17 April 2013

Happy BornDay kakak Nabila..Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Nabila sudah berusia 5 tahun. Kisah lama? Tak perlulah di ulang kembali. Sedih. Bukan hari lahirnya saja saya terkenang,malah rasanya setiap kali apa yang berkaitan tentang kelahiran Nabila, pasti saya sedih.

Kakak,andai kakak dapat membaca coretan ibu atau adik Naufal tolong bacakan untuk kakak,ketahuilah setiap hari kakak dalam doa ibu. Mahu kakak sentiasa dengan ibu. Sekelumit detik pun ibu tak boleh hilang dari berfikir tentangmu. Segala-gala yang ada pada ibu semuanya berkaitan denganmu..

Kakak, ibu tidak lagi mengharapkan keajaiban. Ibu hanya mahukan anak ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang faham dengan keadaan dirinya. Tiada istilah sempurna,kerana ibu juga tidak sempurna sayang. Walaupun Allah kurniakan ibu anggota tubuh yang sihat. Ibu sentiasa berdoa agar Allah sentiasa berikan ibu kesihatan yang baik supaya ibu mampu untuk menjaga kakak sampai ibu pejam mata nanti.

Sebenarnya,jauh sudut hati ibu,ibu tak mahu pergi dahulu dari kakak. Biarlah kakak yang pergi dahulu. Kejamkah ibu berfikiran begitu? Tidak sayang. Ibu tak sanggup meninggalkan dirimu atas jagaan orang lain. Namun,bila ibu bayangkan andai ibu meratap pemergianmu, arghhhhh ibu tak sanggup!!!! Cukuplah kakak tinggal di rumah nenek dan tidur tanpa ibu. Cukup menyeksakan batin ibu. Menitis pilu air mata. Kalau ayah ada di sebelah ibu,selalu ibu tanya, "apa kakak buat skrg ni ek ayah? Kakak dah tidurkah? Dah minum susukah?" Sampai bosan ayah melihat ibu mencium bantalmu. Mencium bajumu. Aduhai anak. Perpisahan sebentar buat ibu gila meroyan!!!

Kakak, 5 tahun sudah berlalu. Sakit pening kakak ibu sudah lali untuk lalui semuanya. Malah orang kata sudah expert!!!

Doa dan harapan ibu sandarkan buat mu sayang. Moga dikau terus maju dan sihat sentiasa hendaknya. AMIN..

SELAMAT HARI LAHIR KE 5 SAYANG..PELUK CIUM IBU BUAT KAKAK NABILA TERSAYANG..

16 April 2013

Kini saya boleh menerima semuanya...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menulis disini..Ya, saya berhutang satu entry dengan kalian kan.. Tentang rawatan terbaru Nabila..

Alhamdulillah, sudah 13 kali kami ke Klang. Badan Nabila juga mulai lembut. Malah lebih mudah untuk saya melakukan streching. Terutama pada kaki kanannya yang semakin ketat..

Ok, pada mereka yang ingin mencuba rawatan ini bolehlah berhubung dengan Kak Ija.. dan boleh lihat sendiri melalui facebooknya.. Pusat Stimulatherapy Klang

Saya tak nak cerita panjang pada rawatan tersebut kerana setiap orang mempunyai cara dan kaedah pemulihan yang berlainan. Jadi, pada yang ingin mencuba boleh berhubung terus dengan kak Ija..

........................................
..................................
.......................
............
....
.

Cerita selanjutnya mengenai puteri saya. Lama benar tak bercerita tentang anak ini. Gambarnya juga sudah jarang dipaparkan...

photoshoot bersama ibu.. Adik tak abes-abes jilat tangan kakak..hihi...

Alhamdulillah, Nabila baik-baik saja. Walaupun beberapa minggu ini kurang sihat, lebih-lebih lagi serangan sawan yang sering berkunjung tiba membuatkan hati saya serba tak kena melihatkan kesihatannya yang tak menentu. Badan sedikit susut kerana kurang selera makan. Namun, saya cuba memaksanya sedikit agar perutnya tidak kosong dimasuki angin. 

