25 December 2013

Bila sawan menjengah Nabila...

Assalamualaikum..

Malam ni sudah malam kedua Nabila di Institut Pediatrik HKL. Serangan sawan di alami Isnin lepas membuatkan dirinya terpaksa 'check-in' di sana.

Hujung minggu sebelum kejadian, kami sekeluarga pulang ke kampung. Perjalanan bermula sedari Jumaat lepas. Pulang ke Rawang menjemput abang dan kemudiannya terus ke Ipoh. Atas tujuan keesokan harinya menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu saya di Sg. Petani.

Dan keadaan Nabila sememangnya sihat. Tiada demam. Tiada selsema. Dan tiada penyakit lain yang datang menjengah.

Sabtu selesai majlis perkahwinan sepupu, kami pulang lewat. Sampai di Ipoh sahaja sudah pukul 11 malam. Nabila sudah tidur waktu itu dalam kereta. Kiranya sudah 2 malam Nabila tidur di dalam kereta yang serba tak selesa.

Ahad : Kami hanya lepak sahaja di rumah. Makan minum semuanya baik. malah, Nabila sempat lelap seminit dua di waktu petang. Dan malamnya kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Keadaan jalan agak sesak malam ahad itu membuatkan kami agak letih sebenarnya. Sampai sahaja di Gombak pun sudah jam 12 malam. Nabila tidur dengan nyenyaknya. Tiada gangguan.

Pagi Isnin : Sempat Nabila bangun jam 5 pagi dan minta susu. Saya bancuh dan menyuruh ayahnya beri pada Nabila. Sempat dia main di atas katil sebelum terlelap dalam dakapan ayahnya.

Jam 7, saya tersedar dan terus bangun. Sudah terlewat sebenarnya. Saya sibuk di dapur menyiapkan sarapan serta bekal makan tengahari dua beradik ni. Saya tak sempat melihat dalam bilik apa yang Nabila buat ketika itu. Dan pabila saya masuk, untuk menggosok baju, saya lihat Nabila sudah bangun. Terkebil-kebil sendirian di atas katil. Sempat saya mencium pipinya...

5 minit berselang. Saya masuk semula ke bilik setelah selesai menggosok baju. Dan terkejut melihat Nabila sedang menggeletar dan mulutnya penuh air liur berbuih. Melompat saya ke katil mendapatkan Nabila dan terus mengejutkan ayahnya yang sedang tidur di tepi katil. Ayah Nabila berlari ke kereta untuk dapatkan diazepam (beg dalam kereta lagi sebab malam tu tak larat nak angkut semua beg naik ke atas rumah mak).

Diazepam di masukkan dan saya menunggu respon untuk sawannya berhenti. Namun, tiada tanda-tanda untuk berhenti. Kami mengambil keputusan untuk membawa Nabila ke hospital. Saya memandang jam ketika itu. Saya tak fikir untuk ke hospital menaiki kereta. Jalan Gombak-Jalan Setapak-Jalan Pahang sudah tentu sesak ketika ini. Terus Abang mencapai telefon dan menghubungi kecemasan 999.

Hampir 45 minit sejak serangan sawan bermula, barulah ambulans sampai. Saya sampai terpaksa meletakkan sudu di mulut Nabila kerana dia dah mula menggigit lidah dan dinding pipinya. Sungguh saya takut ketika itu. Saya menangis sambil meriba Nabila. Naufal yang berada di sebelah saya ketika itu terkebil-kebil. Saya terus menghantar Naufal ke rumah babysitter . Sian adik. Tak sempat menyusu pagi itu dengan ibu.. :(

Bila ambulans sampai, nurse terus set kan line untuk Nabila jika dia masih diserang sawan ketika itu. Sempat Nabila diserang sawan lagi di dalam ambulans sebelum tiba di HKL. Keadaan Nabila di emergency room ketika itu tak sedarkan diri. Sesekali dia mengeliat dan resah. Mungkin tak selesa barangkali.

Nabila di tempatkan di wad KK6. Sehingga petang, barulah Nabila sedar dari lenanya..

 Masih mamai ketika ini.. Sian kakak...

Sehingga kini (entri ditaip) Nabila sudah berada dalam keadaan baik walaupun saya perasan ada beberapa benda yang kini mengganggu perkembangan dia. Contoh ketara droolingnya kembali. Memang Nabila ada drooling sikit, tapi takdelah macam kena lepasa sawan ni, meleleh je keje air liurnya.. Aduh..

Muka mengantuk dek penangan ubat sawan dan ubat demam...

Harapnya Nabila dah boleh keluar esok. Nak tunggu doktor neuro je datang check je pun. Saya dan suami pun dah takde cuti ni. Kalau admit lama-lama pun buat letih badan je sebab Nabila dan pulih sebenarnya..

Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Nabila, sampaikan mesej dan kata-kata semangat. Terima kasih semua!! Moga sawan Nabila tak kembali lagi...

12 December 2013

Surat Untuk Anak

Assalamualaikum..

Ahad lepas, saya bersama group Super Angels ke Majlis Pelancaran Buku ' Surat Untuk Anak' hasil penulisan sahabat senasib kami iaitu Abang Ronasina Fandi dan Kak Raja Rohaisham.

