Kebetulan memang ayah Nabila diberi cuti sakit lagi, maka ayahnya meng'offer' diri untuk jaga Nabila. Kalau tak saya kena hantar ke rumah mak dan ambil di sana.
Duduk rumah tak bererti tiada aktiviti dilakukan. Setiap hari ayahnya mencelup ke kolam untuk berenang. Tambah pula memang sepatutnya Nabila harus swimming setiap hari bagi mengurangkan rasa takut pada air.
Memang betul kata Dr. Sham.. Hari pertama masuk kolam bising mulut. Bukan pasal menangis tapi sebab takut dengan air. Bila dah masuk hari kedua..rileks je.. So means, Nabila harus swim setiap hari untuk mengurangkan rasa takut pada air dan menguatkan muscle nya. Tapi apakan daya.. bila ke sekolah, aktiviti ni sah-sah tak dapat dilakukan setiap hari. Balik pun dah malam. Pagi-pagi subuh dah keluar! Kan bagus ibu tak kerja... :(
Alamak! tengok mana tu dik!!!
Sekarang ni pun asyik buat balancing. Dan yang bestnya, Nabila boleh tahan dan cuba imbang badan kalau nak terjatuh.. :) Suka tengok. Tangan kirinya pun dah mula kuat untuk menahan badan. Bukan mudah tau nak buat. Lagi-lagi pinggang Nabila memang tak kuat.
Sebenarnya, semua ini saya perlu lakukan dengan penuh rasa komitmen yang tinggi. Kalau setakat buat ala kadar, hasil pun ala kadar jugak lah! Sebab tu saya beria kata nak berhenti kerja. Sebab saya tahu Nabila boleh lakukan. Saya sebenarnya tak yakin pada orang lain yang katanya sudah berjaya mengubah Nabila. Huh! Betulkah dia menggunakan cara yang betul untuk mengubah Nabila? Saya tahu kemampuan Nabila macamana. Sebelum dia buat, Nabila memang dah pandai buat perkara itu. Cuma dia je yang baru sedar!
Adoiii!! Meluah rasa dalam blog! Tak tahu nak cakap kat siapa sebab rasanya memang takde siapa pun yang faham apa yang tersirat di hati saya.
Dalam hati rasa ralat! Sungguh tak selesa!!! Moga Allah terus memberi petunjuk pada saya dalam hal urusan Nabila.. Amin...
5 comments:
Jangan ckp takde yg paham ina.. kita kan di dalam kasut yang sama..
hmm.. 2, 3 hari ni, membuak2 rasa hati nk resign n jaga anak2 sdr, buat macam2 aktiviti.. tp tu lah, mmg x mampu!
bab yang kononnya mereka yang ajar tu pun acik pahammmmm sesangat! :P
Nak berhenti kerja perlu pengorbanan besar Ina..
Akak pun berhenti kerja sebab menjaga anak 3 thn di hospital..bergantung oksigen dulu..
Dr sahkan Asraf tak blh berjalan ,semuanya kuasa Allah.Asraf berjalan berumur 5 thn..
Akak guna walker,nak cerita pun susah akak beli span dan jahit tempat duduk spy tak jatuh..Pengunaan walker bahaya tapi kita tunggulah..Lama2 kakinya bergerak setapak-tapak
Lepas sembahyang subuh urut badan dan tapak kaki dan geletek kakinya
Cuba beli jeslin oil utk mengurut.
Masa mula2 berhenti kerja masalah keewangan..Tapi lama2 biasa dah kita blh uruskan keewangan dgn berjimat..
Bayangkan kemudian anak2 lain pun tak normal perlu pampers dan susu yg mahal..Akak kena buat kuih jual dan suami jadi kaddy golf nak tambah pendapatan..
Boring Ina nak bacakan..
kita sama2 memahami anak2 kita walau apa org nak kata.. inakat ner beli kolan tuk nabila tu, cantik..bape hinggit..mmg tghcr utk aini..
betul tu kdng2 kita mmg dh tahu ank kita dh pandai buat sesuatu bnda.. diorg baru nk th..pastu ckplah diorg yg ajar..kita pun iyekan jerlah...
Jue : ina beli kat Indon masa tu..Tapi kat Kissmama ada jual rasanya.. online shop.. cuba google kissmana..nanti ada url dia keluar tu..jual barang2 baby.. So far ina beli float dia mmg puas hati.. :)
Post a Comment