Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

02 December 2009

Kali akhir ini..

Hari ini Nabila ada appointment dengan Puan Sally. Seperti biasa, dia menyapa kami tatkala kaki melangkah masuk ke dalam bilik rawatan.

Nabila pula kelihatan ceria hari ini. Tiada suara tangisan kedengaran. happy sangat dan buat semua exercise dengan baik.Puan Sally dok puji2 Nabila..Kata Nabila baik..tak nangis2..hehe..Tapi mmg iya pun. Nabila klu dengan Puan Sally, dia diam..Puan Sally kan lembut orangnya.

Dan Nabila kini sudah mula menggunakan tangan kanannya untuk posisi merangkak. Cuma tangan kiri yang masih agak 'kaku' . Puan Sally mengakui semua itu. Ada juga perubahan walaupun sedikit.. :)

Berbual ngan Puan Sally dan tiba-tiba katanya, tahun depan dia tak lagi bekerja di Rehab lagi. Dan tidak lagi memegang anak2 kecil seperti Nabila. Dia akan bertukar dengan Puan Rokiah pada tahun depan. Duduk di wad katanya. Aku bertanya adakah dia suka dengan pertukaran itu? Katanya dia dah mula sayang di sini. Aduhai..sedih rasa hati. Walaupun sekejap Nabila mendapat 'sentuhan' dari dia, aku dapat rasakan Nabila dan Puan Sally serasi. Lihat sahaja sejak mula dia melakukan rawatan bersama Puan Sally. Jarang benar menangis jika di bandingkan dengan rawatan Fisioterapinya. Dan hari ini merupakan hari terakhir Nabila bersama Puan Sally.

Dia akan mula bercuti pada 10hb. Pulang ke kampung untuk menyambut Krismas di sana. Sempat juga kami bergurau dan menyanyikan lagu 'Merry Christmas' untuk dia..hehe

Buat Puan Sally..Terima kasih atas segala nasihat yang diberikan. Harap dapat lagi sentuhan Puan Sally tahun 2011 nanti.Hurm..tapi takkan Nabila asyik kat kelas yang sama kan? Nabila kena la 'grad' ke kelas yang berikutnya..Takkan sampai besar nak duduk kat situ.Sedih rasa.. Dah selesa..kena tukar orang lain pulak.. :(

Ni lah gambar-gambar terakhir Nabila bersama Puan Sally..next appointment 14 Januari..hehe..saja lambat..malas nak awal2..huhu..

Nabila budak paling baik hari ini..hehe..diam jer..buat ajer apa yang Puan Sally suruh..hehe. Bagus..bagus! Puan Sally pesan kat Nabila..nanti Nabila kena move class tau..kena gi class kat sebelah..blajar ABC pulak..Nanti klu dah pandai jalan..klu jumpe Puan Sally kenala tegur yek nak..! Terima kaceh Puan Sally..!

..............................................................................................................................................................


Dah 2 hari dah Nabila start belajar tidur di katil sendiri. Akhirnya bukak jugak katil Nabila ni. Ibu ngan ayah dah makin sempit klu tido ngan Nabila..hehe..Ibu risau je Nabila terhimpit dengan ayah..Ayah klu tido mmg tak sedar..! huhu..ruang bilik semakin sempit..puas la adjust barang2 dlm bilik nih..

simple jer katilnya..tak tau nak letak apa..hurm..mainan? nantilah..Untuk keselamatan..baik di tutup segala lubang yang ada..huhu..Nabila lasak..mau kaki termasuk kat celah-celah 'bedah' tu!

7 comments:

LYaFRINA said...

alhamdulillah kalau dh ade pningkatan... xpela... mtk nabila pun akn serasi dgn pn rokiah tu kn...

ratna said...

nabila jadi good girl sbb hari last puan sally kot.. dia nak appreciate puan sally.. pandai nabila..

Liana Manjaku said...

InsyaAllah, next year Nabila tukar kelas... Mungkin lepas ni pun Nabila akan serasi dengan doc baru...

Wa...bestnya NAbila dapat katil sdn! Husna tak nak tido kat katil dia! Noina...kan ada 1 mainan yang boleh pusing2, atau yang ada lampu. Khas utk letak kat katil baby! Rasanya tu sesuai utk Nabila. Sekadar cadangan :)

Nurul said...

Salam..I'm new reader of ur blog.. :) kagum dengan ketabahan anda suami isteri. Semoga Nabila terus kuat dan sihat :)

Naura said...

lamanya tak tinggal comment kat sini..nabila nampak tembam la..cute gitu

Yasmin Nabilah.. said...

LyaFrina: harap2nya lah kan..hurm..dengar mcm dia seorang yang sibuk..slalu tukar appointment sebab dia slalu kena gi meeting.Bos katakan ..huhu..

ratna : betul2..hehe..tu ah..dia mmg ok ngan Paun Sally..best jer tgk dia klu buat terapi ngan Puan Sally..nak bincang ngan dia pun senang.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

Manjakusayang: yeke? leh tak bagi link..nak tgk..:)

Nurul : terima kasih :) terima kasih yek sudi singgah blog..

naura: kurus la Nabila Naurah..huhu..mana ada tembam..