Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

04 May 2010

Angka 27 , Induksi Umum & Teluk Senangin...

Salam..lama sungguh tidak mencatat apa-apa di dalam blog ini. Seperti mana yang semua ketahui..aku menjalani Kursus Induksi Umum di Felda Residence sejak Jumaat lepas. Aktiviti yang agak meletihkan sebenarnya bagi aku yang berbadan besar ini..hehe.. Dan rasa seperti kelainan melakukan segala aktiviti yang telah di atur oleh urusetia. Sungguh..Badan yang terasa berat..agak sukar untuk aku melakukan aktiviti seperti mengimbang badan dan aktiviti yang lasak. Hurm..harus lakukan sesuatu selepas ini.. Mungkin juga harus kurus sikit.. Eh..bukan kurus sikit..tapi kena kurus banyak..hehe...

Dan di sana..sedikit sebanyak mengajar aku sabar. Bukan sabar dengan aktiviti..Sabar menanti untuk berjumpa Nabila. Beberapa kali juga aku menangis tatkala mendengar suara Nabila atau pabila mak berkata Nabila tersenyum bila mendengar suara aku. Teramat sangat merinduinya..

Dan segalanya yang berlaku di kursus berakhir dengan kenangan di situ.. Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar dan dalam keadaan baik-baik sahaja.. :)

Namun..satu perkara yang tak seronok untuk aku. Tarikh induksi pula kebetulan jatuh pada hari lahir aku..Hurm.. Angka 27.. Sangat bererti bagi aku. Tak sangka..masih hidup dan bernafas di muka bumi ini. Dan masih dapat bersama Abg, Nabila , kedua orang tua aku , keluarga mentua dan semua rakan-rakan yang menyayangi aku. Sedih sebenarnya tak dapat bersama pada Abg sewaktu hari lahir ini. Tiada hadiah atau jambangan bunga seperti orang lain. Hanya kedengaran jauh suara Abg yang menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun di dalam telefon. Nasib baik la room mate takde ketika itu. Sebak.. tapi apakan daya.. Kursus ini lagi penting dari segalanya..

Selesai sahaja majlis penutup kursus..Abang tiba bersama Nabila. Menjemput aku untuk meneruskan perjalanan ke Teluk Senangin pula. Terus berlari aku mendapatkan Nabila. Dan entah berapa kali juga bibir ini singgah ke pipi Nabila. Aku peluk Nabila seerat-eratnya. Rindu pada anak melebihi segalanya. Nabila seakan terdiam dan cuba mengenali suara aku. Dan ternyata Nabila masih ingat pada suara ini.. :)



Perjalanan di teruskan ke Teluk Senangin pula. Berkumpul di rumah Faizal..dan terus ke rumah homestay di situ. Sabar menanti family Ita+ Farid , Zali+ Ieyda dan juga Zura+Shah yang masih lagi dalam perjalanan ke Tapah.

Angka jam menunjukkan pukul 6..terus kami bergerak menuju ke destinasi yang dah lama di rancang itu. Masing-masing jelas kelihatan sangat teruja.. Sempat juga mengusik kawan-kawan untuk memasang sticker pemberian Faizal tempohari.


Sampai di Teluk Senangin sudah pukul 9. Makan dan mandi..dan kemudian berehat..kerana ada aktiviti yang bakal kami lakukan esok paginya..

Dan pagi Sabtu..celik mata saja terus mencari makanan untuk sarapan pagi. Dan aku pula..sibuk memandikan Nabila. Bersiap-siap untuk ke pantai. Dan tak lama, apa bila semua selesai makan, terus saja memulakan game yang pertama. Boling pantai namanya..hurm..lihat saja aksi kami ini..

Indah betul kenangan ini.. Masing-masing bekerjasama..walaupun suami dan isteri berlainan kumpulan.. masing-masing saling membantu untuk kumpulan sendiri..Sungguh aku kagum dengan semangat keluarga ini..


Dan selesai main..baru saja merangka-rangka game yang kedua..hujan turun dengan lebatnya.. Adui..potong betul lah.. Apakan daya..ingatkan hujan akan berhenti..tapi lihat saja awan..memang sampai sudah tak berenti. Terus kami bergerak menuju ke chalet bersama anak. Risau juga andai terkena hujan..demam..Memang itu yang kami mintak dijauhkan pada anak-anak ini..

Lihat saja bapak-bapak ini...Seperti sudah 10 tahun tak jumpa air hujan.. :)


Hidangan tengahari yang sanagt menyelerakan..Ketam masak lada, Ketam masak lemak cili api versi Negeri Sembilan dan Kedah , Ikan panggang , Nasi goreng dari air tangan Jiey..sangat-sangat menyelerakan.. :)


Dan malamnya..kami mengadakan dinner dan juga sesi tukar-tukar hadiah. Namun hati kami tersentuh tatkala Farid mahu beramai-ramai mendoakan kesihatan anak kami yang masih lagi berjuang di HKL. Alanna yang kami kasihi..Sesungguhnya..kami tidak melupakan mu sayang.. Sentiasa ingin mengetahui keadaanmu. Berat untuk kami berhibur sebenarnya bila mengenangkan ahli keluarga kami masih dalam keadaan sedih. Hanya doa yang kami kirim buat Ayu, Syarul, Alanna dan Nadim..

Sesi malam itu di teruskan dengan telatah masing-masing yang menghiburkan. Dan hidangan pada malam itu sangat-sangat 'superb' . Tahniah buat Incik Farid dan juga kawan-kawan Faizal yang bertungkus lumus menyediakan juadah malam itu. Sangat-sangat menyelerakan dan masing-masing dok usap perut dek kerna kekenyangan.. Alhamdulillah.. :)

Hidangan kami di malam dinner.. :)

Riuh rendah suara kami dengan gelak tawa usik mengusik sepanjang malam dinner itu..pasti menjadi kenangan terindah buat kami semua nanti..




Pagi yang tenang..Tiada hujan..cerah.. :)







6 comments:

A.I said...

wahhhhhhhh..meriah sungguh!! mmg sronok la dpt berkumpol camtu. (^_^)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

pertama sekali, akak ucapka 'happy belated birthday' buat ina...semoga hidup ina sentiasa di rahmati. dan semoga ina terus tabah menghadapi hari2 mendatang demi Nabila.

amboi, seronok ye bergathering kat Teluk Senangin. seronok pulak akak baca...siap ada club lagi. best. dapat eratkan silaturrahim,kan? bertukar2 fikiran dengan kawan2...punyai anak2 yang kuat dan comel2...seronok betul! jeles pulak. hehehe....

Anonymous said...

wahhh...beshnyer..meriahnyerrrr....bagus2!!!!

Yasmin Nabilah.. said...

Kak A.I : tu ah..semangat kekeluargaan terserlah..seronok sangat..rasa mcm tak nak balik pun ada..hehe

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Fiza: hehe..terima kasih kak fiza.. :)

hehe..klu kami dah buat officially group sok..leh la akak join..kami tgh dalam usaha nak daftar kumpulan kami ni.. khas untuk semua parents yang ada nak special.. :) nanti leh la akak join aktiviti kami skali.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

shima : hehe.. tu lah.. mk ayah enjoy..anak2 senyum2..seronok dpat gi jenjalan.. :)