Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

02 November 2012

Resah hati ibu..Sendu di hati Nabila..

Sudah hampir 10 hari Naufal jaundice.. Dan dalam 10 hari juga hati ibu risau..Bermacam cara dan kaedah saya lakukan. Minum susu kambinglah, air kuninglah, makan anggurlah, mandi daun kucai..macam-macam petua saya cuba, tapi jaundice naufal tetap diangka yang sama.

Walaupun sudah turun sedikit, tapi angkanya masih 200++ . Dan sebenarnya, saya sudah tidak berani untuk melakukan pelbagai perkara lagi. Breastfeeding? Usah cakaplah. sekerap mungkin saya bagi. Sejam ke sejam setengah, pasti Naufal bangun untuk menyusu. Tak perlu tunggu saya mengejutkannya.

Susu saya pula? Banyak..dan saya siap minum susu, horlick dan makan sayuran untuk menambahkan susu badan saya. Benda yang berkaitan dnegan lada hitam, halia atau jamu-jamu ubat-ubatan memang saya tolak ke tepi. Tak makan..semata-mata kerana Naufal. Mujur badan takdelah sakit sangat, cuma saya terasa sakit di bahagian tulang punggung dan pinggang.. :(

Tadi ke klinik, dan doktor klinik kesihatan menyarankan saya ke HKL untuk pemeriksaan lanjut. Hurm..maybe ambil darah lagi dan tengok apa yang patut pada Naufal. Dalam waktu-waktu berpantang ini, rasanya tak sanggup turun naik rumah mak. Cukup letih merasainya sewaktu Nabila dilahirkan dulu, rupanya kelahiran Naufal juga saya terpaksa laluinya sekali lagi. Berpantang serupa tak pantang!

Moga semuanya baik-baik saja untuk Naufal..Amin..

.

Malam tadi, syahdu saya rasakan. Melihatkan kakak Nabila..

Malam jam 3 pagi, Nabila terjaga. Saya tersedar ketika itu dan melihat dirinya resah. Pasti mahu susu..bisik hati saya. Lantas saya bangun dan terus menyiapkan susu untuk Nabila.

Minumnya agak perlahan dan kadangkala matanya terlelap. Mengantuk barangkali.. Dan tiba-tiba sang adik bergerak-gerak. Juga minta disusui.. Saya paling resah saat ini bila kedua-dua anak minta perhatian dari saya. Sedih bila terpaksa menyatakan ini..

"Nabila minum cepat yek..adik nak susu pulak.."

Dan saat saya melafazkan ayat itu, Nabila berhenti minum. Dan sepertinya tahu saya harus segera bergerak ke arah adiknya.

"Nabila nak lagi tak? Meh minum cepat..."

..dan Nabila tidak mahu meneruskan penyusuan. Hanya diam dan tanda isyarat dia mahu berbaring semula di tilam. Saya meletakkan Nabila kembali dari pangkuan saya, dan bergegas menuju ke katil untuk mecapai Naufal. Mata saya tak lepas memandang Nabila. Dan saya lihat Nabila hanya diam membisu. pandangannya kosong..

Dalam hati sebak bila memandang susu yang diminum. Hanya sedikit! Saya turun ke tilam semula sambil memangku Naufal. Saya cuba menyusukan Naufal dan tangan kiri saya mencapai botol susu Nabila untuk disuapkan ke mulutnya. Namun mulut Nabila hanya terkunci diam. Saya cuba memujuknya, namun tiada sebarang respon..

Sedih usah cerita. Saya tahu Nabila cuba untuk mengalah demi adik. Tapi dirinya juga perlukan perhatian. Faham saja dilema hati saya ketika itu. Kedua-duanya anak saya. Air mata ini mengalir..dan terus mengadu pada Abang. Akhirnya, Nabila terlelap tidur di buaian tanpa menyambung minum susunya tadi...

Pagi..Bila abang sampai ke rumah mak, katanya sedih bila membaca BBM saya semalam. Sedih melihatkan Nabila. Apa saja pilihan yang saya ada. Kesian kamu nak!!

Abang bercakap dengan Naufal .. "Adik, kesian kakak semalam, tak minum susu..Kita patutnya mengalah dengan kakak. Bila kita tolong kakak kita dapat pahala. Adik jangan ragam-ragam lagi yek.."

Sebak bila Abang mengeluarkan ayat-ayat tersebut. Ya, setiap apa yang saya dan abang lakukan untuk Nabila, semuanya ganjaran 'di sana' kelak. Dalam hati tak mahu Nabila terasa di abaikan. Bila ada saja masa terluang, adiknya tidur, saya akan cepat-cepat berlari ke arah Nabila. Memeluk dan menciumnya. Dan tak putus-putus kata "ibu sayang Nabila.." . Saya tak mahu kerana Naufal, Nabila terasa di sisihkan. Andai Naufal dapat mebaca coretan ibu nanti..fahamilah sayang, kedua-dua anak ibu, ibu paling sayang. Ini saja harta yang ibu ada. Dan moga Naufal mengerti perasaan dan pengorbanan ibu pada kakakmu..

 kakak dalam pelukan ibu..

Di hari Jumaat ini..air mata ibu menitis lagi...jauh disudut hati ingin mahu kedua-duanya puas merasai kasih-sayang ibu kepada kalian berdua. Moga Allah sentiasa permudahkan jalan ibu buat anak-anak ibu tersayang... Amin...




16 comments:

NrlAidaHml said...

Sebak saya membaca coretan Akak kali ni..menitis air mata kerana saya memahami perasaan anak seperti Nabila..sedih..semoga akak sekeluarga tabah dan kuat menghadapi setiap dugaan Allah..

m@m@yAyA said...

