Sebenarnya pagi tadi saya dihidang dengan cerita yang agak kurang menarik perihal rumah tangga orang. Dan lantas saya mudah membuat kesimpulan.
Bukan kerana berfikiran negatif terhadap lelaki, cuma kadangkala saya jelik dengan sikap segelintir lelaki yang mengambil kesempatan atas kehidupan yang memaksa dia dan isteri berjauhan kerana keadaan yang menghimpit. *faham ke maksud saya?*
Kisah sepasang suami isteri yang kini dalam proses penceraian. Sang suami sudah berkahwin lain dan menipu isteri pertama selama 2 tahun. Kesian bukan. Walhal menurut rakan saya, si isteri masih muda. Belum pun masuk 40-an. Cantik lagi.. :) Persis Shierly Merlis *(betul ke aku spell nih?)*
Saya melihatkan kisah saya sekarang. Saya tak mahu bercerita perihal orang lain. Bila saya mendengar kisah tersebut dari rakan, terus saja teringatkan Abang. Mahu menelefon Abang, tapi saya tak mahu mengganggu waktu kerjanya. Sebab saya tahu Abang sedang sibuk.
Lantas saya ambil keputusan untuk menulis entry ini. Ianya sebagai ingatan saya di kemudian hari. Saya teringat kata-kata Abang minggu lepas.
Saya mahu berulang dari Rawang ke USJ. Saya tahu perjalanan itu jauh, tapi demi kasihkan Abang, saya sanggup. Tak mengapalah letih, janji saya disampingnya.
Namun, kata Abang, dia menghalang untuk saya balik ke Rawang. Bimbangkan saya letih dan perbelanjaan makin meningkat bila saya pulang ke Rawang. Hati saya berkeras mahu pulang, tapi bila Abang mengatakan demikian, saya hanya mendiamkan diri. Saya tidak mahu membangkang apa katanya kerana saya tahu dia sudah fikirkan yang terbaik untuk kami bertiga.
Kata Abang lagi..
"Ibu jangan risau. Tahulah Abang jaga diri. Pedulikan apa kata orang. Orang bukannya tahu masalah kita. Orang pandai cakap saja..."
Ayat itu merujuk pada perkara yang terjadi pada saya beberapa minggu lepas, bilamana ada jiran di rumah mak mengatakan saya tidak patut meninggalkan suami saya sendirian di rumah.
"Jangan Yong..tinggalkan Zul sorang-sorang kat rumah..Kita tak tahu apa dia buat.. Bila-bila masa saja dia boleh curang..pasang lain.."
Saya hanya tersenyum mendengar katanya. Pada awalnya saya mahu menegakkan Abang kerana saya tahu Abang bukanlah jenis begitu orangnya. Saya kenal Abang. Dan saya tahu tindak tanduk Abang. Namun kata-kata saya bukanlah saya mempercayai Abang 100% . Saya pernah kata pada Abang yang saya tidak mempercayainya 100%. Kerana jika saya percayakannya, saya takut saya kecewa...*Abang masih ingatkan kata-kata ibu ni..?*
Sejujurnya saya tahu tindak tanduk Abang. Dan kami berdua telah memikirkan segala kesan bila saya mengambil keputusan untuk berada di rumah mak pada hari bekerja dan pulang ke Rawang pada hujung minggu. Saya tahu isteri seharusnya ada di samping suami. Tapi adakah saya punya pilihan? Jawapan saya tidak!!
Jauh bukan bermaksud tak sayang..Malah jauh juga telah mengajar saya erti rindu dan kasih lebih mendalam buat Abang.
