Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

15 September 2010

30 hari mencari kekuatan..

Esok akan bermulalah episod aku berada di rumah bersama Nabila. Ini tidak bermakna kami akan bersenang-lenang. Pelbagai perkara di rancang, semuanya untuk Nabila. Dan harapnya masa tidak terbuang begitu saja..!
30 hari..sepertinya tidak cukup untukku memberikan segala input pada Nabila. Tetapi aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya aku masih boleh meluangkan masa dengannya walaupun sekejap. Biarpun aku bakal kehilangan kekananan, namun aku tahu..rezeki ada di mana-mana. Malah aku yakin dengan berbaktinya pada anak ini mungkin pahalanya lebih besar dari ganjaran di dunia ini.
Sepertinya hatiku berdebar. Seakan tidak sabar menantikan esok. Mahu mengulit bersama Nabila. Dan serius aku katakan, aku sangat teruja. Kerana Nabila sudah mula menunjukkan perkara positif. Mulutnya yang semakin banyak bersuara dan sudah mahu berpusing sendiri. Dan kini aku sudah tidak meletakkan Nabila di dalam rockernya. Seeloknya di letakkan di bawah saja. Biar dia meneroka keadaan disekelilingnya.
Makan juga sudah banyak. Rupanya Nabila suka makan dalam posisi di pangku. Dahulunya aku hanya meletakkannya di dalam rocker. Susah benar untuk memberikannya makan ketika itu. Kini tidak lagi. Mudah saja Nabila membuka mulut. Nabila takut barangkali. Mungkin bila aku memeluknya ketika makan, dia berasa selamat.
Dan 30 hari ini juga temujanji bersama hospital tetap diteruskan. Nabila akan ada temujanji lagi bersama physiotherapy, OCC Therapy dan juga Speech therapy. Dan juga temujanji bersama doktor dari HKL. PDK? Masih lagi berjalan seperti biasa. Dan yang pastinya aku takkan meninggalkan terapi mandi jakuzzi nya yang satu ini. Sememangnya ia sangat membantu Nabila. Nabila tampak lebih kuat dan bertambah ceria.
Tasputra? Aku akan menghentikannya buat sementara waktu. Kerana dengan hanya separuh gaji saja yang aku terima, sukar untuk aku berulang dari Rawang ke Ampang setiap hari. Dan rasanya aku akan cuba meminta bantuan kepada seorang rakan untuk membawa Nabila berurut. Masih lagi dalam perancangan. InsyaAllah.
Apapun kadangkala apa yang dirancang mungkin juga ada halangannya. Dan kalau boleh berharap benar agar tiada yang mengganggu kami sepanjang tempoh ini. Aku bermohon agar sentiasa diberikan kekuatan dan semangat untuk Nabila. Dan mudah-mudahan dengan percutian ini, sedikit sebanyak memberikan perubahan yang lebih baik untuk Nabila. InsyaAllah..Amin.. :)

4 comments:

Unknown said...

Selamat bercuti ina...InsyaAllah akak doakan yg trbaik buat ina sekeluarga...

Mamanurin said...

salam ina..muahhhhhhhhhhhh nabila mama ni makin cantik!!!

good girl!! wahhh bestnya ibu dia dah cuti, byk duit raya yerk nabila..bila la nak jumpa mamanurin ni? ekekekeekibu dgn nabila kena berganding bahu, kena tolong menolong tau, nabila tak leh kasi ibu putus asa, sian ibu..ibu pulak kena kuatkan semangat!!

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Nani: terima kasih Kak..InsyaAllah.. Amin..:)

Yasmin Nabilah.. said...

mamanurin: hehe..makin comot la mama..
hurm..cuti yang tak berehat..jom la dtg umah Nabila minggu depan..nak buat open house..:) tapi umah nyer kecik je..leh la kita jumpe..:)