Sejak 2-3 hari lepas, Nabila dilanda kemurungan yang amat sangat. Menangis usah dikira. Jika ditadah mau sebaldi air matanya.  Entah apa yang tak kena di hatinya. Puas saya memujuk. Mengharapkan dia mengerti pujukan saya itu. Namun sia-sia. Berhari-hari saya dan Abang bergelumang dengan perasaannya. Dan akhirnya saya kalah. 

Bila difikir, saya hampir lupa sebenarnya. Anak ini akan menyambut hari lahirnya tak lama saja. Esok merupakan hari lahirnya yang ke-5. Patutlah kamu meragam nak.. teringat kisah lama yek...

Ada yang bertanya pada saya tentang keadaan Nabila. Kini saya sedar, saya tidak lagi boleh terlalu mengharap atau cuba memaksa melakukan apa saja untuk Nabila. 5 tahun berlalu. Impian saya untuk melihat Nabila berjalan tak pernah padam. Malah termimpi-mimpi di malam hari. Saya tetap berdoa agar saya terus diberi kesihatan yang baik dan mampu untuk menjaga Nabila. Malah pada Naufal juga saya cuba serapkan perkataan SAYANG kepada kakaknya. Andai Naufal dapat membaca coretan ibu, ketahuilah sayang ibu sangat menyayangi dirimu dan kakakmu. Akan ibu lakukan apa saja untuk kebahagiaan kamu berdua..

Menginjak ke usia 5 tahun, pelbagai dugaan dan cabaran saya lalui. Sihat, sakit, ketawa, menangis semuanya bersilih ganti daiam hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah, saya kini boleh menerima semuanya. Tentang keadaan Nabila, tentang masa depannya..tentang penerimaan orang padanya. Sungguh, saya tak percaya saya boleh harungi semuanya. Saya rasakan ianya sangat berliku. Mungkin ada di luar sana yang melalui pengalaman lebih hebat lagi..tapi pada diri saya..inilah satu perkara yang sangat besar berlaku dalam hidup saya selama 30 tahun ini..

syurga kami...

Buat kakak, tiada apa yang lebih membahagiakan ibu selain melihat dirimu ketawa riang. Biarlah dirimu tak mampu untuk berdiri seperti orang lain..asalkan kamu tetap disamping ibu selama mungkin. Ibu takut sekali membayangkan andai ibu akan kehilanganmu..Moga kita terus kekal bahagia dan dirimu sentiasa dilindungi Allah S.W.T . Insyaallah..

05 April 2013

Naufal kurang sihat.. :(

Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas, Naufal diserang demam, selsema dan batuk untuk pertama kalinya. Memang pakej lengkap. Pagi selasa saya perasan Naufal sudah bersin-bersin. Hati mula tak sedap. Kebetulan pula saya berada di rumah mak. Sudahnya saya menelefon Abang katakan Naufal dah mula start demam.

Jam 4 pagi hari Rabu, saya perasan badan Naufal mula panas semula. Lantas saya bukakan semua baju dan seluar. Hanya memakai pampers saja. Dan kepala, saya letakkan kain basah. Teringat kenangan sewaktu Nabila diserang demam panas suatu ketika dulu. Sangat menakutkan kerana berlaku bila Abang tiada di sisi saya.

Hidung Naufal juga tersumbat. Susah benar untuknya bernafas. Saya marahkan diri sendiri kerana tak dapat berbuat apa bagi mengurangkan rasa ketidakselesaan itu. Ada sahabat menyuruh saya menyedut selsema itu sendiri. Entah kenapa hati saya ragu-ragu. Dan esoknya bila saya cuba google maklumat, rupanya kita tak digalakkan menyedut selsema anak dengan mulut kerana dikhuatiri kuman dalam mulut kita masuk ke ruang pernafasan anak. Hurm..seb baik tak buat.. Gunakan alatan yang sesuai ok!!

Berjumpa Dr. Aniza petang Rabu sedikit melegakan hati saya. Mujur kahak tak masuk dalam paru-paru. Dan paling tak sangka, doktor sendiri terkejut melihat Naufal sudah besar panjang. Dan tak menyangka Naufal sudah berusia 6 bulan. Dulu, doktor Aniza lah yang mengesahkan kehadiran Naufal dalam rahim ibu, dan dia juga menyatakan Naufal sudah tiada lagi di bumi Allah ini. Namun, jodoh anak ini untuk bersama saya masih ada. Alhamdulillah, Naufal dalam dakapan saya sekarang.. :)

Moga kesihatan anak ini terus pulih. Banyak perkara yang membantutkan usaha untuk saya bersama Nabila dek kerana selsema demam ini. Lekas-lekas sembuh nak...!!

