Dan seperti biasa Nabila pastinya akan menjadi tatapan umum mata yang memandang. Ramai juga yang bertanya bagaimana keadaannya boleh menjadi sebegitu.Aku menjawab seringkas yang boleh. Dan selebihnya mak aku yang menerangkan pada makcik-makcik ini.
Makcik..nanti saya nak pelamin macam Aunty Mimi saya.. :)
Budak yang sangat behave ok..!! Selalu kena cium ngan Makcik Alisa. Nabila suka pulak tu.Yelah..makcik ngan anak buah pun sebaya..Nabila dah tahu nak berkawan.. :)
Budak yang sangat behave ok..!! Selalu kena cium ngan Makcik Alisa. Nabila suka pulak tu.Yelah..makcik ngan anak buah pun sebaya..Nabila dah tahu nak berkawan.. :)
Huh..Malas benar aku. Sepertinya tak kuasa melayan.Mungkin ada yang bersimpati apa yang telah terjadi pada Nabila. Semuanya berkata..
"Kesiannya.." .
Atau ayat ini...
"Sayangnya!! Orangnya comel!"
Aku tak pasti dengan perasaan ini.Semakin lama mendengar kata-kata orang luar yang melihat Nabila..aku seakan "tebal telinga". Sudah lali. Sepertinya sudah kebal. Namun kadangkala hati tersayat juga.
Biarlah mata yang memandang.Biarlah mulut berkata. Hanya hati ini saja yang mengetahui susah senang pahit getir bersama Yasmin Nabilah..
p/s : Sewaktu meningglkan Nabila di Tasputra tadi..Nabila menangis. Pada mulanya ku kata padanya sewaktu di dalam kereta "Ok sayang,dah sampai sekolah dah. Jangan nangis-nangis yek. Buat exercise tau". Tapi masuk je dalam dan aku cium pipi sambil ucapkan 'bye' pada Nabila, tiba-tiba airmatanya berjurai.Menangis! Aku pulak yang hiba melihatnya..huhu.. Tangisannya seakan memberitahu aku bahawa jangan meninggalkannya.. Aduhai sayang..!
6 comments:
comelnya nabila duduk kat bawah pelamin tu.. 'alhamdulillah, nabila da boleh duduk yer sayang. Nabila jangan nangis2 g sekolah, nanti ibu nabila nangis gak'..hehehe.. Ina, geram tgk mata nabila..
kak, jgn pedulikan sgt apa kata org, nanti kita sndiri yg akan sayu, sedih, hiba,...
seboleh mungkin kita bahagiakan anak2 kita, insyaallah
pengantin memang cantik :)
dah makin besar nabila..mata pun macam mata abg akim sikit2 :)
dah jenuh explain kat org smpai penat..huhu!
nabila dah pandai duduk sendiri yer??jeling manja plk tu...hehe
berat hati nak tinggal anak kat sekolah bila dia nangis kan?nabila tak nangis tapi asyik pusing balik pegang kaki akak...sambil panggil..'umie!!!..umie!!!'..ishh...rasa mcm nak angkat bawak balik ja..
Ina, nabila dah boleh duduk yer?alhamdulillah..syukur.
psst..nabila tingin nak jadik pengantin gak yer??hihihi..ummmuah, kiss untuk nabila yang cantik.
Ina, mungkin kadang2 kita rasa sudah lali, tapi rupanya masih ada rasa 'terganggu' bila orang cakap macam tu, kan?
Bila kita rasa down dengan kata-kata orang terhdapa anak kita, sebenarnya kita dilatih untuk jadi lebih tabah.
Ayat fave. ku "bertabah" dan kita tempuh sama-sama. Chin up and smile.
Post a Comment