Seperti yang diberitahu semalam..aku menghantar Nabila ke Tasputra secara 'officially' hari ini. Perasaan bercampur-campur tatkala kaki melangkah ke sini..
Maaf..sebelum bercerita lebih lanjut, ada yang bertanya tempat apakah yang aku maksudkan..?
Tasputra merupakan tempat jagaan untuk anak-anak istimewa. Kaedahnya seperti taska atau pusat jagaan harian. Ibu dan ayah boleh meninggalkan anak seharian di situ. Waktu pusat jagaan ini di buka dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang. Hanya beroperasi Isnin hingga Jumaat.
Pusat jagaan ini adalah dibawah satu agensi bukan kerajaan (NGO) dan yuran yang dikenakan adalah mengikut pendapatan keluarga. Antara aktiviti dilakukan adalah physio dan occupational therapy, Speech therapy, berenang, menyanyi dan lain-lain lagi..Aktiviti yang dibuat adalah mengikut tahap anak-anak itu. Ada juga yang ke sekolah khas pada waktu pagi dan petangnya berada di Tasputra.
Makan pula akan diberi sebanyak 2 kali (tengahari dan petang). Untuk pagi tak sure pulak ada ke idak.. tadi datang pun dah kul 9 pagi. Tengok semua dah masuk bilik gym. Tengahari..selesai makan, mereka akan mandikan semua anak-anak dan berehat sambil menonton TV. Dan selesai makan petang, aktiviti yang dilakukan Nabila tadi adalah menyanyi. Dibuat dalam bulatan dan anak-anak yang belum boleh duduk akan bersama dengan penjaga masing-masing untuk menyanyi.
Setiap penjaga akan diberi anak untuk dijaga. Seorang penjaga mungkin akan menjaga 3-4 orang. Bergantung juga ramai atau tidak anak-anak yang hadir pada hari itu. Kebanyakan anak-anak disitu berusia 3-26 tahun ( rasanya puluhan umur..sebaya kita pun ada gak..)
Kalau semua hadir angka boleh mencecah 40 orang kanak-kanak di situ. Dan pekerja..rasanya ramai.. tak terkira pulak aku.. ada dalam belas-belas orang gak la..
Maaf..pengenalan yang agak cerca merba..huhu..Pening lalat lagi nih.. :)
Untuk Nabila.. sampai saja.. terus ke gym. ramai anak-anak di situ. Dan masing-masing tengah sibuk dengan aktiviti. Nabila ketika itu agak mengantuk sebenarnya. Risau juga aku. Sebab Nabila ni suka tidur dalam buaian dan rocker..
Tapi tadi aku letak saja Nabila..tepuk-tepuk sikit, terus Nabila tertidur. Mengantuk barangkali.
Sementara itu..aku sibuk melihat anak-anak lain sambil berbual dengan therapist dan pekerja di situ.
Kemudian, aku terpaksa mengejutkan Nabila sebab 'turn' Nabila dah sampai. Dan ketika itu..Nabila menangis. Bukan sebab sakit..tapi sebab lapar.. hehe.. nasib baik makanan semua dah ready dah. Terus saja aku menyuap Nabila.
Dan petangnya, aku keluar dari gym dan meletakkan Nabila di tempat anak-anak berbaring dan berehat. Semua tengok TV. Cuma ada je yang tertidur kerana kekenyangan. Nabila pun tidur jugak..Letih la tuh!
Dan jam 3 , makan diberi sekali lagi. Kali ini makan yang agak ringan. Nabila pula..alhamdulillah.. tiada masalah bab makan ni. Cuma macam biasa susah nak bukak mulut. hehe..
Dan selesai makan, aktiviti diteruskan. Ada anak yang ke kolam renang untuk aktiviti hydrotherapy. Dan yang mana tak ke kolam, di suruh buat bulatan dan menyanyi beramai-ramai.. Alhamdulillah..Nabila suka dengan aktiviti ini. Tersenyum sengih dia bila tangan digerakkan dan melihat kakak dan abang disitu menyanyi..
Tadi aku diberitahu juga..hari Selasa nanti Nabila akan di berjumpa dengan dentist. Aku kena ada sekali masa itu sebab perjumpaan untuk kali pertama. Alamak aiii.. bertembung pulak dengan appointment Physio kat Sg. Buloh.. Camner nih..? Wah..jumpe doktor gigi la Nabila nih. Tak penah aku bawak dia jumpe doktor gigi.. tgk tasputra dah provide kan semua tu untuk anak-anak disitu. Bagus jugak nih!
