Aduiii...ralat rasa. Sebenarnya sejak bulan lepas aku dah tak bawak Nabila ke hospital. Apa lagi kalau bukan Physio + OCC therapy + speech therapy..
Tadi baru je tengok buku appointment..Ini bermakna aku terpaksa set semula appointment dengan therapist-therapist untuk Nabila. Sejak-sejak Nabila dan duduk kat Tasputra..hal ke hospital aku dah mula abaikan. bukan sengaja..tapi sibuk dengen beberapa perkara yang berlaku sepanjang bulan lepas.
Tadi sempat juga aku membelek kad appointment Nabila. Sudah masuk 4 kad di 'stappler' bersama..namun aku rasa Nabila hanya menunjukkan beberapa 'percent' sahaja kemajuan hasil dari terapi-terapi tersebut. Mungkin ada terapi yang telah membantu Nabila..namun bagi aku tak cukup.
Dan semalam..aku hampir saja merungut dan putus asa dek kerna yuran di Tasputra yang agak mahal untuk kami yang berpendapatan kecil. Adui..sedih..namun demi Nabila..akan kami berdua cuba juga mencari duit demi rawatannya.
Ayah aku memujuk agar aku tidak menarik Nabila untuk tidak ke sekolah. Kata ayah..cuba sehingga hujung tahun ini. Manalah tau ada kebaikan yang bakal di peroleh nanti.
Berkata-kata sememangnya senang untuk semua. Tapi yang merasa dan menanggung hanyalah diri sendiri. Aku sendiri tak sampai hati untuk meletakkan Nabila di situ. Dengan Nabila seawal pagi sudah bangun untuk mandi..keadaan Nabila ketika minum susu amat aku khuatiri. Di pejabat..aku seolah-olah tidak mahu berfikir apa-apa tentang Nabila..tapi hati ini terus menerus mengusik aku. Mohon saja Nabila baik-baik di situ.
Buat Nabila..ibu sentiasa berdoa Nabila dapat peroleh perkara yang baik di sekolah. Bukan letakkan Nabila di situ bukan kerna ibu tak sayangkan Nabila..Sebab Ibu sayanglah , ibu tinggalkan Nabila di situ. Ibu mahu anak ibu dapat apa yang sepatutnya bagi seorang nak kecil yang bijak. Waluapun ibu tahu kekeuranagn Nabila di situ..tapi ibu yakin denganmu nak. Senyum..geak tyawamu amat menghiburkan hati ibu petang tadi. Senyuman itu seolah-olah membawa terbang segala keresahan hati ibu. Sayang ibu..sememangnya kamu sangat bermakna buat ibu..
3 comments:
Salam Ina...Ingat lagi ke kat akak & Irdina...akak pun plan nk survey2 kat sekolah khas utk Irdina sbb thn depan dia dh 5 tahun..itupun dh susah hati...inikan plak Ina hntar Nabila yg baru 2 tahun, mesti lagi susah hati teringat macam mana org jaga dia kan...
Kak Ani : ingat..mesti ingat punya.. :) akak nak antar kat mana? kat area umah akak ke..tu ah..susah betul ati..sian btl kat Nabila..tapi nak wat camner..klu tak sampai bila2 pun dia tak pandai berdikari..
salam ina ... btol jugak kata ayah, cubalah sampai hujung tahun ... x lama lagi dah pon, manalah tau ada perubahan yg baik utk Nabila ... saya faham, sbg ibu kita pasti mahu yg terbaik utk anak kita ... apa pon, as parent u know what's best for Nabila ... peluk cium buat Nabila yer ... take care!
Post a Comment