Buat Abang, ibu akan pastikan pengorbanan kita ini akan membuahkan hasil bila kita dapat melihat perkembangan Nabila satu persatu nanti. Ibu yakin tentang itu Abang. Maafkan ibu andai ibu tidak dapat jadi isteri yang terbaik buat Abang. Dalam hati tiada sesempurna cinta Abang buat Ibu. Benar kata Abang, mereka semua yang berkata tentang kita tidak faham tentang masalah kita. Kita harus saling ingat mengingati tentang itu sayang. Dan Ibu akan cuba berusaha menjadi isteri yang lebih baik dari sekarang di sisi Abang dan juga menjadi ibu yang lebih baik buat benih cinta kita..Yasmin Nabila. Moga cinta kita terus utuh dan kasih kekal abadi dalam hati ini..Amin..
9 comments:
sebaknya membaca entry ina kali ini..bertakung airmata, bukan sebab sedih, tapi terharu dgn pengorbanan ina dan suami untuk nabila. insyallah, Allah senantiasa tahu apa yang ina dan suami lakukan, DIA yang memberi yang sepatutnya kita dapat, miga senantiasa didalam rahmat allah dunia dan akhirat.
assalamualaikum..
sabarlah...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Ina,
Rawang kat mana ek?
Apa kata, nak sedapkan hati sendiri kan... try pula sehari dua atau seminggu dari rawang.. tgk bagaimana flow dari rawang ke USJ dan sebaliknya. Kita tak akan tahu kalau tak cuba hehe. Kalau rasa memang tak ok, memang lagi penat dan lagi payah.. teruskan dari gombak.
Takpelah ina, orang akan bercakap.. Walau sesempurna mana pun keadaan dan kejadian.. tetap orang akan bercakap.. biarlah mereka.. Allah Maha Mengetahui.. Doakan yang terbaik dari Allah selalu ada dalam keputusan dan tindakan yang kita buat.. insyaAllah.
Camne Nabila? Apa respon teacher dia?
Mama & Hafizanismujahid : terima kasih atas doa dan kata-kata semangat.. :)
Tika: Nabila ok..Teacher kata Nabila good when doing exercise..Nangis pun dah jarang..hehe..
Ina dah cuba tgk dah klu pepagi gerak dari rawang ke USJ.. ok jer..cuma kalau dari USJ ke rawang tu..jalan agak sesak sket..lebih2 lagi area kuar exit subang. Sesak sket..Hurm..ni nak bincang balik dgn cik abang nanti.. :)
Syahdulah ayu baca ;(
Pengorbanan yang tulus pastinya bakal membuahkan hasil yang sangat indah untuk kalian.Percayalah, setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini memang memerlukan pengorbanan walaupun sedikit.Semoga ina, zul dan nabila terus kuat dalam menongkah arus dugaan dalam kehidupan.Semoga kasih sayang dan cinta antara kalian bertambah subur dan mekar sepanjang usia.
Ina, ayu rindu sangat kat ina n nabila.
insyaAllah ina.. doa dn slalu minta yg terbaik dari Allah SWT..
kepercayaan...kekuataan itu datang dari diri kita kak....insyaallah jika niat kita ikhlas..semuanya akan dibalas dengan baik nanti..kata2 manusia diluar sana hanya boleh didengar saja..yang menentukan kita...semoga akk n famili lebih bahagia hingga ke akhirnya..amin
assalam Ina
Apa yang husband Ina cakap tu betul. orang tak tau masalah kita. pandailah nak mengata. yang penting, kita suami isteri pahami satu sama lain, apa yg penting dlm keluarga/rumahtangga kita-tu dah cukup.....
and I think the priority now is Nabila budak comei tu kan hihi ;)
sebaknye baca..saba r ina,,sy jga brada dlm keadaan sama ngn ina...ina kira nye dkt la jugak subang n rawang...sy taiping n rawang...tpi demi kdaan yg mghimpit sy relakan jgk...mmg btol kta si suami..org hnya akn pndai brckap tpi xkn tau kesushan kte...hrp ina tabah yee...
tpi btol kta ina,,ble berjauhan nie kte kenal erti syg n rindu...trasa cm brcinta kn...heheh..
ape yg pnting percaya n kejujuran...tpi dlm pd 2 kte jgak kna alert...moga dijauhkn sgala musibah dlm umahtgga kte ye...amin..
Post a Comment