Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

20 April 2012

Alahai..bila fizikal ni terhad...

Budak cantik try nak guna tangan kiri..nampak ada improvement!! 

Dulu, kemain payah nak suruh tegakkan tangan kiri. Dalam gambar ni nampak tangan Nabila sedikit bengkok kan? Tapi much better dari dulu. Bila suruh meniarap letak kat ball atau duduk sendiri, automatik dah tau letak mana posisi tangan tu.

Tadi banyak aktiviti nak buat. Hanging, masking, weight bearing, rolling, creeping.. Tapi fizikal ni dah terhad pulak. Esok genap adik baby berusia 12 minggu. Sekejap pulak masa berlalu. Perut pun dah nampak meninggi sikit (tapi ditambah dengan lemak..hahaha!!) Nak pakai tali pinggang keledar pun rasa tak selesa. Rasa mau buka..tapi takut kena saman pulak..hehe..

Harapnya fizikal saya takkan mengganggu urusan dalam aktiviti Nabila. Masa gambar ni diambil, budak cantik ni langsung tak menangis. Seronok main dengan ibu hari ini. Cuma ibu dia yang surrender tak lalu nak buat aktiviti seterusnya. huhu......

3 comments:

Umialya said...

bagusnya nabila..

bEe HoNeY said...

ala princes cute ni...chumel.nabila boleh.caiyok3x...yong bli peanut ball tu kat mna?rm?

Noina said...

Bee honey : ina beli kat dr. sham centre.. dalam RM 210 :)