Saya sebenarnya sudah lama mengenali pasangan ini. Saya kenal mereka melalui penulisan blog mereka AKU OKU sejak 5 tahun lalu. Itupun saya sedang mencari maklumat mengenai Cerebral Palsy dan akhirnya saya bertemu dengan blog ini.

Agak lama saya mengikuti  penulisan kak Sham dan Abang Fendi ini. Kerna kagum melihat ketabahan mereka dalam membesarkan anak-anak istimewa mereka. Bukan SATU tetapi DUA anak istimewa yang saya rasa tak dapat membayangkan keadaan mereka berhadapan dengan situasi kedua anak mereka ahli syurga.

Saya belum berkesampatan untuk berjumpa kedua insan hebat ini sehinggalah Arwah Annisa meninggal dunia. Dan paling sebak, bilamana mata kak Sham melihat Nabila, katanya Arwah Annisa persis Nabila. Ya, saya takkan lupakan saat kak Sham melepaskan rindu terhadap arwah kepada Nabila..

Dan sesudah itu, kami sering bertemu pabila kak Sham menjemput saya untuk melakukan sesi akupuntur Nabila bersama gadis Korea, Woo Young yang dikenali di Hospital Erkang China. Saban hari saya berkunjung ke rumah Kak Sham untuk sesi rawatan tersebut. Dan ketika itu saya sedang sarat mengandungkan Naufal 8 bulan..

Dan sehinggalah hari ini, kami sentiasa berhubung demi anak-anak kami. Terima kasih kak Sham kerana menjemput Ina dan keluarga menghadiri majlis istimewa ini. Dan kenangan paling indah bilamana saya dapat berbual sendiri dengan YB Nurul Izzah Anwar Ibrahim. Lembut tutur katanya membuatkan saya kagum melihatnya. Lebih-lebih lagi dia sangat jelita.. :)

Moga dengan buku ini, dapat membuka banyak mata tentang kehidupan kami dalam membesarkan anak istimewa. Andai diberi ruang dan peluang, mahu juga menulis mengenai kisah Nabila. Namun, mungkin coretan saya tidak sehebat insan-insan ini..

Pada yang berminat mungkin boleh menempah buku ini bolehlah lihat gambar bawah ni ye..

Cara Pesanan : Harga RM 35 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 40 bagi Sabah / Sarawak (termasuk postage)
Buat pembayaran ke akaun Maybank : 162021363678 Raja Rohaisham
Email bukti pembayaran : Nama , Alamat dan No.telefon ke kutubkhanah112@gmail.com

Buku ni memang best.. tah berapa kali saya baca menitik air mata..huhu..

Layankan saja gambar-gambar sepanjang majlis ini...

Saya dan kak Hass (Admin Super Angels yang lain belum sampai lagi)

 Booth Super Angels untuk kutipan derma bagi persatuan kami..

 Booth jualan Buku Surat Untuk Anak

  YB Nurul Izzah sedang menulis di buku tetamu

 Model @ teman kak Annur depan tetamu yang hadir. Kakak Nabila tumpang glemer kakak Annur jap.. hihi..

 Antara hadirin yang hadir di majlis tersebut

 Jangan tak caya beliau merupakan penyajak yang hebat. Ramai yang menitiskan air mata bila sajaknya dibaca. Kakak Nabila dan Kakak Annur jadi props..hihi..

 Ibu dan Kakak Nabila posing jap..hehe..

 Sepatah dua kata dari Abang Fendi yang saya fikir ucapannya sangat menyentuh jiwa...

Tetamu makin ramai..

 Ibu Ayah Kakak dan Adik bersama.. Moga kita sentiasa kuat dalam menjaga kakak ye..

 YB Nurul Izzah. Sangat cantik!! Saya suka caranya yang sangat humble.. Berjiwa Rakyat!

 Berbual seperti borak-borak kosong.. Saya sedang bercerita tentang cara kelahiran Nabila dan penyebab Nabila jadi begini. Sungguh dia terperanjat bila saya katakan kepala Nabila terpaksa di tolak semula ke dalam rahim untuk emergecy c-sear!!

 Rupanya beliau juga mempunyai pengalaman yang hampir sama. Doktor hampir sahaja mahu mengunakan kaedah forcep bagi mengeluarkan anak beliau. Mujur beliau cepat bertindak. Dan Alhamdulillah anaknya selamat..

 Wajah saya menahan sebak!!!

 Saya gembira dapat berbual dengan beliau. Moga perjuangan beliau sentiasa dipermudahkan.. Aamiin..

 Pose istimewa YB Nurul Izzah dan Yasmin Nabilah. Terima kasih kerana memberikan kenangan manis ini kepada keluarga kecil kami...

 Saya, Kak Mazzlinda dan Kak Saripah . Mereka juga AJK bagi Super Angels Group

 Kami bergambar kenangan bersama YB Nurul Izzah

 Sempat berbual lagi tentang masa depan anak-anak OKU...

 Kami bersama demi anak-anak istimewa kami...

Terima kasih Ayah dan Adik Naufal temankan kakak ke majlis ini...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...