Seperti sedia maklum, Nabila tidak lagi ke IMC. Hanya berada di rumah nenek sementara menantikan ibu pulang. Dan sebagai gantinya, saya berkorban di bulan puasa keluar sebanyak 2 kali seminggu di sebelah petang bagi tuntutan membawa Nabila ke pusat terapi..
Rasanya saya dah cerita tentang kisah ini. Pada entry Demi Nabila dan Adik baby.... . Sudah 2 kali saya ke Great Life Physiotherapy Centre Kota Damansara atas tujuan terapi Nabila. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja dan banyak perkara yang saya pelajari terutama terapi baru Nabila iaitu Kinesiology Tape yang digunakan untuk menguatkan otot yang lemah serta mengurang spasticity pada Nabila.
Puan Fazilah mengatakan pada saya yang tulang belakang Nabila tidaklah bengkok seperti yang saya nyatakan padanya sebelum ini. Setelah menilai sendiri, Nabila ada potensi untuk pulih, cuma saya perlu usaha kuat kearah itu. InsyaAllah..
Dan seperi biasa..memang ditekankan soal berenang. Dr. Sham dan Puan Fazilah punya pendapat yang sama. Ya, Ibu akan cuba usahakan tentang itu. Minggu lepas, sesi renangnya saya dapat lakukan sebanyak 2 kali. Kebetulan saya bercuti dan saya tahu si kecil ini sudah menggemari air. Beberapa video saya rakam untuk kenangan. Alhamdulillah..hati saya berbunga riang bilamana melihat dirinya bermain riang di dalam kolamnya...
Berbalik pada Great Life Physiotherapy, boleh like pada facebook untuk bertanya dan mengikuti sesi terapi bersama mereka. Yuran juga amat berpatutan. Kebetulan bulan September nanti, cawangan di Kota Damansara akan bertukar ke Sungai Buloh. Malah tempatnya lebih besar dan sesi hydrotherapy juga di sediakan.. :)
Ok..lihat saja aksi Nabila. Tak sempat gambar saya ambil, kerana fokus butiran yang diperkatakan oleh Puan Fazilah dan kakitangannya.
Kaki celup dengan bijik kacang..untuk meransang saraf |
celup sebaldi kacang kat tangan pula... |
Nabila senam seni....hhahahah... |
Muncung mulut kena tape kat tangan, kaki dan badan...at least 5 hari tape ini akan melekat pada badan Nabila.. :) |