Tetap senyum walaupun kurang sihat.. Anak yang kuat semangat!!

03 April 2013

Naufal dan Playgroup @ Genius Baby On Board (GBOB)

Assalamualaikum.. Saya berhutang satu entry berkaitan kakak Nabila . Tentang rawatan terbaru. Hurm..nanti saya cerita sebab sepanjang rawatan saya tak berkesempatan mengambil sekeping gambar pun sepanjang sesi rawatan tersebut. Bukan tak boleh ambil, saya je yang tak dapat nak capai telefon ambil gambar. Sebabnya...

Ada budak kepala bolat ni asik pegang tab ibu. Pantang pegang, mesti dia sibuk suruh bukak lagu twinkle twinkle dia...

Makanya, gambar kakak pun takde...huhu...

Ok, Ahad lepas saya membawa Naufal menghadiri kelas playgroup pertamanya di Genius Baby On Board (GBOB) Puchong. Sudah lama sebenarnya saya ingin daftarkan Naufal di situ, namun kata Teacher Watie, kelas untuk stage 1 (0-6m) takde orang. So, nak tak nak kenalah ibu tunggu Naufal sehingga berusia 6 bulan untuk naik ke kelas stage 2 (6-12m)

Alhamdulillah, Ahad tu, kelas trial untuknya. Pada awalnya baik-baik saja, tapi bila dah lama mulalah nak susu. Hurm..dah try bagi sebelum kelas bermula tadi, tapi dia yang tak mau minum. Haishhh Naufal nih..Teacher Watie dah pesan, lepas ni minum sebelum class start yek..

Mana dak bobot ni.. Nampak tak budak pakai seluar baju biru tak pakai uniform tu..Tulah dak bobot saya..Nopallllll!!! Discussion time ngan parents.. :)

stimulation time!! pegang batang jagung!! Nak kenal mana soft thing, hard thing...

Ni pegang bulu-bulu plak..Teacher Watie kata rajin-rajinkan bagi anak main bulu-buluan ni..eh..kakak pun slalu main dulu... :) Takpe..kat rumah dah bersepah banyak barang-barang untuk stimulasi..tinggal nak perkenalkan pada Naufal je.. :)

Ni dok main pusing-pusing parachute ni.. Disebabkan Naufal dan sorang lagi baby tak leh duduk, so biar di baringkan saja.. Ibuk-ibuk pusingkan parachute ni..hihi.. Dan bila Parachute ni dok serkup muka mereka..adalah 2-3 baby yang nangis. Yang boleh jalan dah lari keluar dari bawah kain parachute ni. Salah sorang yang nangis tu si dak Naufal lah.. Disebabkan tak boleh lari, meraung gajah la dia..hahahahaa!!!

Bubble time..suka plak dia tgk bubble tu melayang-layang ke udara. Tak terfikir plak aktiviti ni dah boeh di main untuk anak-anak...huhu..
 
 Nampak tak Naufal? Muka excited nak pegang belon yang di tiup oleh Teacher Watie.. Dan paling tak sangka, dia pegang belon sabun tu..hihi.. Comellll !!!

Happy class dah abes.. Next week kita bawak kakak Bella ek.. :)

Apapun, saya berpuas hati dengan aktiviti yang dilakukan. Adakalanya tak terfikir dek akal apa yang perlu saya buat bersama Naufal. Dan Teacher Watie ajar beberapa perkara untuk memperkuatkan lagi tubuh anggotanya. Sangat bagus ok!! Ilmu yang ada masa buat terapi Nabila rupanya boleh juga di apply kan pada Naufal. Sangat berbaloi saya dan Naufal join kelas playgroup nya setiap minggu.

So pada mummies di luar sana yang masih tercari-cari playgroup untuk baby, rasanya GBOB paling sesuai. Sangat santai dan menghiburkan.. :) Thanks Teacher Watie...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...