman dalam mulut kita masuk ke ruang pernafasan anak. Hurm..seb baik tak buat.. Gunakan alatan yang sesuai ok!!

Berjumpa Dr. Aniza petang Rabu sedikit melegakan hati saya. Mujur kahak tak masuk dalam paru-paru. Dan paling tak sangka, doktor sendiri terkejut melihat Naufal sudah besar panjang. Dan tak menyangka Naufal sudah berusia 6 bulan. Dulu, doktor Aniza lah yang mengesahkan kehadiran Naufal dalam rahim ibu, dan dia juga menyatakan Naufal sudah tiada lagi di bumi Allah ini. Namun, jodoh anak ini untuk bersama saya masih ada. Alhamdulillah, Naufal dalam dakapan saya sekarang.. :)

Moga kesihatan anak ini terus pulih. Banyak perkara yang membantutkan usaha untuk saya bersama Nabila dek kerana selsema demam ini. Lekas-lekas sembuh nak...!!

Tetap senyum walaupun kurang sihat.. Anak yang kuat semangat!!

No comments:

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...