Hurm..aku khuatir tentang Nabila di situ sebenarnya. Berkaitan dengan menyusu. Sepanjang hari tadi.. Nabila hanya minum susu sekali sahaja. Dan selepas itu..langsung tak mahu. Kenyang barangkali. Ada juga penjaga di situ memberitahu aku bahawa kebanyakan budak disitu, masuk saja Tasputra terus semua berhenti menyusu secara tiba-tiba. Nak tanya kawan-kawan..Adakah patut Nabila melalui frasa itu bila usia sudah menginjak usia 2 tahun?
p/s : Alhamdulillah..segalanya ok tadi. Harap ia berterusan. Hati ibu. Kadangkala macam tak sedap nak tinggalkan anak di situ. Asyik berlegar-legar.. Betulkah tindakan aku ini? Jika difikirkan.. Andai aku masih lagi tidak memberi pendedahan semua itu kepada Nabila..pasti Nabila tak pandai untuk bersosial dan berkomunikasi bersama orang lain. Yang aku kagum tadi.. Nabila sedikit pun tak merengek dan menangis. Senyum saja dia sepanjang di situ.. :)
aksi Nabila sepanjang di Tasputra.. Perasan tak gambar bawah kiri.. Ada budak tengah main dengan Nabila..siap tanya aku nama ibu ngan ayah Nabila..hehe.. Bijak.. :)
9 comments:
Ina, nampaknya macam sangat-sangat-sangat berpuas hati je. Nabila pun baik je, tak moody sebab jumpa ramai kawan. Kalaulah ada satu di kawasan Putrajaya ni.. haish!
kat mana Tasputra ni, Ina? tengah plan gak nak bukak something like this kat area ni. tapi tak tau mana nak mula. kalo ada francais, boleh gak try buat
Salam,
rasanya elok nabila kat situ...boleh belajar macam2...yelah, kalau kat rumah, kita tak sempat nak buat semua tu utk dia kan?...
rasanya tempat tu bagus sungguh....lengkap plak dengan segala jenis peralatan...
alhamdulillah...nabila beruntung dapat ibu dan ayah yang prihatin...
alhamdulillah....ina....nabilah is so lucky....kalau dekat, nak jugak hantar yusuf ke situ...yusuf mmg suka berkawan....
btw, insya'Allah sabtu esok ni yati akan gi kl buat kasut yusuf kat chow kit...:)Thanks yer for the phone num...:)
-yati yaacob-
Wahh bestnya Nabila dah pergi sekolah..Tindakan yang bijak.. untuk kebaikan Nabila jugak.. iye laa kat situ MakSu tgk dari gambar2 ini mmg sesuai sgt laa dengan Nabila. Insyallah bila Nabila dah di asuh disitu dia akan dapat berdikari sendiri..di masa depan..
ina..mmg tak elok untuk berenti menyusu dlm usia mcm ni..akak rasa bukan nabila nak berenti tu tapi dia dah happy dgn keadaan keliling sampai terlupa bab menyusu..balik rumah boleh cover.
Bagusla tpt ni ina. Dulu masa Afiqah ke nursery di Jepun, dia beri makan, main2 dan aktiviti biasa/ sosial je. tkde buat therapy. Byk betul facilities tasputra. Alhamdulillah. InsyaALlah boleh fikir utk hantar Nurul Afiqah jgk. TQ for the update.
Kalau dari pandangan saya..nampak sangat sesuai nabila diletakkan di Tasputra. Kemudahan yg sangat banyak...dan senang untuk digunakan...
Noina boleh bagi pendedahan itu kepada Nabila sebab Nabila budak yg sangat bijak. Tengoklah...dia suka sangat dengan persekitaran yg ada...
salam ina...
tak cuba tak tau kan? seronoknya nabila dah start sekolah...
nampak fasilities kat situ pun ok je..
kalaulah kat melaka ni pun ada, saya teringin jugak nak hantar aina ke situ...
nanti jangan lupa update tentang perjumpaan nabila ngan dentist, teringin nak tahu camana... nanti boleh praktikkan pada aina jugak...
Post a Comment