Semalam..pulang saja dari KLCC, Nabila sudah menunjukkan tanda-tanda untuk demam. Bersin berkali-kali di dalam kereta. Dan sudahnya ketika di HKL..Nabila sudah menunjukkan taringnya.
Puas memujuk anak ini. Namun..ketidakselesaan di bahagian hidung buat Nabila menangis tak henti-henti. Dan sudahnya ayahnya membawa Nabila keluar dari wad ICU.Dan aku pula bersama Ita melihat keadaan Alanna..
Keadaan Alanna? Mungkin ada yang dah tahu Alanna telah dimasukkan ke ICU semula kerana sawan. Ya Allah..risaunya aku pada anak itu. Aku dapat rasakan kesengsaraan Alanna ketika itu akibat sesak nafas.
Bila jadi perkara seperti Nabila dan Alanna..menyesal juga tidak belajar rajin-rajin dahulu. Andai belajar tinggi-tinggi dulu..boleh saja menjadi doktor. Dan terus boleh merawat kedua anak ini. Dan tak lupa juga pada anakku yang lain.. Alisya, Aiman, Habib, Ian, Idris dan Irfan.. Akan ibu ubat semua penyakitmu sayang. Ibu takkan biarkan penyakit itu semua hinggap ke tubuh kecil mu itu..
Namun..apakan daya.. aku hanya merancang saja..Tapi Allah yang tentukan..
Dan mengharapkan Nabila segera sembuh. Minggu ini akan sibuk sebenarnya. Akan berkemas-kemas untuk Induksi Jumaat ini. Macamanalah nak tinggalkan Nabila dengan keadan demam begini. Aduii..pasti merindui Nabila nanti..Lama sungguh masa itu..
5 comments:
semoga nabila cepat sembuh..samalah anak akak faiz tu pun kena demam balik ptg tadi..
Induksi umum ker?samala macam naura dulu,ssh hati bila tiba kena gi kursusu..ssh hati nak tinggalkan anak..jaga baik2 demam tu..bubuh air rendaman daun bunga raya kat kepala,bagi cepat reda demam panas
ibuayu : huhu.. tulah kak..musim la skrg nih..panas ujan tak menentu kat bukit beruntung nih..huhu..
Naura: haah..hehe..org dah lama dapat tetap...batch ina ni ketinggalan sket..huhu..haah..tu ah..nasib baik naurah ingatkan daun bunga raya tuh..nanti..tgk ni dah ok sket..klu panas balik kena letak la daun tuh..
salam ziarah. mmg bila anak demam hati tak tenang, semua keje tak menjadi, nak pegi mana2 pun tk sedap hati.
harap2 nabila cepat baik yer
sama dgn sofie, ina. lepas keluar wad ni dah mula batuk2, selsema sikit....adoi....pening dah ni. sebolahnya nak jaga dia jgn bg batuk, dapat jugak dia.
Post a Comment