Melihatkan kisah Ahmad Albab di TV yang menangis tiada henti mengingatkan aku tentang Nabila sewaktunya kecil dahulu.
Nabila juga dahulunya begitu. Menangis sedari umur 1 bulan sehinggalah berusia 5 bulan. Pantang saja maghrib menjelang, tangisannya kedengaran sehinggalah tengah malam. Pelbagai cara dilakukan, namun tangisannnya sukar dihentikan.
Aku sendiri kurang pasti apa yang tak kena pada anak ini. Sehinggalah aku sendiri menangis tatkala melihat dirinya menangis tak henti-henti. Dan masih ku ingat ketika itu. Bulan puasa tahun 2008. Aku sudahpun pulang ke rumah ku di Rawang. Kononnya mahu hidup sendiri berdikari. Baru saja nak berbuka puasa, Nabila sudah terpekik-telolong. Sampai aku dan Abg terpaksa berbuka puasa secara bergilir kerana terpaksa menjaga Nabila.
Dan, ketika itu juga aku menghantar Nabila ke taska. Akibat penjagaan di taska yang tidak sempurna, aku terus pulang ke rumah mak semula di Gombak. Mak lah yang mengasuh Nabila sehingga Nabila berusia 2 tahun.
Dan tatkala kembali semula ke Gombak, Nabila sudah berhenti dari menangis. Mungkin juga dia tidak mahu berpisah dengan neneknya. Kata adik, mak menangis bila aku mengambil keputusan untuk menghantar Nabila ke Taska. Katanya Nabila masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Tak susuai untuknya dijaga disitu.
Dan kini, usianya hampir menginjak 3 tahun. Segala kenangan tangisan Nabila tetap kukuh dalam ingatan ini. Bagiku kesukaran untuk menjaga Nabila dulu, sudah nampak kesenangannya kini. Rezeki yang melimpah ruah, malah jalan untukku membesarkan anak ini dipermudahkan lagi. Anak ini pembawa rezeki pada kami. Alhamdulillah....
10 comments:
Salam ina...aminn...moga kesusahan hari ini bawa kesenangan di kemudian hari...akak yakin dgn itu...akak dah melalui kesusahan yg getir tahun lalu...dan alhamdulillah hari ini...akak tenang bersama anak-anak....harap ina dan nabila pun bgtu...salam sayang buat nabila....
alhamdulillah..cuma kesabaran yang tinggi diperlukan untuk menjaga anak2 seistimewa mereka ini..insya allah segala akan dipermudahkan..amin..
Begitulah janji Allah. Bila kita sentiasa redha dan sabar dengan ujiannya, Allah pasti akan melipat gandakan ganjarannya. ;)
y O k O y O p O y O
kak ina,
ALLAH Maha Adil, yakinlah kak, setiap ujian-NYA ada gnjaran di sana,
sentiasa brsangka baik kpd stiap yg brlaku
setiap kesabaran kita pasti ada balasan dariNya.moga nabila terus membahagiakan ibubapanya.
alhamdulillah..moga nabilaterus sihat dan kuat, begitu juga dgn ina dan keluarga. REzeki dari Allah, Allah tak pernah lupakan hamba-hambaNYA
Semoga Allah menggandakan rahmat dan rahimNya pada adik....
kak nanie: betul kak..pahit getir yang akak lalui bagi ina mmg sangat memeritkan. IsyaAllah..ada sinar menanti akak nanti.Amin..
Jue: betul.. mmg perlukan kesabaran yang lebih. Moga kita terus diberi kesabaran dalam mendidi anak2 kita. InsyaAllah.. :)
shaza: betul2.. :)
Post a Comment