"Masalah tak putus-putus..risau kalau2 nabila x dpt bersekolah pasni klu masih kenakan yuran mahal. adoiyaii..kan bagus klu kaya..tak pening pasal duit..huhu.. "
Kemelut yang melanda aku pagi tadi. Tak senang duduk aku dibuatnya sepanjang hari berada di pejabat. Sampai Abg di rumah pun naik tension dengan aku. huhu....
Sebenarnya ini berkenaan dengan sekolah Nabila. Sedia maklum, sekolah seperti Nabila memang perlukan duit untuk menampung perbelanjaan kakitangan, makan minum, sewaan tempat-tempat terapi dan sebagainya. Namun, pada awalnya, aku tak bersetuju dengan yuran yang dikenakan kepada kami oleh pihak pengurusan. Namun, aku beralah dan bersetuju juga akhirnya kerana tidak mahu permohonan untuk memasukkan Nabila di situ di tolak gara-gara aku tidak dapat menyediakan yurannya.
Untuk 3 bulan pertama, masih boleh digagahkan lagi. Namun, masuk saja bulan keempat, aku mula terasa peritnya. Tambah pula Abg ketika itu kurang membuat OT di tempat kerjanya. Dan terdesak dan tersepit, lalu aku cuba meminta pengurangan pembayaran yurannya. Aku berjumpa sendiri dengan pihak pengurusan. Pihak pengurusan memohon aku agar menulis surat untuk permohonan tersebut. Aku akur dan menulis surat, namun tiada jawapan selepas itu. Pihak pengurusan tidak mengatakan 'Ya' mahupun 'Tidak' . Cuma kata mereka, mereka akan cuba meminta bantuan bagi menampung segala keperluan Nabila di situ. Aku tak pasti sama ada surat aku itu dieksploitasi atau tidak, aku tidak mahu mengambil pusing tentang perkara aku. Janji Nabila boleh berada di sana. Itu sudah memadai buatku.
Namun, pagi tadi, kakitangannya meminta aku membayar yurannya. Dan sudahnya, aku cuba menelefon orang kanannya. Dan rupanya, mereka juga menanti jawapan dariku. Mereka ingin mengetahui jumlah yang mampu ku bayar untuk Nabila terus berada di sana. Alahai..aku ingatkan mereka masih lagi dalam tempoh perbincangan. Rupanya mereka menunggu jawapanku.
Dan kami telah menemui jalan penyelesaian. Dan pengurangan telah berjaya ku minta. Alhamdulillah. Sememangnya aku segan menghantar Nabila sepanjang 4 bulan tanpa sebarang bayaran. Dan pasti, rupa-rupanyanya kedua-dua pihak ' salah faham' .
Dan sedikit sebanyak masih mengganggu perbelanjaan kami. Aku terfikir-fikir, bagaimanakah hidup orang lain yang sudah mempunyai 2-3 anak? Sedangkan aku , baru Nabila seorang pun dah pening kepala. Dan sebenarnya, perbelanjaan untuk anak istimewa sememangnya lebih banyak berbanding dengan anak normal. Rawatan saja sudah memakan belanja ratusan ringgit. Belum dicampur ubat-ubatan dan alat-alat bantuan yang lain. Sememangnya setiap ibu bapa yang punya anak istimewa wajib diberi bantuan. Kerana, kos sara hidup semakin meningkat.
Untuk Nabila, sememangnya aku tidak mendapat mana-mana bantuan. Sungguh!! Kerana kesukaran untuk berurusan dan selebihnya kakitangan yang banyak songeh membuatkan aku meluat untuk berurusan dengan pihak yang berkenaan. Dan sudahnya, sehingga kini aku hanya mengambil insiatif dengan menggunakan duit sendiri andai Nabila memerlukan rawatan. Namun bukit jika sentiasa ditarahnya, pastinya akan habis jua. Mujur juga aku seorang kakitangan kerajaan. Dan Abg juga mempunyai klinik panel andai Nabila sakit demam.
Dan aku berharap Nabila boleh meneruskan persekolahannya di situ. Sebab aku sudah nampak sedikit demi sedikit perubahan Nabila sejak mula bersekolah. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.. Amin..
~Hari pertama di sekolah..sangat behave dan tahu membawa diri. Dan niat dihati sebaik saja melangkah kaki di sini adalah mahu Nabila mendapat apa saja yang boleh membantunya untuk menjadi lebih baik lagi~
11 comments:
semoga ina tabah menghadapinya ye...insyallah
Ina, since nabila dah bersekolah, ina boleh mintak sekolah nabila tu utk apply duit poket khas utk nabila dari Jbtn Kebajikan Masyarakat. Yg penting ada kad OKU. Mungkin ina pun tahu kan... Macam akak kat kiwanis, memang dia mintak kad OKU tu utk buat permohonan tersebut. Apa nama sumbangan tu akak x sure. Akak saja tulis duit poket tu. JKM akan bagi sumbangan tu 2x setahun walaupun sebenarnya setiap bln ada amount tertentu. Yg penting, anak kita bersekolah. Kalau x sekolah, bantuan ini x diberikan..
sabarlah ina...moga ada jalan penyelesaian...kak nani juga sering dilanda masalah kewangan...cuma kak nani yakin apabila kita redha, pertolongan Allah pasti tiba...maybe dalam situasi yg kita tak jangka...apa yg kita blh buat berdoa dan bersabarlah....InsyaAllah kita mampu melaluinya....
bersabarlah... semoga di beri jalan yg mudah buat nabila
PDK ada menyediakan elaun khas utk pelatih, RM150 utk pelatih (anak kita)yg sekurang2nya hadir pdk dlm sebln sebyk 8 kali. utk yg lawatan dirumah, hanya rm50. Alhamdulillah pdk aisyah bayar setiap bulan, cuma utk awal tahun tu lewat sedikit. bolehlah nak menampung ubatan /beli keperluan bantuan anak.
buat kak ina semoga terus kuat menjalani kehidupan yang kadang kala kita rasa..susah utk diterusskan...mesti kuat untuk nabila!!!
doa sy untuk akak :)
Salam ina..hari hari baca blog ni, tapi jarang tinggalkan komen. Akak setuju dengan azma. Akak ada anak buah CP..dia pun gunakan kad oku untuk dapatkan duit poket khas untuk bayar yuran sekolah bulanan, tapi akak x sure berapa amaun dia..yang pasti lebih dari seratus..pegi JKM segera Ina, gunakan kemudahan yang ada tambah2 lagi untuk kita yang kerja gomen ni..rugi kalau x grab. Kalau pegi tu jangan lupa bagitau kerja gomen gak atau bawak staff card..paham2 la kan..ada yang berdedikasi..dan ada yang .....hi hi..harap membantu
semoga ina tabah selalu, InsyaAllah ada hikamah yang tersirat yang hanya dia yang Maha mengetahui...
semoga dipermudahkan jalannya.
semoga dipermudahkan segala urusan dan dilapangkan rezeki oleh Allah swt.. amin
akak pun jadi runsing ke mana nak tuju menghantar Aimy.. kaw kami susah nak dapat PDK.. sekolah swasta ada la.. lagi la mahal :(
huhu betoilah ina..dlm kepala ni nk bwk irfan berubat merata tempat..tp jd tersekat sbb kekeurangan wang..huhu sedih kan
Post a Comment