Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

03 April 2012

Buang Tonsil & Buku Merah - Done!

Assalamualaikum... Lamanya tak update blog. Sunyi sepi di sini. Sibuk dengan pembedahan buang tonsil Incik Zul last week. Berulang-alik saya ke Hospital Tawakal setiap hari. Mujur hanya 3 hari saja. Dan mujur juga saya hanya duduk di rumah mak.. :)

Condition Incik Zul..? So far ok..cuma lepas balik dari hospital sakit menjadi-jadi plak..Maybe nak baik..tu yang sakit datang tu. Seminggu melepek kat rumah..

Dan inilah hasilnya.. Dua belah tau..Kiri dan kanan..yang saya amik ni tak sure kiri atau kanan..

 

Ok..tutup pasal tonsil...

Sejak kes saya datang ke HSB untuk temujanji kedua kerana nak sahkan adik baby ok ke tak, so saya memamg tak de masa nak buat buku merah. Ala buku ni..

Buku rekod adik baby...

Huhu..sadis sungguh Ibu Nabila ni. Serius..memang takde masa. Terkejar ke sana kemari dengan kerja..hal Incik Zul..Hal Nabila..adoiyaii tak sempat nak buat. Lagipun tengah berkira-kira nak buat kat private ke government...? Kalau buat kat klinik swasta confirm kena gi swasta..Kalau check up kat swasta pastu gatal nak gi hospital kerajaan..sure kena MAKI punya..huhu..

Bila melihatkan kes Incik Zul buat pembedahan kat swasta..saya rasa malas plak nak ke swasta. Memang lah selesa..Tapi bosan lah pulak duduk sebilik seorang atau dua orang sebilik. Huh! Kalau dapat yang mesra alam takpe..ni dapat suka 'AKU+BUAT+HAL+AKU : KAU+BUAT+HAL+KAU' Tak ke parah? Udahler saya ni jenis mesra alam. Semua saya nak tegur..hahaha!!!

So, last saya decide ke klinik kerajaan juga. Dan bersalin? Rasanya memilih Sungai Buloh jugak. 

Kenapa masih lagi pilih hospital yang sama? Padahal dah tau ada sejarah hitam kat situ..?

Entahlah..Hati ni rasa nak bersalin kat situ gak. Walaupun ramai yang tak suka termasuk mak saya. Memang bangkang habis-habisan. Tapi tu jer yang dekat dengan rumah saya. Semua rekod saya dan Bella ada di situ. Senang!

Tadi, masa pemeriksaan kat klinik tadi, nurse yang tanya tu kesian kat saya. Tak sangka Nabila tak boleh nak keluar masa proses bersalin dan tak sangka plak, vakum 2 kali boleh failed..Huhu..Dah tersurat nasib Nabila begitu..Nak buat camno?

So,saya tekad akan lakukan c-sear juga untuk adik baby. Biarlah perit, janji adik baby selamat. Itu niat saya. Biarlah saya yang menanggung sakit..Tak mahu adik baby ikut jejak langkah kakaknya. 

Sudah terang-terang c-sear..lepas ni kalau ada yang tanya kenapa c-sear, harus saya tunjuk mukasurat pertama yang dicatat oleh nurse pagi tadi.. Heheh.. Malas nak ungkit kisah pedih hati yang berlaku pada saya dan Nabila di Sungai Buloh. Biarlah ia menjadi tauladan dan peringatan saya akan datang..

Doakan perjalanan adik baby baik-baik sahaja. Sihat dan normal seperti kanak-kanak lain. Agar adik baby dapat membantu saya dalam membesarkan kakak Bella nanti.. Amin.. :)

6 comments:

Mamanurin said...

Ya, moga moga adik baby kuat untuk inu dgn kakak.amin amin amin

Pnut said...

akak doakan selamat semua nya ye...
mudah-mudahan dapat baby sihat, normal, dan akan beri kegembiraan pada akak yang selalu meruntun hati acik pnut tengok dia nanges.. sayu tau...

adarnadzmie said...

semoga suami noina sembuh cepat...

akak pun dah buka buka merah dah dlm semiggu lebih mcm tu... hehe...semoga kita sihat2 hendakNya yer...aminnn...

A.I said...

BESARnya tonsil laki kau!!

Siti_btp said...

nak tanya tentang tonsil??
Suami kena dr kecil ke dan dia kerap demam ye?

Anak akak pun ada tonsil, dia Autisme..tengah pening kepala sama ada nak operation atau tak..

Noina said...

kak Siti : husband kena masa sekolah menengah lagi.. memang kerap demam. Sejak keje lagilah kerap sgt..tu doc suggest suh buang.. Akak cuba tanya pakar ENT.. mungkin dorang boleh bagi pendapat sama ada perlu buang atau tidak.. Pada ina klu terlalu kerap demam better buang. huhu...maybe akak leh tgk kak fb saya..ramai komen tentang tonsil ini :)