Terima kasih pada kawan-kawan yang telah beri jalan pada Ina untuk selesaikan masalah yang ina utarakan pada entry lepas. Terima kasih banyak-banyak.. :)
.
Namun..Abg telah memberi kata putus. Agar aku tinggal sahaja di rumah mak sepanjang bulan puasa ini. Katanya kemungkinan aku akan berbuka seorang di rumah. Namun hati aku masih berat. Kasihankan abg.
Aku terlupa menyatakan pada entry lepas kenapa Abg tidak mahu duduk bersama keluarga aku. Katanya, aku punya seorang lagi adik perempuan. Memandangkan susah baginya kerna kami bertiga berkongsi bilik yang sama. Almaklumlah..Bilik hanya dua. Abg memang penyegan orangnya.
Lagipun Abg memang punya masalah untuk bangun pagi dan selalu mengantuk ketika memandu. Aku risaukan keselamatan dia untuk berulang-alik dari Gombak ke tempat kerja. Kerja yang sangat membebankannya..membuatkan dia sering letih.
Namun aku tetap risaukan kesihatan Abg. Abg sejak akhir-akhir ini diserang tekanan darah tinggi dan doktor juga mengatakan antibodinya semakin kurang. Dan tadi, kata abg, dia terpaksa mengambil suntikan seperti bayi baru lahir..setiap bulan perlu dicucuk untuk mengembalikan antibodinya. Aduhai..sakitnya hati..sedih..mungkin sebab tekanan dengan kerja dan bila pulang rumah pula, aku dan Nabila tiada di rumah untuk menghiburkan hatinya. Risau aku dibuatnya.
Bilalah abg akan dapat pekerjaan baru? Sudah berpuluh borang rasanya diisi..SPA juga tidak ketinggalan..namun rezeki masih belum menjenguk lagi..
Namun bila di fikir kembali..jika abg di beri pekerjaan lain, entah di mana pula abg akan di tempatkan. Dan tidak tahu sama ada kami akan terus menetap di Rawang..atau abg juga yang semakin jauh dengan kami berdua.
.
Perancangan aku selepas raya ini..mungkin aku akan mencari PDK yang sesuai untuk Nabila. Atas cadangan Put, Mama Idris, dia hanya ke PDK seminggu sekali. Memandangkan kami sama-sama bekerja dan susah untuk tumpu setiap hari di PDK , maka ada benarnya juga tindakannya itu. Mengapalah aku tak terfikir tentang ini?
Dan mencari PDK yang sesuai bukannya mudah.Untuk mencari PDK, aku perlu melihat sendiri persekitaran di situ sebelum memilih. Itu hanya perancangan. Dan harap dapat di realisasikan nanti :)
Dan untuk terapi-terapi lain..rasanya bertambah banyak lagi selepas ini. Bertambahnya speech therapy, aku harap officemate dan pegawai aku 'tak bising' bila lihat aku kerap membawa Nabila ke hospital. Harap mereka semua mengerti.
3 comments:
salam...
awak..
sabar yee...itu la nama cabaran hidup...
allah selalu mengujikan hambanya..kita kena trus hadapi dgn tabah..insya'allah sinar kebahagiaan awak akan ada jua...amin...
OK la2,,klu abg dh ckp mcm 2...
I'syallah kputusan 2 btl n tepat...
Mtk2 nanti akak n nabila boleh cpt2 duk bersama abg.. Smoga trus tabah.. Smua ujian tu ade hikmatnyer. Pasal kerja biarla org nak kate ape,, rsenyer dia org blh fhm dgn situasi akak.. ape2 pun trus brusa yg terbaik utk nabila... OK... LOVE u NABILA
Elok la camtu laki bini kena muafakat.. Pengorbanan abg tu sggh besar.. Hargai lah.. Suruh abg jgn stress sngt.. Risau dgr muda2 dh kena darah tinggi.. Dugaan Allah bersabar la..
Post a Comment