Ina,

ms ank zura kna jaundice dlu tgi tau smp 305,pastu kna msk warded blk~
kebetulan adk ipar ada sbut psl homeopathy,ms tue da hbs ikhtiar kitorg google mn homeopathy yg tdekat jdnya jmp kt kg baru~
sblm kna admitted ktrg g sn dlu,jmp doc tajuddin yg sgtla baik dan soft spoken~
sblm msk wad zura bg yaya mkn ubt tue,mkn pun dpt sekali jer sb tkut doc/nurse nmpk nti kna marah..
jadinya dpt mkn sekali jelah,esk pg bila doc chck nk tgk bpe bacaan jaundice trus trun dr 305 ke 220 dan bole discharge~
Alhamdulillah kira ank zura serasi dengan ubat homeoptahy tue,smp skrg lau dia demam selsema cirit birit ke apa mmg ktorg trus bwk jmp doc tajuddin tue~
Lau ina nak try homeoptahy,klinik dia dkt kg baru blkg msjd~

3 boys said...


Salam,

Ibu kan dalam pantang, jangan nangis2 ye. Insya Allah semuanya akan dipermudahkan ..Allah tu adil.

Setiap kali menjengah disini , pasti hati sayu tengok Nabila... Nabila faham tu dan insya Allah dia tidak akan rasa terpinggir ... jadi ibu jangan fikir bukan-bukan ye..

Mamanurin said...

:( sedihnya..nabila merajuk tu..insyallah lamabt launcadik and kakak akan saling bertolak ansur sesama sendiri. Tak mau sedih sgt yer ibu, nanti effect kesihatan. A'ah ubat homeopathi sangat bagus..

Marsha~ said...

Sedihnya..... Sy dpt anak kedua ketika anak pertama baru usia sethn 6 bulan... Sgt sedih bila tak dpt nak manjakan dia sbb sibuk berpantang dan jaga si adik.. Maklumlah daddy keje jauh, 6 bulan sekali balik... Sy beranak pun dia takde so semua harap pada mak nak tolong apa yg patut.... Bila anak pertama merajuk rs tersisih sy jadi marah pd si adik sbb menjadi punca sy kurang beri perhatian pd si kakak... Nasib tak meroyan.....

Kamu mesti kuat... Nabila mesti faham... Kamu juga mesti jaga diri, dlm pantang ni badan kita mudah jatuh sakit... Nabila anak yg kuat.... Nnti naufal besar, naufal pasti jadi pelindungnya.... Amin...

Unknown said...

huhu sebak...moga ina kuat...akak pun tak mampu rasanya nak berhadapan dgn situasi tu...dukung anak adik pun iman meraung sakan....






















Ibu Siti said...

Noina...kak kedai ubat cina dia ada jual daun2 untuk kurangkan demam kuning..rendam daun tu, mandikan anak..InsyaAllah...anak saya dulu kuning teruk jugak..lepas mandikan dengan herba tu, terus xyah pg klinik kesihatan..cubalah ye...

Rawiwa said...

salam ina,
anak akak yg ke-3 prolong jaundice. Sebulan gak. Minggu pertama ambik darah 2 kali kat hospital yg akan bersalinkan dia. Tak sanggup pergi lagi. Masa tu bacaan 320 kalau tak silap. 3 minggu kemudian dtg lagi dr cakap tak perlu risau sebab bb minum susu badan. Dr cakap kalau tak puas hati jumpa specialist. Akak jumpa paed lain, ambik darah lagi. Paed cakap pun benda yang sama, susu ibu blh sebabkan jaudice tapi kena bagi jugak huhu... keliru. Cukup 40 hari, jaundice tu hilang alhamdulillah... anak akan sihat.

Kalau akak ditempat ina pun mesti risau tentang anak yang jaundice. Takpe.. jumpa doktor sebab mereka lebih mengetahui. Juga agar hati kita lebih tenteram tentang apa jua keadaan dia. Disamping doa pada Allah.

ct-sue said...

Ala....dah menitik air mata ni..InsyaAllah Ina, pengorbanan dan kasih sayang kita untuk anak-anak syurga ni akan diberi pahala, mereka mungkin tak dapat luahkan tetapi mereka pasti dapat merasai kasih sayang kita....

ct-sue said...

Ala...dah menitik air mata, InsyaAllah, walaupun Cik Bella tak dapat meluahkan, namun pastinya Cik Bella dapat merasai kasih sayang Ina yang tiada noktahnya....

Anonymous said...

CUBA TRY SERBUK MUTIARA.. KAT KEDAI UBAT CINA ADA JUAL.. K

Anonymous said...

Salam, sebak baca entri ni. Tu la kanak2 macam ni jiwa dia amat sensitif. U kena hati2 bila bercakap dengan dia mahupun perbuatan kita terhadap dia. Kanak2 macam ni memang peka. X ape lah berkorban lebih sedikit dengan Nabila. Akak ada terbaca produk SNE katanya sesuai untuk masalah macam Nabila. Wallahhualam.

EdaManAli said...

ibu jgn sedih, nabila kakak yg bijak & sayang adik...insyaAllah mereka pasti dpt rasa kasih sayang ibu mereka...

ruzie said...

salam...
ina tabah ye....sebak akak baca coretan ina...sedih....tp inilah yg Allah bagi...ada hikmahnya....sabar....kuatkan semangat....

Bicara hati ibu aisya said...

Ina,
Sebaknya rasa baca post nih.Sedey.Sabar ek ina.Moga kalian dipermudahkan.Ayu yakin nabila paham keadaan ina sbb tu dia mengalah pada adik.Insyaallah, bila adik besar nanti...adik pulak bantu ibu jaga kakak.Amin..

dieyna said...

Speechless... Pengorbanan Nabila..